Selasa, 28 April 2015

Pentingnya SESI PEMERAHAN SUSU IBU!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah! Kita masih dipanjangkan umur untuk berkongsi pengalaman serta ilmu penyusuan susu ibu untuk dijadikan sebagai panduan serta suntikan semangat bagi ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah! Sebelum yus meneruskan penulisan, yus nak bertanya kepada para pembaca..

  • Adakah anda merasakan bahawa kita perlu memerah susu secara berterusan walaupun anda adalah seorang surirumah?
  • Adakah anda tahu bahawa payudara yang membengkak adalah tidak baik?
Sebenarnya, pemerahan susu ibu adalah sangat penting bagi membantu si ibu untuk menghasilkan susu baru yang lebih baik serta ia dapat membantu ibu untuk mendapatkan keselesaan yang lebih optimum. 

Kenapa pula saya ungkapkan sedemikian?

Ini kerana, pemerahan susu ibu dilakukan untuk:-
  • keselesaan payudara seperti dapat melegakan bengkak payudara, saluran susu yang tersumbat pada puting serta ia baik untuk melegakan luka / sakit puting.
  • dapat melembutkan kawasan aerola sekiranya payudara penuh untuk memudahkan si bayi dapat melekap dengan betul serta dapat mengekalkan penghasilan susu ibu. Anda harus tahu bahawa sekiranya si bayi tidak menghisap atau ibu tidak memerah susu ibu (sekiranya anda exclusive pumping mother), penghasilan susu ibu akan semakin berkurang dan seterusnya akan menyebabkan susu ibu semakin merosot pengeluarannya.
  • Mendapatkan kolustrum iaitu jika bayi baru lahir tidak dapat menyusu secara 'direct' ke payudara, bayi terlalu kecil yang lemah atau ibu dan bayi terpisah.
  • Dapat menggalakkan penghasilan susu ibu secara berterusan. Pemerahan susu ibu dengan lebih kerap dapat memberi isyarat kepada otak supaya dapat menghasilan hormon penghasilan susu yang lebih kerana si ibu telah memberitahu kepada otak bahawa dirinya memerlukan susu yang lebih banyak (kekerapan pemerahan susu)
Maka, kita sebagai seorang ibu walaupun kita sebagai ibu bekerjaya mahupun seorang surirumah, sesi pemerahan secara berkala (3-4 jam sekali dalam sehari) adalah penting bagi memastikan penghasilan susu ibu akan menjadi lebih banyak selain ia dapat mengurangkan gejala bengkak susu serta saluran susu tersumbat! Selain anda melakukan pemerahan secara bergilir-gilir ataupun anda boleh buat teknik 'tanderm nursing' iaitu sebelah payudara diperah (samada guna pam atau tangan) dan sebelah lagi bayi menghisap..Jom amalkan!

"MORE DEMAND, MORE SUPPLY"

Salam sayang penuh cinta buat ibu semua,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
yusnorsyazana.my@gmail.com

Mahukan minuman/makanan tambahan berasaskan makanan sunnah? Sila kan ke http://qasehyus.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...