Selasa, 9 September 2014

Relaktasi Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum...

Apa itu Relaktasi?
- Relaktasi adalah memulakan semula penyusuan susu ibu dengan bayi yang sama/tidak setelah ianya dihentikan untuk sebab-sebab tertentu

Ada beberapa sebab mengapa ibu berusaha untuk mencuba kaedah relaktasi. Antaranya adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula yang diberikan, masalah kesihatan bayi, kekesalan menghentikan penyusuan susu ibu dalam jangka masa yang awal atau berkemungkinan disebabkan oleh perubahan tugasan di tempat kerja ataupun kerana ibu berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Untuk keadaan seperti ini, usian bayi di bawah 6 bulan merupakan usia yang realistik untuk memastikan relaktasi berjalan dengan jayanya. Namun begitu, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usianbayi lebih daripada 6 bulan.

Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?

  • Kebiasaannya ibu-ibu akan mula melatih bayi untuk menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur
  • Ibu menawarkan puting payudara pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalambilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising
  • Ambil masa untuk mendakap , membelai, dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra
  • Jadikan setiap sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan
  • Jika bayi masih menolak payudara ibu, JANGAN BERPUTUS ASA, bersabar dan cuba lagi dan lagi.
  • Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ia akan menyebabkan bayi stress dan akhirnya menolak payudara ibu.
Ibu boleh mencuba beberapa kaedah relaktasi dengan menggunakan samada kaedah membanyakkan susu ibu terlebih dahulu, ataupun kaedah Supplemental Nursing System (SNS). Rujuk gambar penggunaan SNS seperti di bawah ini.

credit : www.aafp.com

credit : www.medela.com

Semoga usaha ibu-ibu sekalian untuk menyusukan anak2 syurga kita diberkati  dan dipermudahkan olehNYA...Aminn Ya Rabb..

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...