Selasa, 2 September 2014

Payudara Bengkak

Assalamualaikum...
Lama sudah tidak menulis tentang passion penyusuan susu ibu kan..
Kali ni yus nak berkongsi tentang Bengkak Payudara.

Apa BEZA Payudara penuh ataupun Payudara Bengkak?

Sekiranya kita perhatikan, Ramai ibu yang beranggapan bahawa PAYUDARA YANG PENUH dan KELIHATAN BERAT ADALAH BAIK.
Itu Benar atau Mitos?

Sebenarnya, Ibu perlu tahu bahawa pada peringkat awal susu bertambah banyak, payudara akan bertambah besar dan penuh. Itu adalah perkara NORMAL yang biasa terjadi. Namun begitu, BEZA nya PAYUDARA PENUH dan PAYUDARA BENGKAK ini adalah Payudara yang bengkak akan menunjukkan tanda-tanda yang lebih serius seperti gejala di bawah :-


  • Bengkak payudara akan datang dengan kesakitan yang sedikit teruk dan kadang kala memerlukan ubat penahan sakit berbanding dengan payudara penuh.
  • Suhu payudara yang bengkak akan berasa PANAS
  • Kulit payudara yang bengkak akan kelihatan lebih teganag, terik dan berkilat.
  • Payudara yang bengkak kadangkala akan berasa berketul-ketul. Areola pula akan terasa lebih keras seperti hidung, dan tidak lembut seperti cuping telinga. 
  • Payudara yang bengkak akan menyebabkan PUTING SUSU TENGGELAM. Ia menyukarkan bayi melekap dan mengosongkan payudara dengan berkesan, 
Oleh itu, payudara yang bengkak akan berasa masih bengkak walaupun SELEPAS BAYI MENYUSU.

Apa yang perlu dibuat sekiranya Ibu MENGALAMI BENGKAK PAYUDARA?

  • Penyusuan yang KERAP bagi bengkak yang tidak serius
  • Tuam dengan menggunakan Air suam /tuala panas / mandi dengan air panas selama 5 minit
  • Urutkan bahagian ketulan bengkak itu secara perlahan-lahan.
  • Lakukan sedikit TEKANAN PADA AREOLA ataupun reverse pressure softening bagi melembutkan payudara. (Lakukan ia setiap kali sebelum bayi melekap ke payudara)
  • Penggunaan BREAST SHELL
  • Memerah susu daripada payudara SEHARI SEKALI sekiranya perlu 
  • melakukan tuaman sejuk antara sesi penyusuan 
  • Pemakaian BRA MENYUSU yang bersesuaian
InsyaAllah yus akan kongsikan lagi tentang permasalahan yang sering didapati bagi Ibu-ibu meyusu..

Ingat!
Menyusu Itu Mudah dengan Ilmu...InsyaAllah!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820
yusyazana@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...