Ahad, 7 September 2014

Cara Hasilkan Lebih Banyak Susu

Assalamualaikum..
Perkongsian kali ini adalah CARA-CARA UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Kebanyakan masaah susu yang tidak mencukupi adalah berpunca daripada kaedah kita menguruskan susu yang kurang berkesan. ramai ibuyang mengeluh dan selalu bertanya kepada yus mengapa susu mereka menjadi berkurang dan akhirnya semakin kering. Sebagai seorang Kaunselor Laktasi, yus berusaha untuk membantu ibu-ibu di luar sana untuk memahami mengapa kejadian ini berlaku. Antara sebab yang dikenalpasti adalah :-

  • Menyusu mengikut jadual yang tetap tanpa mengkaji keperluan bayi
  • Tidak mengosongkan payudara dengan sebaiknya
  • Anak kurang bangun menyusu pada waktu malam
Itu di antara sebab mengapa si ibu kurang menghasilkan susu.
Pastinya ibu-ibu yang comel sekalian mahu ingin melihat susu yang lebih banyak kan? Mudah sahaja caranya..Jom kita ungkai satu per satu..

1. PEMERHATIAN TERHADAP CARA PENYUSUAN
  • Posisi dan cara lekapan bayi perlu berada di dalam keadaan yang betul. Pelekapan yang betul adalah penting bagi mengeluarkan susu dengan lebih efisien. 
  • Sekiranya bayi kelihatan sukar melekap dengan betul, perhatikan mulutnya samada lidahnya keluar melebihi dari gusi bawahnya
  • Perhatikan kewujudan membran yang menghubungkan lidah bayi dan bawah mulut sekiranya bayi mempunyai lidah pendek (tongue tie)
2. PENYUSUAN DENGAN LEBIH KERAP
  • Tidak menyusukan anak dengan kerap merupakan salah satu punca utama susu mula berkurangan
  • Jangan melebihi dua atau tiga jam antara dua sesi penyusuan
  • Pada waktu malam, tempoh antara dua sesi penyusuan mestilah tidak melebihi empat hingga lina jam
  • Jangan bimbang sekiranya bayi mahu minum dengan lebih kerap terutamanya pada hari-hari awal kelahirannya. Ini bermakna lebih isyarat akan dihantar kepada badan supaya menghasilkan lebih banyak susu
3. MENGOSONGKAN PAYUDARA SETIAP KALI SELEPAS SESI PENYUSUAN
  • Pengeluaran air susu dengan efektif daripada payudara adalah amat penting bagi memberi isyarat kepada badan supaya terus menghasilkan susu.
  • Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) adalah bahan perencat kepada penghasilan susu. Protein ini banyak terkumpul di dalam payudara yang penuh dan tidak dikosongkan.
  • Mengosongkan payudara selepas setiap kali sesi penyusuan adalah satu cara yang paling berkesan untuk penghasilan susu yang baru yang lebih baik
  • Memerah selepas sejam sesi penyusuan dapat mengumpulkan lebih banyak susu. Ini kerana, penghasilan susu berada pada tahap tertinggi pada waktu itu.
4. MENGURUT PAYUDARA
  • Mengurut payudara dapat memberikan stimulasi yang hebat kepada payudara bagi menghasilkan susu
  • Cara mengurut payudara mungkin berbeza mengikut budaya dan kebiasaan bagi seorang ibu
  • Apa yang penting, perlu dipastikan bahawa kaedah mengurut itu tidak mencederakan tisu payudara.
5. SENTUHAN DAN TUAMAN SUAM
  • Sentuhan rangsangan pada puting ibu dapat menggalakkan refleks ejeksi susu dan lebih banyak susu dapat dikeluarkan daripada payudara
  • Tuaman suam dengan menggunakan tuala basah yang suam adalah baik untuk merangsang payudara sebelum menyusukan anak ataupun sebelum memerah.
  • Tuaman suam ini dapat membantu untuk melancarkan pengaliran air susu ibu.
6. BERDOA DAN BERSEDEKAH
  • Penghasilan susu ibu berkait rapat dengan rezeki si ibu. Apa pun, Hanya DIA yang mengetahui segalanya termasuk rezeki si ibu. 
  • Berdoalah dengan kerap supada Allah terus memberikan rezeki kepada ibu dalam bentuk penghasilan susu yang tidak putus-putus.
  • Banyakkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah..Perbuatan yang baik akan sentiasa diserap ke dalam nilai positif si anak dan masyarakat sekeliling.
Apa pun caranya, ibu-ibu perlu ingat bahawa APABILA PAYUDARA YANG SENTIASA DIKOSONGKAN SELEPAS SESI PENYUSUAN, PROSES PENGHASILAN SUSU KEMBALI TINGGI. InsyaAllah!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...