Sabtu, 10 Mei 2014

Makanan Pelengkap Bayi

Bertubi-tubi persoalan tentang penyusuan susu ibu yang diajukan...Seronok bila membacanya...Bahagia apabila ingin berkongsi...

Ada 1 persoalan yang kini hangat diperkatakan lebih-lebih lagi berkenaan pemberian makanan pelengkap bayi apabila bayi menjangkau umur 6 bulan..


sumber : facebook Yusnorsyazana My
Petikan di bawah adalah nukilan daripada pakar pediatrik Dr. Hairin Anisa Tajuddin.
Mengapa saya menggunakan petikan beliau dan tidak menggunakan pendapat dan melalui pembacaan saya?
Jawapannya, saya bukan pakr dalam pemakanan anak-anak kecil..Namun begitu, walaupun saya menyokong penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, tidak bermakna makanan pelengkap anak-anak itu saya nafikan. Jom kita baca bersama-sama ya!

Assalamualaikum & salam ahad yg ceria. Saya kira ramai yg menunggu jawapan dr saya tentang isu terbaru yg jadi kontroversi iaitu "pemakanan semi pepejal perlu dilambatkan hingga setahun". Malah sudah ramai ibu yang breastfeeding, mengamalkan penyusuan penuh selama 2 tahun. 
Kita perlu lihat hal ini dari pelbagai perspektif.
1) Penyusuan ibu selama 2 tahun penuh, sperti yg digariskan didalam Al-Quran...Surah Al-Baqarah ayat 233 (ayat itu kata selama 2 tahun penuh, bukannya susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun). 
2) Neurodevelopmental milestone bayi.
3) Psychological aspect of the baby to food.
4) Cara bagaimana kita memulakan pemakanan... 
Safe, adequate, timely & appropriate.
5) Health risk & complication if delay in complementary food introduction. 

Now, kita pergi kpd huraiannya
1) Penyusuan ibu sepenuhnya selama 2 tahun penuh, ditafsirkan genap 24 bulan umur bayi. Malah dihuraikan dalam surah Al-Ahqaf ayat 15, tempoh mengandung & menceraikan susu selama 30 bulan, dimana minimum tempoh mengandung 6 bulan & menyusukan selama 24 bulan, maka cukup 30 bulan. Ayat2 ni bukan menyuruh kita menyusukan sepenuhnya selama 24 bulan. Selama mana kita harys menyusu bayi sepenuhnya & soal bila kita perlu memulakan makanan yang sesuai berdasarkan ilmu dan fitrah. Bukan kan Allah swt telah memberikan akal kpd manusia & manusia perlu membaca & mengkaji. Wujudnya Nabi Adam baginda telah diberikan ilmu & mengetahui semua kejadian alam. Itu menunjukkan manusia dikurniakan akal & ia membezakan kita dgn haiwan. Malah haiwan sendiri yg akalnya juga berfikir utk survival & yang terbaik utk anaknya. Haiwan juga mengikut fitrah mereka dalam bab makanan. Maka, manusia juga punya fitrah & naluri semulajadi kepada makanan, cuma sebab kita ada akal maka kita mengkaji apa yang terbaik utk anak2. Disitulah timbulnya segala jenis kajian yg akhirnya semua pakar perubatan & nutrisi & saintis bersetuju utk membuat satu keputusan bhw memberi makanan kepada bayi samada menyusu ibu @ formula, boleh dimulakan apabila bayi umur 6 bulan. Alasannya ; spt huraian dibawah :-

2) bayi mempunyai milestonenya yang lebih kurang sama iaitu mula start memasukkan tangan & mulut mula start ingin merasa segala benda yg dicapainya dari umur 4-5 bulan, malah ada yg awal lagi. Otot mulut mula start ingin mengunyah dari umur 5-6 bulan, otot leher yg kuat utk kepala yang tegak ketika makan sejak 4-6 bulan, & sebagainya yg membolehkan bayi utk makan. Ini adalah fitrah...

3) Psychological bayi yg suka pada makanan, umur 4-6 bulan bayi dah mula menunjukkan tanda2 yg dia perlukan makanan malah isyarat dari wajahnya yg macam ingin mencuba apa yg orang dewasa ingin makan. Itu kita panggil desire to food yg juga fitrah. Sapa yang peka kpd anaknya pasti tahu ini adalah tanda2 bayi ingin makan. Malah bayi kerapkali tidak kenyang dengan hanya susu sahaja. 

4) Adakah hanya minum susu akan memberikan secukup zat yang diperlukan oleh tubuh badannya yg semakin aktif, membesar dg cepat & otak yg sedang berkembang dengan pantas utk serap semua yg dipelajari dari sekelilingnya?? Fikirkankanlah!!
Semasa bayi belum banyak benda & aktiviti yg ingin dilakukannya, kalori & zat makanan dari susu ibu memang sudah mencukupi. Namun, bagi bayi yg membesar dengan cepat, semakin aktif bergerak & otak yg ligat utk belajar perkara yg baru, mereka memerlukan zat makanan yang lebih banyak kuantitinya yang tidak dapat disediakan oleh hanya susu. Cuba ibubapa baca apakah zat yang ada dalam sumber makanan? Setiap sumber makanan memberikan zat makanan yang berbeza. Contohnya, susu mempunyai kandungan zinc & iron yang sedikit. Fungsie zinc penting untuk imun sistem, mengaktifkan enzim dan pelbagai fungsi metabolik. Iron pula komponen penting dalam sel darah HB untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan iron boleh menyebabkan tubuh lesu & kekuranagn darah merah (anemia). Kajian menunjukkan 1/3 dari bayi yang menyusu ibu selama 9 bulan sepenuhnya akan mengalami anemia. Sumber iron dari ikan & daging. Dalam susu ibu, kandungan iron rendah & cukup utk memenuhi keperluan bayu yg berumur hingga 6 bulan sahaja. Malah kandungan vitamin C dalam susu ibu juga tidak cukup utk bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan perlukan penambahan dari makanan citrus (buah2an). Vitamin C penting untuk membantu penyerapan iron & zinc. Malah kebanyakan micronutrient yang lain telah dikaji dalam susu ibu tidak mencukupi utk anak selepas umur 6 bulan, spt vitamin D, vitamin K, dan lain2. 
Kalau cerita tentang kalori, mungkin cukup @ tidak jika bayi hanya minum susu ibu & ia amat bergantung kpd kekerapan penyusuan. Banyak kes yang pakar paediatric temui iaitu bayi tidak meningkat berat badan dengan baik selepas setahun dengan hanya minum susu ibu tanpa makanan. Sekalipun berat anak masih ok, tapi sanggupkah kita sebagai ibubapa membiarkan anak kita minum hanya utk cukup kalori tapi melupakan segala zat makanan lain utk fungsi tubuh & otaknya secara menyeluruh. Anak yang cukup zat makanan (macronutrient & micronutrient & mineral) akan menjadi anak yang lebih cerdik, mudah menerima pelajaran tanpa perlu memerah otak, malah mereka yang genius adalah mereka yang menjaga segala zat makanan utk fungsi tubuh yang seimbang. 
Anak yang berumur di bawah 2 tahun adalah usia kritikal (critical window period) utk jaringan otak yang cepat berkembang & absorp semua yang baru. Malah, inilah waktu yang penting untuk mereka belajar bercakap & bahasa. Mengapa ibubapa yang hanya memberi susu ibu selama 2 tahun ini begitu sanggup mengabaikan tanggungjawab utk memberikan yang terbaik kepada anak2????

5) apakah akan terjadi jika lewat sehingga setahun @ 2 tahun untuk diberikan makanan tambahan ??
i) bayi akan susah utk menerima makanan & tidak pandai untuk handle makanan dalam mulutnya apabila dia sudah sepatutnya boleh menelan pepejal. Malah ada yang jumpa paed, anak tersebut mengalami oral hypersensitivity (sensitive makanan yg disentuh ke mulutnya).
Pernah dengar tak tentang anak yang ditahnik kan semasa baru lahir & ini sunnah Rasulullah saw??? TAHNIK ini hikmahnya banyak antaranya utk memberi bayi rasa tentang indahnya rasa makanan. Sbb semua bayi yang dilahirkan punya deria rasa yg perlu diransang. Maka, Rasulullah menggalakkan tahnik dengan benda yang manis, cuma dirasakan di lelangitnya supaya lidahnya boleh mencari rasa yang sedap tersebut. Rasulullah galakkan kurma yg dikunyah dahulu & manisnya dirasakan kpd bayi. So, fikirkanlah.... Rasulullah sendiri mengajar bayi utk merasa makanan sbb itu fitrah bukan????

ii) Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat makanan untuk keseimbangan tubuh badan & otaknya berkerja dgn EFISIEN!! Zat makronutrient & micronutrient & mineral yang cukup amat penting. Nak jadikan anak seorang tahfiz AlQuran??? Maka jagalah makanannya seawal usia iaitu menyusu ibu sepenuhnya 6 bulan, kemudian memberikan makanan tambahan yang berkhasiat & halal....ikut cara Nabi Muhammad tentang penjagaan makanan iaitu makan buah dulu sebelum makanan berat, makanan laut & darat tak boleh bercampur, dan banyak lagi. Sebab itu apabila ingin mulakan makanan tambahan, berikan puree buah buahan dulu, bukan makan tepung @ makanan yg mengandungi gluten. Maaf, saya pelik kenapa ada doktor yang bagi tahu makanan yg mengandungi gluten perlu diberikan kpd bayi. Tak pernah pula pakar paediatric ajar cara bagi makanan start dgn makanan yg tinggi risiko allergy & sukar dihadamkan...hairan saya.

iii) psikologi anak2 tentang makanan dihalang, jiwa anak2 yg ingin makan dihalang...ini satu penderaan emosi kpd anak2. Hanya bagi susu ibu sedangkan bayi itu sudah mula ingin merasai kepelbagaian rasa yang Allah anugerahkan...bagi saya ibu bapa spt ini mengabaikan fitrah seorang anak. Malah pemikiran anak2 tentang pemakanan jadi terbantut. Anak2 diusia setahun lebih sepatutnya sudah mengenal beberapa makanan yg disukainya, tapi proses mengenal ini jadi lambat sebab ibu bapa yang mengabaikan pemberian makanan. Lebih zalim apabila anak melihat orang lain & rakan sebayanya makan, tekaknya teringin tapi ibunya bawa lari anak dari melihat makanan tersebut. Malah, anak2 ini tak dapat belajar tentang makanan sbb cuba bayangkan dalam buku ada tunjukkn makanan roti tapi anak ini cuma hanya dapat melihat shj tapi tak dibenarkan merasa. Pada saya ini hanya mendera emosi anak2. Anak2 tidak mampu meluahkan rasa hati tapi bayangkan dr sudut psikologi...sedih bukan?? Sedang ibubapa makan sedap2, anak hanya melihat...kejam tanpa kalian sedar, saya istilahkan perbuatan tersebut.

Kalau nak cerita tentang hukum kencing bayi yang menyusu ibu bukan dikira najis, kebanyakan hadith yg saya jumpa menunjukkan tiada had umur kpd 2 tahun...semuanya kata anak kecil @ bayi seperti contoh di bawah. 

1 – ( عَنْ أُمِّ قَيْسِ بِنْتِ مِحْصَنٍ { أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ عَلَيْهِ وَلَمْ يَغْسِلْهُ } . رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ )

Dari Ummi Qais binti Muhsan, sesungguhnya ia pernah datang menghadap Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam dengan membawa seoang anak kecil yang belum makan (makanan), lalu ia kencing di pakaian Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam, lalu Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam miminta air kemudian memercikannya diatas pakaian itu dan tidak mencucinya. (HR Jama’ah, Nailur Authar hadist no. 30).

2 – ( وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { بَوْلُ الْغُلَامِ الرَّضِيعِ يُنْضَحُ وَبَوْلُ الْجَارِيَةِ يُغْسَلُ} قَالَ قَتَادَةَ : وَهَذَا مَا لَمْ يُطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ : حَدِيثٌ حَسَنٌ ) .

Dari ‘Ali bin abi Thalib, bahwa Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: kencing anak laki-laki yang masih menyusui, cukup di perciki (air), dan kencing anak perempuan harus dicuci. Qatadah berkata : Dani ini selama mereka belum makan (makanan) maka kalau mereka sudah makan, harus dicuci, baik laki-laki maupun perempuan. (HR ahmad dan at-Tirmidzy, dan berkata at-Tirmidzy, hadist ini Hasan, Nailur Authar hadist no. 31)

Maaf bab agama saya memang bukan Ahli, tapi saya belum jumpa hadith yg mengatakan menyusukan anak sepenuhnya 2 tahun....kalau ada sila terangkan kpd saya. 

Huraian seterusnya, 
5) cara pemberian yang safe, adequate & appropriate... nak cerita panjang memang saya tak larat dah nak type. So, saya nasihatkan jumpa pakar kanak2 @ pakar pemakanan dalam soal makanan tambahan supaya anda lebih jelas. 

Saya mohon ampun & maaf jika ada yg tersinggung membaca post ini. Saya perlu menerangkan utk kebaikan bersama. Yang baik segalanya dr Allah swt. Saya hanya manusia biasa yg ada dosa pahala. Sekian.

Begitulah panjang lebar huraian pakar ini...InsyaAllah kita sama-sama menyampaikan ilmu kepada yang lain. Hak anak itu sememangnya susu ibu. Namun kita perlu ingat bahawa susu ibu membekalkan 70% keperluan tenaga bagi bayi berumur 6-8 bulan..55% keperluan tenaga bagi bayi berumur 9-11 bulan dan hanya 40% keperluan tenaga bagi bayi berumur 12-24 bulan...

Maka, mengapa kita menafikan keperluan anak?
Fikir-fikirkanlah...

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana My
Kaunselor Laktasi
013-2892820

#sayajual
#AltamisHabbatusSauda
#BreastpumpEveLove
#Cookies
#DiaperCake

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...