Rabu, 28 Mei 2014

Bila mahu Memerah Susu?

Alhamdulillah…

Lama sungguh tidak bersiaran lantaran anak-anak yang manja untuk dibelai dan juga persekitaran baru yang sedikit janggal. Al-maklumlah baru ingin menyesuaikan diri dengan status ibu beranak dua.hihi.Syukur..

Pada entri kali ini, yus ingin berkongsi dengan rakan pembaca mengenai proses pemerahan susu ibu.
Terdapat beberapa soalan yang sering yus terima seperti :-
  •           Bila perlu memerah susu ibu?
  •           Berapa lama proses pemerahan susu ibu bagi setiap sesi?


Bagi menjawab persoalan di atas, mari kita sama-sama mengulangkaji mengenai kepentingan pemerahan susu ibu selain bayi kita diberikan susu ibu secara terus (direct feeding)
      
      a) Bila perlu memerah susu ibu?
-          Jika bayi tidak boleh menyusu di payudara (bayi tidak berada bersama ibu sejurus selepas kelahiran, atau bayi mengalami strike ataupun menolak permintaan untuk menyusu secara terus), mulakan proses pemerahan secepat mungkin selepas bersalin (digalakkan dalam masa 6 jam selepas bersalin)
-          Jika bayi boleh menyusu di payudara, pemerahan adalah mengikut keperluan/ tujuan tertentu (untuk dibuat stok mahupun untuk mengosongkan payudara bagi penghasilan susu baru)

b)  Berapa lama proses pemerahan susu ibu bagi setiap sesi?
-          Tempoh pemerahan bergantung kepada tujuan ibu memerah susu.

                                                               i.      Untuk mendapatkan kolustrum bagi bayi yang tidak menyusu di payudara (perah selama 5-10 minit untuk mendapatkan 1 sudu the kolustrum – perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil dan sedikit amaun sahaja diperlukan untuk jangka masa setiap 1-2 jam)

                                                             ii.      Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu ( perah selama 20 minit sekurang-kurangnya 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam termasuk sekali pada waktu malam0

                                                            iii.      Untuk melembutkan aerola bagi membolehkan bayi melekap di payudara ( ibu perlu memerah sebanyak 3-4 kali sehari)

                                                           iv.      Untuk melancarkan saluran susu yang tersumbat ( Perah dan urut di bahagian payudara tersebut sehingga tiada ketulan yang dirasai)

                                                             v.      Untuk diberikan kepada bayi apabila ibu kembali bekerja ( Ibu perlu menentukan tempoh pemerahan dan jumlah susu yang akan dibekalkan mengikut keperluan bayinya) – Ini akan dibincangkan lebih lanjut untuk tajuk Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja.

Ok, setakat itu sahaja yang dapat dikongsikan untuk entri kali ini. Kita akan menyusul di entri akan datang dengan tajuk yang dicadangkan tadi – Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja

InsyaAllah.

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Jom dapatkan produk QASEH GOLD atau ALTAMIS HABBATUS SAUDA bagi mengekalkan kesihatan ibu-ibu sepanjang penyusuan susu ibu.
Makanan sunnah bukan sebagai vitamin, tetapi IA SEBAGAI MAKANAN SEHARIAN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...