Isnin, 10 Jun 2013

PRE-ORDER ALTAMIS HABBATUS SAUDA' (JUN 2013)


Pre-Order Altamis Habbatus Sauda dibuka sehingga 15 Jun 2013..

Pengedar juga diperlukan...So, ape lagi, ambil peluang ini ya...
Kebaikannya tidak diragui...
Habbatus Sauda' makanan sunnah nabi..
Ambil dengan kadar yang disyorkan secara konsisten bagi memberikan hasil yang lebih baik.

PM yus @ watsapp : 013-2892820

ALTAMIS HABBATUS SAUDA'

Bismillahirrahmanirrahim...

Pengenalan Ringkas Altamis Habbatus Sauda
Ariffbillah Habbatus Sauda merupakan produk kesihatan dan makanan tambahan berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Spectrum Technologies And Services. Bahan utamanya adalah Habbatus Sauda yang berkualiti tinggi dan ianya dihasilkan mengikut garis panduan dalam Islam.Ariffbillah Habbatus Sauda ini dihasilkan dalam bentuk kapsul sesuai denglan keperluan dan trend pengguna dan pembeli ketika ini. Sebotol Ariffbilah Habbatus Sauda mempunyai 60 biji kapsul dan dimakan 2 biji pada sebelah pagi dan 2 biji lagi pada belah petang.
Kebaikan dan keunikan yang ada dalam Habbatus Sauda adalah:
1. Ianya kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Meningkatkan Sistem Imunisasi Manusia- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Mengapa Anda Perlu Dapatkan Altamis Habbatus Sauda?
1.Membantu dalam mengeluarkan Asid Urik dalam badan.
2.Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
3.Membantu menyembuhkan selsema.
4.Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
5.Mengurangkan alahan atau alergi kepada sesuatu jenis makanan atau minuman atau sebaliknya.
6.Melancarkan pengeluaran susu khususnya kepada kaum ibu.
7.Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8.Membantu merawat penyakit kencing manis.
9.Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
10.Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
11.Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda seharian.
12.Mengelakkan penyakit batu pundi hempedu.
13.Merawat penyakit lenguh-lenguh badan atau sakit-sakit sendi.

Rabu, 29 Mei 2013

Al-Fatihah buat sahabat kami...Allahyarham Ahmad Kamal

Baru rasa setahun lalu kami jadi kawan...Selalu berbalas inbox di facebook ketika boyfriend a.k.a encik suami rasa down dulu...Dia pemberi semangat kepada aku untuk teruskan perjuangan percintaan kami...chewahhh...kiranya Arwah seorang yang sgt caring kepada kawan baik dia (hubby ku) lah!

Apa2 pun, Al-Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Kamal Othman..

Pastinya Syawal merindui mu kawan...
Semoga tenang kamu di sana...

pic: kenangan terindah..Allahyarham adalah pengapit suami ku di kedua-dua belah pihak...

Holla...New beginning..:D

Assalam...

Mesti tertanya-tanya kenapa yus buat entri kali ni dengan tajuk sedemikian rupa...hehehe...

Alhamdulillah...sejak dua menjak ni yus baru mula berjinak-jinak dengan bisnes kecil-kecilan...sebenarnya, sebab yus perlukan benda2 tu dalam urusan penyusuan dan juga supplement harian...so, kat sini mesti lah dah dpt agak kan yus buat bisnes ape kan?? hehehe...

Ok...

Alhamdulillah, yus buat bisnes berkaitan PENYUSUAN & NATURAL PARENTING dan tak lupa SUPPLEMENT harian (ALTAMIS HABBATUS SAUDA & SHAKLEE)

Jom ke facebook page yus : Cutie Colour Boutique

Kat situ macam2 ada...dari penyusuan, baju menyusu, keperluan pam susu, botol susu, supplement habbatus sauda, shaklee semua ada....


Doakan yus untuk pergi lebih jauh lagi dalam bisnes ni...ASUHAN ALAMI bermula dari RUMAH...

Shaklee ID : 972234
Yusnorsyazana Bt Mohd Yunos
sms/watsapp : 013-2892820

Rabu, 24 April 2013

GROWTH SPURT

Assalamualaikum...:D

Pagi tadi berborak dengan kawan yang sering bertanyakan tentang penyusuan susu ibu...Alhamdulillah, dapatlah berkongsi cerita dan ilmu yang sedikit ni (perlu ditimba dan ditimba lagi..InsyaAllah). Topik pagi tadi adalah GROWTH SPURT..

Pasti ada di antara sahabat-sahabat sekalian yang tidak tahu apa itu growth spurt?

Apa itu Growth Spurt?

Seringkali ibu bapa bekerja tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak yang sememangnya setiap hari menunjukkan perkembangan yang berbeza. Sekembalinya kita ke rumah dari tempat kerja, kadangkala kita melihat anak kecil kita terutamanya bayi yang masih menyusu ibu mengalami permintaan terhadap susu ibu itu adalah lebih dari biasa! Oh, kadang-kadang itu akan sebabkan ibu bapa merasa stress dengan perkembangan mendadak itu.

Ada juga yang akan bersuara “ Anak kamu lapar tu..berikan dia lebih susu..”
Ataupun “Penat sangat anak kecil kamu tu, sering tidur di siang hari” Namun sebenarnya bayi anda akan berjaga sepanjang malam!

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian,

Sebenarnya, itu adalah normal…Haaa NORMAL! Hehe..

Apa sebabnya?

Sebabnya adalah bayi anda mengalami Growt Spurt. Growth Spurt adalah keadaan di mana pertumbuhan tubuh bayi adalah lebih cepat dari normal.  Dan ia adalah normal bagi bayi dan anak yang sedang membesar. 

Terdapat beberapa tanda bagi bayi yang mengalami growth spurt :-
  • Kuantiti susu ibu (bagi bayi yang menyusu ibu) dan susu formula (bagi bayi yang minum susu formula) yang diperlukan pada siang hari dan di malam hari adalah 2 kali ganda dari kebiasaannya
  • Bayi tidak tidur dengan nyenyak seperti malam sebelumnya. Mungkin dia mengalami growth spurt kerana dia sering terjaga dan kelihatan seperti sangat lapar. Pada hakikatnya, pola tidur bagi setiap bayi adalah berbeza, namun perubahan mendadak yang berlaku pada pola tidur yang biasa akan menjadikan bayi tersebut mengalami growth spurt.
  • Perubahan jadual tidur pada waktu siang. Bayi terbangun lebih awal (pada siang hari) dan jadual tidur siangnya adalah lebih pendek.


Namun, apabila kehendak penyusuan bayi bertambah, maka penghasilan susu ibu akan bertambah juga. Oh, itu kebaikannya kan! Ye betul…Apabila bayi mengalami growth spurt, mereka akan memerlukan susu ibu yang banyak! Dan mereka lebih banyak menyusu dan mengempeng.  Hasilnyaaa…Tadaaa…susu akan semakin banyak! Percayalah…Ini lah asas penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY!

Berapa lama Growth Spurt ini terjadi?

Growth Spurt selalunya terjadi pada di usia-usia (jangkaan) di bawah :-
1.       Beberapa hari setelah lahir
2.       1-3 minggu
3.       6-8 minggu
4.       3 bulan
5.       6 bulan
6.       antara 7-9 bulan

Meskipun begitu, saat terjadinya growth spurt pada setiap bayi adalah berbeza-beza.

Setelah mengalami growth spurt bayi akan tidur lebih lama dalam beberapa hari, lebih sering buang air kecil daripada biasanya, dan lebih tenang di waktu menyusu.

Pengalaman membesarkan anak adalah lebih besar nilainya dari wang ringgit. Maka corak dan warnai anak-anak dengan kasih saying yang hebat kerana anda adalah IBUBAPA YANG HEBAT!

Khamis, 18 April 2013

MAMA HOMEMADE KARIPAP FROZEN

:: MAMA HOMEMADE KARIPAP FROZEN ::

Lai...lai...Lai...

Tajuk dah gempakz...hahaha....Sejak pergi ke Klinik Usahawan aritu, semangat untuk berniaga ni sangat2 berkobar2...Ape lagi, balik umah je terus cakap dengan mak untuk berniaga..Mak setuju..Ape lagi, JOM BISNES!!

Mak memang pakar dalam membuat karipap lapis (pusar).. Thats y aku mintak mak buat karipap frozen untuk dijual..Hehehe...Anak bagus x? kikiki...


Untuk harga promosi..aku jual RM3.00/paket (10 biji)..Tapi tu untuk promosi sepanjang minggu ni je la...kalau dah minggu depan, aku jual RM3.50/paket (10biji)...

Dan yang penting, hendaklah DIGORENG di dalam MINYAK YANG SEDERHANA PANAS ye....bukan dalam microwave and so ever...hehehe...kang jadi lain pulak...hahaha...:D

Alhamdulillah...Ni baru nak masuk hari kedua aku menjual karipap frozen..Bermula dari pejabat je la..Ni kira kes 'tolong mak' la...hehehe...

Kawan2, doakan aku berjaya untuk langkah seterusnya ye...Aminnn...:D

::MamaHasifComel::

Rabu, 17 April 2013

BERANIBERNIAGA 2013

Ohhhh...Ohhh...
Tengok tajuk dah mcm BERANI betul..haha..

Sudahlah dah lama x menjenguk blog sendiri.. Dah dekat bersawang...kikiki...Maaf la yer..Xde maknanya bz, tp skrg ni tengah membuat planning yang lebih baik..InsyaAllah..Doakan la yang terbaik ye kawan2...

Lately ni selalu je rindukan rumah..rindukan suami...rindukan masa untuk bersama anak-anak..Opsss...anak baru sorg...hahaha...Tahun depan, InsyaAllah..hehehe..(huhu..perangkaan Allah lagi detail)

Owh..berbalik dengan tajuk post arini..Hari ahad lepas (14/4) aku dengan Adila (resaksa comel) g Klinik Usahawan...BeraniBerniaga 2013 oleh Richworks (Dr. Azizan Osman) Sepanjang dalam seminar tu, serius boelh terbukak segala akal pemikiran yang sempit ni..hoho...Mcm mana nak berniaga, tu semua diajar...Oh..yang penting adalah MATLAMAT, ELMU, IMPIAN DAN TINDAKAN!!

Kawan2..doakan aku n Adi berjaya eh..Doa kalian adalah penting untuk kami...Untuk mak abah sygku n anakku, bersabar la eh dengan karenah aku yang ntah pape je lately ni...huhu...Ok, daaa...Jumpa di post akan datang..Nanti aku cite detail bisnes ape yang aku buat...Nanti aku pang pung pang pung cite kat sini, tetiba habuk tarak...

Sekarang masih dalam perangkaan...Memanglah LAMBAT BERTINDAK, LAMBAT MAJU....
Tapi apa-apa pun perlukan perancangan kan...hehe..chaiyok2!!

::MAMA HASIF::

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...