Isnin, 3 Oktober 2011

Andai masa itu milikku...

Masa..
Andainya masa itu milikku..
Dapatku rancang apa yang perlu..
Tetapi Tuhan lebih Mengetahui..
Apa yang diperlukan oleh hambaNYA..

Andai dapat kuundurkan masa..
Hendak kupenuhi segala hajatmu..
Segala kehendakmu..
Namun aku hanyalah insan biasa..
Yang kadangkala seperti menangguk di air yang keruh..
Menantikanmu untuk hadir dalam tidurku..

Bersalahkah aku..
Menangis dalam tawaku..
Tersenyum dalam derita..
Melihatmu bermuram durja..
Membuatkanku tidak keruan..

Maafkan aku sayang..
Aku memohon kemaafanmu untuk ketenanganku..
Untuk hatiku..
Untuk jantung hati kita..

p/s : Aku sayang kamu..I LOve U!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...