Rabu, 12 Januari 2011

GENAP SEBULAN LAGI

12 Februari 2011..

Genap sebulan lagi majlis perkahwinan aku..Bersedia atau tidak?Tembus saja tembok itu!Hahaha...Semoga ikatan perkahwinan ku nanti akan sentiasa diberkati olehNYA...amin..

12012011
1130

Khamis, 6 Januari 2011

Terungkai kan...

Assalamualaikum W.B.T...

Setelah beberapa hari kita berterbangan dan berkejaran di tahun 2011,ini lah masanya aku dapat menulis kembali. Sebenarnya aku ada sebuah cerita untuk dikongsikan bersama..Walaupun aku tau, xde siapa pun yang tau akan blog aku ni..Sekurang-kurangnya aku dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam gelora jiwa ni. Bermula lah dengan peristiwa apabila aku rindukan kawan-kawan yang jauh di mata..Tapi kalian perlu ingat bahawa aku x pernah untuk melupakan kalian. Kerana warna-warni kehidupan yang telah dicorakkan di dalam kehidupan aku semuanya bermula dengan kalian. Tiada kalian, maka warna kehidupanku seolah-olah putih..jernih..tiada warna..

Oh ya, sambung kembali cerita yang hendak aku sampaikan..Malam tadi (5/1/11) pada jam 2030 aku telah menelefon sahabat baik aku sewaktu di zaman persekolahan menengah dahulu tatkala aku teringat dan merasa kerinduan terhadap 'bebelan'nya itu..Aku memberi khabar berita gembira bahawa aku akan mendirikan rumahtangga tanggal 12 Februari ini..Rupa-rupanya dia pun akan melangsungkan perkahwinannya bersama yang tersayang pada 2 April. Owh.. sungguh tidak ku sangka, tarikh perkahwinan kami berdua 'sebaya'. Aku dan dia sama-sama berselang seli untuk berkongsi cerita mengenai persiapan perkahwinan masing-masing. Seronok..indah sekali..seolah-olah aku sedang berada pada 8 tahun yang lalu..di mana kami sama-sama berkongsi cerita apa yang berlaku di sekolah dan kadang-kadang ber'gayut' sehingga jam 4 pagi untuk berbincang tentang kerja sekolah yang masih belum dapat disiapkan lebih-lebih lagi kerja Add Math. Namun itu semuanya bayangan indah yang lalu untuk aku jadikan ia sebagai satu kenangan terindah dalam kehidupanku.

Setelah beberapa lama kami berborak, aku ada bertanyakan padanya tentang Master yang sedang dilakukannya. Kerana aku pun mengalami perkara yang sama - Master. Cuma kondisi kami berdua adalah lain iaitu aku belajar sambil bekerja sepenuh masa dengan kerja yang tidak pernah putus dan dia belajar sambil bekerja sebagai R.A -lain situasinya. Aku ada menyusulkan tentang ketidak sediaan aku untuk belajar walaupun keputusan belajar tahun lalu adalah keputusanku dan aku tahu itu adalah satu keputusan yang terburu-buru. Owh..ya..memang aku yang salah. Tapi dia ada memberi beberapa nasihat yang positif kepada ku. Dan aku hanya dapat mengangguk apabila dia mengatakan bahawa apa yang aku kerjakan sekarang ini bukanlah kehendak naluriku..Tetapi keterpaksaan ku - kera a dia juga mengalami perkara yang sama iaitu melakukan kerja yang dia tidak suka.

Ya, memang benar aku yang memilih kos Senibina ini sebagai satu langkah untuk maju ke hadapan. Tapi yang aku dapat rasakan bahawa aku tidak terlalu bahagia untuk melakukannya kerana aku memang tidak sangat suka kepada perkara-perkara teknikal. YA!betul...10 markah untuk si dia. Ceritanya bermula apabila aku tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Johor dahulu, cita-citaku adalah untuk meneruskan pengajian di dalam bidang seni (art) halus. Namun nasib tidak menyebelahi ku apabila pelajar jurusan sains tiada keperluan untuk memohon kos itu kecuali aku seolah-oleh perlu berpatah ke belakang untuk memohon kembali kos seni itu sewaktu di Sekolah menengah dahulu. Tapi, aku rasa tidak berbaloi sekiranya aku berpatah balik. Kerana apa yang aku mohon ketika itu aku rasakan seperti nafas baru dalam hidupku - SENI bina. Ada juga perkataan seni itu..namun ke jurusan yang 'sipi2'..Tak mengapa lah..Mungkin itu sudah takdirku.

Pada mulanya, aku akur dengan kehendak aku itu..Sewaktu di Universiti..aku gembira dapat melakukan jurusan ini.. Seronok..Duit..Enjoy..Macam2 yang best keluar..Tapi apabila aku sudah berkerjaya baru aku tahu bahawa bidang ini tak begitu 'suit' dengan aku..Aku terasa seolah-olah jiwa aku masih kosong walaupun dahulu aku 'rasa' bidang ini dapat menjadikan aku lebih seronok..Baru setahun bekerja, aku mulai rasa bosan dan fed up dengan kehendak pelanggan yang ntah apa2..Tapi aku terpaksa turutkan..Untuk menjaga prestasi aku yang semakin lama semakin merundum...gedebushhh!!

Malam tadi itu lah yang aku rungkaikan bahawa sedari dahulu aku bercita-cita untuk menubuhkan satu sekolah seni untuk kanak-kanak. Si dia ada memberi aku semangat supaya aku teruskan kehidupan aku dan teruskan dengan tesis Master aku -walaupun aku seolah-oleh tiada hati lagi untuk melakukannya. Dia juga mengingatkan aku tentang cita-cita yang memang dari dulu aku ceritakan padanya. Dia memberi pendapat bahawa setelah aku tamatkan Master ku nanti, aku boleh mengambil Diploma dalam Seni fabrik pula..Dengan tidak semenanya, aku tersenyum seperti aku dapat rasakan bahawa aku akan mendapat nafas baru yang cukup segar untuk membuatkan aku tersenyum lebar -sampai ke telinga. haha..

Semoga dengan pengharapan itu, aku akan berjaya mencapai cita-cita aku itu..Dan terima kasih kawan..Jangan gaduh-gaduh lagi ye dgn tunang kau..Si dia yang aku maksudkan tadi ialah MAGDALINA.. Terima kasih Mag..Aku sayang ko..

Khamis
06012011
1402

Selasa, 28 Disember 2010

Selesai sudah SKT PYD 1

Alhamdulillah...setelah digabungkan segala ketenangan yang ada di dalam diri ini dan setelah beberapa kali 'simpan' dokumen tersebut, akhirnya telah selesai tanggungjawab itu..Menilai mengikut kemampuan kerja dan ketenangan hati..yeaa...itu yang penting, bukan menilai disebabkan oleh mengikut hati..kerana ikut hati itu akan membawa bencana..sekian..:)

Dah sesuai ke Masanya??

Dah sesuai ke tak untuk aku umumkan hal dan urusan raja sehariku kepada sahabat2 sekalian?
Atau hendak menunggu sehingga pertengahan bulan Januari depan? ushhh...fenin...

Isnin, 27 Disember 2010

Tesis vs Walimatul Urus

Salam..

Untuk kesekian kalinya baru menjenguk blog ini.. Pernah tak sesiapa yang menghadapi situasi di atas..malah yang lebih ekstravaganza lagi? Tinggal beberapa hari lagi untuk aku diijabkabulkan bersama pasangan ku..Persiapan perkahwinan banyak lagi yang belum aku bereskan..Dengan tesis lagi yang menyesakkan..Banyak juga fulus yang hendak dikeluarkan tatkala menjelang waktunya ini..Pendaftaran mata pelajaran bagi semester 2 ni pada bulan Januari 2011..Aku pula akan mendirikan rumah bertangga pada Februari 2011..Dugaan yang menimpa lebih2 lagi berkenaan kewangan..

Aku bukanlah orang kaya..Aku juga bukanlah org miskin.Maka aku adalah org pertengahan yang senantiasa mencari inisiatif untuk maju ke hadapan. Malah kalau boleh, segalanya mahu aku lakukan. Namun, aku hanya mempunyai kudrat yang terhad. Tidak dapatlah untuk aku lakukan sedemikian rupa. Hanya berpaut di dahan yang sentiasa bersedia memayungi aku.

Kebiasaannya yang aku lihat, banyak org yang membuat kenduri perkahwinan 'ala-ala mat salih'..banyak pula kos nya. Namun, apa yang aku lakukan hanyalah kenduri yang serba sederhana walaupun jemputan melebihi 1000 kad disebabkan aku yang suka berkawan. Maka jemputan aku ramai. Tapi itu tidaklah menjadi aral dalam kenduri tersebut. Apa yang menjadi kerisauan di hati adalah sumber kewangan yang semakin menipis. Aduhai..aku sudah bersedia bergelar isteri. Tapi banyak pula tanggungjawab lain selain isteri..sebagai menantu, sebagai hantu mungkin...haha...eh, minta dijauhkan yang itu..Tanggungjawab sebagai pelajar, ketua dalam organisasi, aduhaiiiii...pening pula aku memikirkan nya...sebenarnya aku boleh melakukan semuanya dalam satu masa. Cuma yang menjadi pertimbangan aku adalah bersediakah aku menjadi pelajar separuh masa yang asyik sibuk dengan persiapan perkahwinan, kerja-kerja yang menimbun dan lain2 tu?

Adakah aku terpaksa menangguhkan pengajian aku sehingga aku benar2 bersedia ataupun meneruskan pengajianku tanpa rasa gembira untuk melakukannya?

Oh Tuhanku, bantulah hambaMU ini ya Rabbi..

Rabu, 22 Disember 2010

Peperiksaan Perkhidmatan Staf Awam

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera..

Bermulalah satu peperiksaan yang menyeksakan hidup..sebelum disahkan jawatan sebagai ahli Kumpulan Pengurusan dan Profesional Universiti..Peperiksaan Perkhidmatan Staf yang berlangsung pada 20 disember hingga 22 disember 2010 sangat2 menjadikan kehidupanku sedikit terganggu. Apa tidaknya, setelah bertahun tidak menghadap buku untuk tujuan peperiksaan, kali ni ada pulak peperiksaan mengenai perkhidmatan sepanjang di sini.

Alhamdulillah, buat hari yang pertama untuk peperiksaan yang melibatkan Pengurusan Universiti dan perlembagaan Persekutuan telahpun selesai dengan baiknya. Cuma soalan objektif yang sedikit keliru membuatkan aku tidak keruan. Cuti sabatikal?Apa tu? Cuti kerantina? Apa tu? Perkhidmatan Akademik?(mcm x ambil peduli pula)..macam2 la...doa2 semoga peperiksaan kertas 1 tu lulus..

Pada 21 disember pula, peperiksaan mengenai Perintah Am telah dilaksanakan. Dan Alhamdulillah, aku dapat menjawab kesemua soalan dengan hati yang tenang. Insyaallah..Semoga Tuhan merahmati segala yang aku lakukan.

Hari ini pula, 22 disember 2010..Peperiksaan Pengurusan Kewangan. Harapkan aku lulus pada semua kertas peperiksaan. Insyaallah..

OK..i gtg..nak g periksa...Good Luck to ME!

Rabu, 24 November 2010

Buletin vs Buku

Kursus Penulisan Buletin yang diadakan bermula dari 23-24 November 2010 banyak menyumbang semangat kepada diri ini untuk menulis. Di antara tajuk/judul yang telah terekspresi dari dalam minda ini adalah :

KANAK-KANAK DAN DUNIA

a) WARNA dan Psikologi Kanak-kanak
b) Nilai Muzik bagi Kanak-kanak
c) Ruang Kanak-kanak : Bagaimana Caranya?
d) Landskap bagi Pusat Rawatan Kanak-Kanak
e) Bacaan : Hobi atau Keperluan

............nnt sambung semula...................:)

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...