Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kelebihan BAYAM dalam Qaseh Gold Junior
Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi , fosforus, kalium, mangan dan zink.
Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene), Vitamin C , Zat Besi , Kalsium dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi sangat sesuai untuk kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena.
Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.
Dalam QASEH JUNIOR ada bayam!
Sedap untuk anak-anak kita..
Yusnorsyazana
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820
013-2892820
013-2892820
Tinta Inspirasi adalah sebuah platform untuk penulis berkongsi kemanisan hidup dengan perkara-perkara yang dicintainya.. PENYUSUAN, PENULISAN, SENI LUKIS, MENGGENDONG ANAK, SENIBINA serta KEKELUARGAAN seakan sudah sebati dalam diri penulis. Perkongsian ini adalah untuk semua.
Selasa, 13 Januari 2015
Ahad, 11 Januari 2015
Vitamin Hati ♡♡♡
Teks: Yusnorsyazana Mohd Yunos
Alhamdulillah...
Have you had your VITAMINS for SOUL today?
♡ Tasbih (Subhanallah)
♡ Tahmid (Alhamdulillah)
♡ Takbir (Allahuakbar)
Mulakan hari anda dengan Vitamin Hati untuk mendapatkan ketenangan jiwa sepanjang hari.InsyaAllah!
Banyakkan berdoa untuk dipermudahkan segala urusan Penyusuan kita..
Sesungguhnya insan yang selalu berdoa adalah yang disayangi olehNYA..
Ya Allah,
Jadikanlah hambaMU ini seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMU..
Jadikanlah hambaMU ini seorang anak, isteri, ibu, rakan, sahabat dan teman yang sentiasa memuliakan yang lain..
Berikanlah dan permudahkanlah segala urusan hambaMU ini ya Allah..
Hanya ENGKAULAH yang MAHA Pemurah lagi Maha Penyayang..
Amin ya Rabbal A'alamin..
Rakan Penyusuan anda,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820
Khamis, 8 Januari 2015
Kaedah Merangsang Refleks Ejeksi Susu Ibu
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kebiasaannya ibu yang mengalami kesukaran dalam merangsang refleks ejeksi susu ibu (MER- milk ejection reflex) ini berada jauh dari bayi ataupun dengan erti kata lain tiada rangsangan secara terus dari bayi. Si ibu perlu memerah susu samada menggunakan tangan mahupun alat memerah (pam susu). Situasi berada berjauhan dengan si bayi dapat menjejaskan ejeksi susu ibu.
Refleks ejeksi susu boleh dirangsang secara fizikal dan psikologikal. Apa yang dikatakan dengan rangsangan secara fizikal dan psikologikal itu? dan apakah caranya?
- Fokus semasa pemerahan susu ibu
- Pastikan ibu berada di dalam keadaan yang selesa dan jauh dari sebarang perkara yang membantutkan fokus si ibu dalam sesi pemerahan susu ibu.
- Suasana yang tenang dan selesa memberikan rangsangan psikologikal berlaku.
- Jauhkan dari alat-alat yang menganggu sesi pemerahan
- Segala keperluan seperti bantal, makanan rindan dan minuman ataupun buku diletakkan berdekatan si ibu supaya mudah untuk dicapai sepanjang sesi pemerahan.
- Tekapkan tuala basah atau mengurut payudara sebelum memerah
- Refleks ejeksi susu ibu dapat di'kejut'kan dengan meletakkan tuala basah dan urutan di payudara selain menggentel puting susu bagi merangsang MER berlaku dengan cepat.
- Tarik nafas dan bayangkan kita berada di kawasan yang tenang dan nyaman.
- Ya! Kaedah ini sangat berhasil lebih-lebih lagi kepada ibu yang bekerjaya yang sangat sibuk dengan urusan kerja. Beberapa minit sesi pemerahan ini dapat dilakukan dengan berjaya sekiranya ibu dapat merehatkan minda dari berfikir tentang kerja.
- Fikirlah anda sedang berada di kawasan air terjun, sungai, pantai ataupun kawasan yang boleh membuatkan anda tenang dan gembira..Walaupun hanya 20 minit!
- Bagi yang beragama Islam, membaca Al-Quran juga boleh membantu dalam penenangan jiwa/rohani dan juga mental.
- Memasang lagu-lagu atau irama yang mendamaikan ataupun menonton video/gambar anak
- Kebanyakan ibu bekerja tidak dapat membawa anak kecil ke tempat kerja. Namun begitu, ia bukanlah satu faktor yang membawa kepada kemeruduman susu ibu. Dengan kaedah menonton video atau gambar anak, ia juga dapat mencetus refleks ejeksi susu ibu kerana ibu pasti akan merasa sayang, rindu, cinta kepada anak kita kan?
- Dengan berbekalkan teknologi canggih ini, ibu juga boleh mendengar lagu-lagu ataupun alunan irama yang mendamaikan seperti bunyi-bunyian bergelombang alfa, beta, ataupun ayat-syat suci Al-Quran.
- Membayangkan bayi berada dekat dengan kita
- Setiap ibu akan menginginkan perkara yang sama-anak berada dekat dengan kita.
- Urutan belakang badan (akan dijelaskan di dalam entri akan datang) InsyaAllah!
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Kita berjumpa di entri yang lain ya! InsyaAllah!
Salam sayang penuh cinta,
Salam sayang penuh cinta,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Rakan Penyusuan anda,
Kaunselor Laktasi
013-2892820
Ahad, 4 Januari 2015
Urutan dan sentuhan kepada bayi!
Teks: Yusnorsyazana Mohd Yunos
Bayi yang tenang kebiasaannya akan menunjukkan perkembangan positif di setiap fasa pertumbuhannya. Selain daripada pemberian khasiat susu ibu yang mencukupi, kaedah urutan dan sentuhan kepada bayi juga boleh mempengaruhi proses tumbesarannya.
Semua sistem dan deria badan si bayi termasuk elemen biologikal, intelektual dan emosi adalah saling bekerjasama. Tidak kira sama ada kita mengurut bayi yang baru berusia 1 hari mahupun dia sudah berumur 2 tahun!
Sebaik urutan serta sentuhan dibuat kepada bayi, kita bukan sahaja membina perhubungan bersama mereka, malah kaedah itu juga membantu dalam penstrukturan otak mereka
Urutan boleh menguatkan deria penglihatan, perasaan, rasa, pergerakan, dan keseimbangan. (Dr.Elaine Fogel Schneider,2012)
Apa yang anda gemar lakukan kepada bayi anda selain memeluk dan mengusap mereka semasa mereka menyusu?
Pasti sentuhan serta urutan lembut kepada si bayi dapat menenangkan keduanya (ibu dan anak) dan ia pastinya menjadi saat-saat indah anda bersama bayi anda. Jadikan urutan lembut itu satu aktiviti bersama anak-anak untuk memberikan mereka rasa dekat dan disayangi.
Sesungguhnya anak-anak itu adalah anugerah terindah yang perlu dibelai dan dimanja. Subhanallah!
Menyusu itu indah!
Salam sayang penuh cinta,
Rakan Penyusuan anda,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820
yusyazana@gmail.com

Jumaat, 2 Januari 2015
Selamat Tahun Baru 2015
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Assalamualaikum..
Masih belum terlambat untuk yus ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 buat para pembaca setia blog yusnorsyazana@blogspot.com
Terima kasih di atas sokongan kalian terhadap penulisan serta perkongsian yus terhadap penyusuan susu ibu dan juga berkaitan alam keibubapaan.
InsyaAllah tahun 2015 ini yus akan kongsikan lebih banyak info dan maklumat terkini mengenai penyusuan susu ibu dan perkara lain yang berkaitan ilmu keibubapaan.
Maafkan yus sekiranya sepanjang tahun 2014 yus tidak dapat kongsikan banyak perkara disebabkan bebanan kerja yang tidak mengizinkan. Yus harap rakan-rakan pembaca dapat doakan kelapangan masa buat yus ya. InsyaAllah..
Semoga tahun 2015 memberi sejuta kemanisan buat kita semua.Aminnn..
Salam sayang penuh cinta buat kalian,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820
yusnorsyazana.my@gmail.com
Rakan Penyusuan Anda♡♡

Rabu, 12 November 2014
Penolakan Menyusu di Payudara
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Assalamualaikum...
Salam Sejahtera..
Semalam ada seorang teman yang menyatakan kerisauannya tentang bayi nya yang baru berumur 20 hari sudah pandai menolak daripada menyusu secara terus di payudara. Setelah ditanya, rupa-rupanya bayinya diberikan susu formula secara bergilir-gilir dengan susu ibu. Saya tidak salahkan teman ini. Mungkin kerana beliau masih tidak tahu mengenai susu ibu dan saiz perut bayinya. itulah fungsi kita sebagai teman pembimbing ibu menyusu..Berikan info serta sokongan kepadanya.
Ok rakan pembaca yang budiman sekalian, kali ini yus ingin kongsikan MENGAPA BAYI MENOLAK untuk MENYUSU DI PAYUDARA?
Penolakan menyusu di payudara berlaku dalam beberapa keadaan seperti di bawah :-

- Bayi telah diberikan dengan puting susu tiruan sejak awal kelahiran. Ini termasuklah pemberian puting kosong (pacifier), botol susu dan lain-lain. Ini kerana, mekanisme penghisapan puting tiruan adalah berbeza daripada penghisapan di payudara. Bayi akan menggunakan banyak tenaga dan juga menggunakan seluruh kekuatan rahangnya untuk melekap dengan betul di payudara. Ini membantu bayi tersebut untuk membina kekuatan rahang dan juga perkembangannya.
- Bayi yang daripada awalnya tidak mahu menyusu ibu di payudara disebabkan oleh bayi sakit, berpisah dengan ibunya sejak lahir ataupun ibu merasakan susu nya tidak mencukupi buat bayi.
- Bayi yang sudah berhenti menyusu, tetapi mahu disusukan semula di payudara.
- Bayi yang menghadapi 'mogok menyusu' ataupun dikenali sebagai nursing strike.
![]() |
| Gambar : Pemberi semangat di pagi hari..Sesi 1 : Jom memerah susu untuk keperluan Hayyan di kala umurnya 7 bulan..Syukur Alhamdulillah.. |
Sekiranya rakan pembaca memerlukan sokongan dalam penyusuan susu ibu, Yus sedia membantu. In Shaa Allah..^_^
Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820
Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820
Rabu, 29 Oktober 2014
I'M A PEER COUNSELOR & LACTATION COUNSELOR!
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...
Syukur...
Maaf lah rakan pembaca sekalian kerana sudah lama yus tidak berkongsi cerita, dan pengalaman bersama kalian. Rindu rasanya hendak menulis. Namun, dengan tugasan dan juga bebanan tugas yang perlu dipikul, manjadikan yus belum berkesempatan untuk menulis.
Pada 23-25 Oktober yang lalu, yus telah menghadiri kursus Peer Counselor selama 20 jam bagi menjadikan yus sebagai seorang PEMBIMBING IBU MENYUSU bagi membantu kalian bersama-sama dalam mengharungi suka-duka dalam penyusuan susu ibu. Kursus anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association ini dengan kerjasama UTM-CTC dan juga Kelab Susuibu Johor Bahru telah dilaksanakan di UTM Skudai Johor dan seramai 22 orang peserta telah mengikuti kursus 20 jam ini..
Semoga dengan perkongsian dan pertambahan ilmu ini dapatlah yus kongsikan bersama rakan pembaca sekalian. In Shaa Allah sekiranya diberikan peluang yang panjang, yus akan kongsikan lagi pengalaman dan ceritera suka duka dalam penyusuan susu ibu ya!
Terima kasih kerana menyokong yus selama ini.
Yus juga memohon kemaafan kepada rakan pembaca yang menitipkan mesej di Whatsapp dan juga email yang yus lewat untuk membalasnya. Maaf ya semua..Yus hanyalah insan biasa sebagai seorang anak, ibu, isteri, pekerja dan juga hambaNYA yang kerdil.
Gambar-gambar sepanjang program 23-25 Oktober 2014..
Sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu, produk QASEH GOLD, ALTAMIS HABBATUS SAUDA, DIAPER CAKE...bolehlah terus menghubungi yus ya!
Syukran jazilan..
Yusnorsyazana
013-2892820
Langgan:
Catatan (Atom)
PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...
-
"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...
-
Assalamualaikum salam pagi isnin yang Indah mommies semua.. Mulakan hari dengan sarapan yang sihat untuk bekalan tenaga sepanjang hari....
-
Hari ini hari khamis bersamaan 5 Januari 2023. Hari bekerja terakhir dalam minggu ini bagi kami yang berada di negeri A (Johor, Kelantan, Te...