Teks: Yusnorsyazana Mohd Yunos
Bayi yang tenang kebiasaannya akan menunjukkan perkembangan positif di setiap fasa pertumbuhannya. Selain daripada pemberian khasiat susu ibu yang mencukupi, kaedah urutan dan sentuhan kepada bayi juga boleh mempengaruhi proses tumbesarannya.
Semua sistem dan deria badan si bayi termasuk elemen biologikal, intelektual dan emosi adalah saling bekerjasama. Tidak kira sama ada kita mengurut bayi yang baru berusia 1 hari mahupun dia sudah berumur 2 tahun!
Sebaik urutan serta sentuhan dibuat kepada bayi, kita bukan sahaja membina perhubungan bersama mereka, malah kaedah itu juga membantu dalam penstrukturan otak mereka
Urutan boleh menguatkan deria penglihatan, perasaan, rasa, pergerakan, dan keseimbangan. (Dr.Elaine Fogel Schneider,2012)
Apa yang anda gemar lakukan kepada bayi anda selain memeluk dan mengusap mereka semasa mereka menyusu?
Pasti sentuhan serta urutan lembut kepada si bayi dapat menenangkan keduanya (ibu dan anak) dan ia pastinya menjadi saat-saat indah anda bersama bayi anda. Jadikan urutan lembut itu satu aktiviti bersama anak-anak untuk memberikan mereka rasa dekat dan disayangi.
Sesungguhnya anak-anak itu adalah anugerah terindah yang perlu dibelai dan dimanja. Subhanallah!
Menyusu itu indah!
Salam sayang penuh cinta,
Rakan Penyusuan anda,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820
yusyazana@gmail.com
Tinta Inspirasi adalah sebuah platform untuk penulis berkongsi kemanisan hidup dengan perkara-perkara yang dicintainya.. PENYUSUAN, PENULISAN, SENI LUKIS, MENGGENDONG ANAK, SENIBINA serta KEKELUARGAAN seakan sudah sebati dalam diri penulis. Perkongsian ini adalah untuk semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...
-
Assalamualaikum salam pagi isnin yang Indah mommies semua.. Mulakan hari dengan sarapan yang sihat untuk bekalan tenaga sepanjang hari....
-
Uish...Sepanjang arini asyik menjenguk2 blog yang menghidangkan resepi masakan sampai saya terliur...duyaii...Bila la nak rajin masak ni ek?...
-
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos Assalamualaikum mommies yang hebat lagi menawan! Dah lama yus x kongsikan di blog tentang tips-tips k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan