Isnin, 28 April 2014

Saiz Perut Bayi baru Lahir

Assalamualaikum…

Setelah lama menggantung pena, kini yus ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan keperluan serta kapasiti susu ibu yang perlu diberi kepada bayi yang baru lahir..

Tahukah Anda?

Berapa banyakkah susu yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir?

~ Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat berhubung saiz perut bayi yang baru lahir. Daripada kajian-kajian tersebut, saiz perut bayi yang baru lahir hanyalah SEBESAR KACANG SAHAJA (5-7ml).

~ Ini kerana ketika bayi di dalam rahim, bayi tersebut akan menelan air ketuban dalam kuantiti yang sangat sedikit iaitu sekali atau dua kali telan sekali sekala sahaja. Dan itu sahaja yang diperlukan oleh bayi tersebut.

Namun begitu, saiz perut bayi akan semakin membesar sedikit demi sedikit seperti gambarajah di bawah.

sumber : google

Maka ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, tidak hairanlah bayi akan menyusu sedikit sahaja sejurus selepas kelahiran. Keperluan bayi pada hari pertama sehingga hari ke-3 (kebiasaannya), susu ibu yang akan terhasil adalah berupa cecair kuning yang sangat pekat dan sedikit dan ia dipanggil KOLUSTRUM itu amatlah penting bagi sistem imunisasi dan sistem panghadaman bayi.


Bayi yang baru lahir TIDAK MEMERLUKAN susu yang banyak. Maka pemberian susu formula di awal kelahiran boleh merencatkan penghasilan susu ibu. Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang disusukan dengan susu formula biasanya akan muntah dengan bayak sehingga keluar dari mulut dan hidung! 

Untuk pertanyaan berkenaan penyusuan susu ibu, boleh lah menghubungi saya ya !

Oh ya, ALTAMIS HABBATUS SAUDA diyakini untuk mengembalikan kesihatan kepada ibu yang baru bersalin seperti saya!hihihi...

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

p/s: Penulis baru sahaja melahirkan bayi lelaki pada 16 April 2014 

Happy Breastfeeding!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...