Rabu, 21 September 2011

Apabila perut digelek-gelek..dibelai-belai..

Dah hampir masuk ke penghujung Syawal..tapi rumah terbuka x habis2 untuk dibuka..hi hi hi..rezeki2..makan melantak je la keje nya..

Tapi kan..bila kita makan tu jangan lah sampai terlupa untuk simpankan sikit ruang untuk kita bernafas..makan2 tu kene ingat jugak si kecil di dalam ni..hi hi hi..seronoknya dia dapat makan macam2 time raya ni..biar dia sihat..Alhamdulillah~~

Semalam (selasa) alhamdulillah aku dah sihat.-sebab ari ahad (malam) aku kene 'beri2' yang teramat teruk..dekat 10 kali masuk tandas..aduyai..baby aku pun lembik semacam je dalam ni..takut pun ade..last2 aku MC isnin tu..duyaiii..nasib badan..

Yang bestnya, malam tadi aku panggil Mak Ani (tukang urut di taman aku) untuk urutkan badan yang dah sekian lama x dibelai..digelek2 oleh mak Ani..Fuhhhhhh...memang segarrrrrrrrrrrr~~ Alhamdulillah..baby pun dah mula tonggeng2 balik..ha ha ha..sampai nak tdo pun aku terpilih2 cara yang terbaek..ha ha ha..comel sungguh anak mama ni..x sbr nak scan 4D sbb nak tgk dia..dari dalam...huk huk huk...tapi bilakah??

Apabila perut digelek-gelek, dibelai-belai..badan diurut2..alangkah bestnya..sampai nak tertido je rasanya..tp kesian pulak Mak Ani urut sorg2..last2 tahankan je la mata tu - sbb layankan mak Ani berbual..

p/s : terasa bestnya bangun pagi ni dengan badan yang sakit sikit2 (mcm lepas bersenam) tapi dengan kedudukan baby yang lebih stabil - semoga baby sentiasa sihat ye..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...