Selasa, 8 Ogos 2023

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA


"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?"

Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar sekiranya kita sudah tidak menyusukan bayi, buat apa ilmu itu?
.
.
.
Nak tahu tak?
Ramai sahaja pembimbing susu ibu atau yang berada di dalam circle susu ibu merupakan orang yang sudah berpuluh tahun tidak menyusukan.
"Anak dah besar, tapi kita ada tanggungjawab."
Ya, tanggungjawab kepada masyarakat.
Jika kami ini tidak membantu pihak kesihatan dalam menyampaikan ilmu Penyusuan ini, siapa lagi? Perlu ada Bayi sahajakah baru boleh mengutip ilmu.
.
Atau perlu kita ada title Doktor di hadapan, baru ilmu yang kita sampaikan itu valid?
.
.
Beginilah, tanggungjawab kita semua adalah untuk menyampaikan. Tidak kiralah siapa diri kita kan.
.
Dan baru sahaja sebentar tadi, Yus tertarik dengan penyampaian di radio ikim.
.
.
.
Siapakah kita 5 tahun akan datang bergantung kepada beberapa perkara.
Sila baca sampai habis.
.
.
Paling PENTING, no. 7 tu!
1) Keputusan dan tindakan yang kita buat pada waktu sekarang.
.
Jika nak ada perubahan pada satu-satu keputusan, kita buatlah perubahan dan tindakan dari SEKARANG!
2) Bahan bacaan yang kita baca.
.
Setiap bahan bacaan yang kita baca Dan pilih akan membentuk diri kita 5 tahun akan datang.
3) Kawan yang kita pilih.
.
Kawan yang kita rapat akan dapat membentuk kita samada lebih baik atau sebaliknya. Pilihlah kawan yang baik dan membantu kita ke arah kebaikan.
4) Amal Ibadah kita.
.
Bagaimana kualiti Ibadah kita pada hari ini akan menentukan kualiti diri kita pada masa 5 tahun akan datang.
5) Siapa yang kita ikuti dalam SOCIAL MEDIA.
.
Dunia kita dalam media sosial Dan siapa yang kita ikuti di medsoc.
"Sebaik-baik orang adalah orang yang memberi manfaat kepada yang lain."
6) Hubungan dengan orang persekitaran yang baik.
.
Menjaga hubungan baik dengan orang di sekeliling kita.
7) Jaga hubungan kita dengan ALLAH.
.
Ini adalah perkara yang paling PENTING. Jika kita jaga 6 perkara di atas dengan baik, maka yang ke-7 ini perlu LEBIH BAIK.
Dah nampak kan?
Jadi, untuk kita menjadi orang yang dapat memberi manfaat kepada yang lain, teruskan berjuang dan menyampaikan. Ilmu itukan untuk dikongsi.
Setuju?
Silakan SHARE jika ia memberi manfaat tau 🥰


Ahad, 6 Ogos 2023

ANAK BARU SEHARI DAH BERPISAH!

Bayi berumur 1 hari kena diasingkan daripada ibu!

Allahuakbar!


Baca posting ni sampai habis.


Sesungguhnya kelahiran bayi amatlah dinantikan bayi ibu ayah yang telah menanti sekian lama.


Namun setelah dia lahir, ada pula cabaran dan ujian yang ibu ayah perlu hadapi.


Bayi dah terlalu lama dalam perut, oksigen drop!


Bayi pramatang.


Berat bayi tak cukup dan perlu duduk di NICU.


Ya Allah, ujian apalah yang Engkau berikan ini?


Allah...

Allah...

Allah...


Pelbagai perasan bercampur baur waktu tu. Memang hanya DIA dan kita yang tahu. Sedih, geram, gembira jauh sekali.


Hanya berteman air mata dan dada bagaikan mahu pecah sejuta!


Namun, nurse datang ke tempat kita dan bertanya. 


"Ibu nak berikan air susu kepada bayi?"


Luluhnya perasaan waktu itu.

Lebih-lebih lagi jika baru pertama kali menjadi seorang ibu. Apa yang hendak aku buat ni? Ada ke susu?

Susu macam air paip keluar ke?

Macam mana nak menyusukan bayi yang tiada dengan kita?

Nak kena perah ke?

Nak perah guna mesin atau tangan?


Begitulah.


Ya, Yus juga pernah melalui situasi itu dengan anak pertama.


Blur!


Tak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ingatkan susu ibu ini mudah bagaikan air paip yang akan keluar.


Tidak!

Penyusuan susu Ibu perlukan ILMU.


Jadi, bagaimana dan apa yang ibu-ibu pertama kali ini harus lakukan?


Inilah, yang yus ingin kongsikan harini.

.

.

.

Tips susu Ibu : Bayi berumur 1 hari dan berjauhan dengan ibu.

======


Buat ibu baru melahirkan (bayi berumur 1-7 hari),

Sekiranya ditakdirkan bayi dimasukkan ke inkubator/berjauhan dengan ibu, digalakkan untuk ibu membuat pemerahan dengan menggunakan TANGAN dan dimasukkan ke dalam bekas kecil.


Ini kerana dalam tempoh tersebut, susu ibu di dalam fasa KOLOSTRUM (Susu ibu yang sangat pekat) dan sekiranya ibu memerah dengan menggunakan mesin pam, dikhuatiri susu ibu akan 'tersangkut' di corong pam dan akibatnya susu tersebut tidak dapat diberikan kepada bayi.


Selain itu, apabila susu dalam fasa KOLOSTRUM, puting ibu masih berada di dalam keadaan yang 'kering' dan mudah mengalami NIPPLE CRACK sekiranya ibu menggunakan teknik yang salah.


Jom dalami ilmu penyusuan sebelum waktu melahirkan. 


Penyusuan itu mudah dan menyeronokkan InsyaAllah 😍😍


Sayang semua kerana Allah.


InsyaAllah.

Hidup memberi nilai kepada yang lain. 


Silakan share jika ia memberi manfaat.


Klik untuk dapatkan Sampel e-book PERCUMA.

http://bit.ly/ebookAnugerahTerindah

http://bit.ly/ebookAnugerahTerindah

http://bit.ly/ebookAnugerahTerindah


Salam sayang,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS





Khamis, 20 Julai 2023

PENCETUS SUSU IBU

 Pernah satu ketika, Yus ditanya tentang pendapat ibu yang 'induce' susu ibu kepada anak angkat.

Secara dasarnya, Yus hanya boleh memberikan pandangan sebagai panduan sahaja, bukan bermaksud ia adalah IYA mahupun TIDAK.
Maaf, mungkin hantaran ini agak panjang ya.
Setiap mereka yang berkahwin pasti teruja bagi mendapatkan cahaya mata. Namun takdir Allah, kita hanya merancang tetapi Allah juga sebaik-baik perancang. Kan.
Kita perlu memberi sokongan kepada mereka yang masih belum direzekikan dengan kurniaan zuriat mereka sendiri. Kita perlu yakin bahawa hikmahnya sangatlah besar kepada mereka yang diuji dengan ujian sebegini.
Tidak semestinya jika kita mempunyai anak berderet-deret, kita ni power, hebatlah.
Eh, awak kena ingat Allah Maha Besar.
Anak ramai juga sebenarnya satu ujian. Rezeki, itu semua Allah yang punya, Allah punya kuasa.
Jika DIA kata "Kun Faya Kun", Siapalah kita yang menidakkannya, kan.
Maka, usaha mereka untuk mengambil anak angkat sebagai penyeri hidup mereka, kita sama-sama raikan. Ilmu Penyusuan anak angkat perlu diselusuri dan dipelajari agar kita tidak ter'sesat' dengan pelbagai mitos yang memesongkan kejayaan Penyusuan Susu Ibu.
Bagi menjadikan anak itu mahram kepada mereka, Penyusuan Susu Ibu adalah langkah
terbaik
kerana ia akan menjadi aliran nasab kekeluargaan yang lebih sempurna.
"Eh, boleh ke orang yang tak pernah mengandung ni menyusukan anak?"
"Eh, bolehlah.Awak ni kan, Allah tu kan Maha pemberi rezeki. 'Kerja' kita adalah USAHA dan MINDSET yang positif."
"Bagaimana caranya?"
Soalan seterusnya ini Yus merujuk kepada Doktor Pro Laktasi.
1) Ibu perlu membuat pemeriksaan kesihatan.
2) Ibu dapatkan khidmat nasihat doktor yang Pro Laktasi bagi 'induce' susu ibu dengan cara-cara yang disarankan. Ada yang perlu makan pil hormon, ada yang perlu membuat suntikan hormon dan pelbagai lagi cara yang selamat.
Nasihat Yus, rujuklah mereka yang pakar ya, jangan ikut semberono daripada google sahaja. Kelak nanti merana.
3) Amalkan pemerahan susu ibu yang kerap walaupun yang keluar hanyalah angin. Kita perlu ingat, susu ibu ni bukan macam air paip yang apabila dibuka, ia keluar ya. Susu ibu ni perlukan banyak USAHA dan EMOSI yang baik. - ini terpakai bagi semua ibu Menyusu juga ya.
4) Kerapkan bonding dengan anak angkat/Bayi. Sebenarnya, bonding inilah pencetus kasih sayang Dan hormon yang posiitf.
5) Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling. Di sini, paling rapat dengan ibu ialah suami serta keluarga. Rakan-rakan terdekat juga sangat perlu. Jangan dilupa, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu di daerah/negeri kalian ya.
Selebihnya, kita tawakal.
Insya-Allah. Yus doakan urusan Penyusuan kalian dipermudahkan ya!
Kita sama-sama menyokong mereka yang memerlukan bantuan.
Ada kisah tentang Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang Yus kongsikan di dalam buku solo Anugerah Terindah, karya Yus.
P/s : Jika ada kenyataan di atas yang berbeza atau tidak tepat, Yus berbesar hati agar kalian dapat berkongsi sama ya.
Biiznillah.

Selasa, 18 Julai 2023

TERIMA KASIH KANDA

 Masya-Allah Tabarakallah.

Buku Anugerah Terindah ini mengisahkan tentang kehamilan dan kelahiran serta Penyusuan Bayi yang ditulis berdasarkan kisah hidup.
Buku pertama adalah sesi suai kenal.
Siapa nak kenal Yus dan aktiviti Yus sepanjang hamil dan menyusu, Yus cadangkan kalian baca buku Anugerah Terindah.
Setiap hari tersenyum mengingat kenangan.
Kan!
P/s : Terima kasih kanda kerana menyokong perjalanan buku solo pertama adinda.

Ada uang ingin dapatkan buku Anugerah Terindah, boleh hubungi Yus di 016-7352820 ya.





Isnin, 17 Julai 2023

KENAPA DUDUK LAMA DI HOSPITAL?

Ada yang tanya Yus, waktu Yus masuk hospital setahun lepas sebelum melahirkan Hana tu, ada ke yang lebih lama tempoh masa mereka duduk di sana?

Yus jawab, "Ada. Ada yang hampir lima bulan pun!"
Eh, biar betul?
Kenapa lama sangat?
Haaa...Yus pun takde lah pandai sangat bab kesihatan ni. Iyalah, kalau dah pandai serba serbi tahu, macam mana pula fungsi doktor dan jururawat kan...hehe.
Ada di kalangan rakan-rakan ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata 'menetap' di hospital seawal tiga bulan kehamilan.
Kenapa?
Uih, banyak sebabnya.
Ada yang darah tinggi tak turun-turun.
Ada yang kencing manis tak dapat dikawal.
Ada pula yang uri terbalik.
Ada yang uri menutup 'jalan' di bawah (plasenta previa) - ni kes Yus dan kes ini adalah kes yang paaaaaaling ramai.
Yus bersyukur sangat sebabnya sebenarnya Yus dah alami plasenta previa sewaktu 25 minggu lagi!
Waktu tu lagi dua hari nak raya aidilfitri 2022.
Bayangkanlah bangun je pagi subuh nak sahur tu nampak darah banyak atas katil.
Cuak beb!
Tak tahu nak buat apa.
Kaget.
Kelam kabut.
Mujur teringat long pun pernah kena perkara yang sama dan aku terus dirujuk kepada yang pakar.
Alhamdulillah, akhirnya semuanya selamat.
Namun, penceritaan yang lebih terperinci Yus ada kongsikan di dalam Buku Anugerah Terindah.
Sememangnya detik-detik kelahiran setiap anak adalah berbeza dengan pengalaman dan debaran yang berbeza.
InsyaAllah, setiap keringat ibu pasti ada ganjaran daripada-Nya di sana nanti.
Daripada detik kehamilan sehinggalah Penyusuan, sememangnya penuh dengan kenangan terindah

Sabtu, 15 Julai 2023

TERUJA!

 Allahu.

Sebagai seorang ibu, aku turut merasa teruja dengan kelahiran cahaya mata Dr Halina dan Dr. Syeikh Muszaphar ini, apatah lagi ini merupakan kelahiran anak ketujuh buat mereka berdua.
Masya-Allah Tabarakallah.
Tahniah!
Kehadiran cahayamata bagi setiap ibu ayah sememangnya dinantikan, apatah lagi buat mereka yang masih menanti kehadiran anak sulung ataupun yang sedang dalam proses mencuba setelah sekian lama. Rezeki Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin semestinya berbeza.
Ada yang direzekikan dengan anak yang ramai, namun diduga dengan cabaran membesarkan anak-anak.
Ada yang direzekikan dengan anak tunggal, anaknya cemerlang ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Ada yang direzekikan untuk membela anak angkat sahaja dan tidak mempunyai anak kandung, namun kehidupan mereka dilimpahi dengan rezeki dan sangat bahagia.
Ada yang direzekikan hidup berdua sehingga akhir hayat, namun mereka sangat bahagia.
Subhanallah, Masya-Allah!
Sayangnya Allah kepada kita, kan?
Setiap apa yang diberikan pasti ada hikmahnya.
Cuma cara kita memandang dan menilainya adalah berbeza.
Apa yang kita perlu buat?
Tukarkan MASALAH kepada CABARAN.
Tukarkan ISU kepada SOLUSI.
Tukarkan SEDIH kepada BAHAGIA.
Rezeki itu kan, Allah yang beri.
Kita hanya laksanakan 'kerja kita' berbanding kita buat 'kerja Allah'.
Fokus kepada 'kerja kita'.
'Kerja kita' adalah laksanakan mengikut ajaran-Nya.
Fokus kepada kehidupan kita sendiri.
Jangan mengejar mereka yang di atas.
Cuba berjalan di atas tapak kaki kita sendiri.
Bahagia bukan?
Anak-anak sebagai #AnugerahTerindah buat kita.
Anak-anak juga sebagai 'sumber pahala' buat kita.
Anak-anak juga sebagai 'punca' kasih sayangnya Allah kepada kita.
Di situlah kita akan diuji dengan pelbagai perkara.
Hendak mendapat pahala itu, bukan mudah.
Kita yang mengawal diri kita.
Insya-Allah. ❤
Kasih sayang Allah tiada batasan.
"Kehamilan dan kelahiran yang didamba"

LAIN MAMA, LAIN PAPA


"Siapa Zulaikha tu, mama? Hasif macam pernah dengar nama dia. Tapi Hasif tak ingatlah." tanya Hasif kebingungan.
Mungkin juga dia melihat mama kelihatan teruja dengan kedatangan tetamu yang tidak pernah bertentang empat mata itu.
"Zulaikha tu adik susuan Hasif, Hayyan dan Haura. Dia sebaya Haura. Lahir awal 20 hari daripada Haura. Mama berikan susu mama kepada dia, macam mama susukan Hasif dahulu waktu bayi." panjang lebar aku menerangkan kepadanya.
"Abang kena kenal semua adik-beradik susuan abang. Agar tiada masalah hubungan apabila dewasa nanti."
"Mama, dari tadi mama sebut adik beradik susuan. Apa maknanya ya mama?"
"Oh, adik-beradik susuan ialah baby daripada ibu dan ayah yang berlainan dan berumur kurang daripada 2 tahun. Ala, nak senang cerita dia daripada ibu dan ayah yang berlainan tetapi menyusu dengan mama sebanyak 5 kali kenyang. Lain mama dan lain papa dia."
"Maksudnya mama dah susukan Alya, Hamizi dan Zulaikha ikut yang mama cakap tadi tu ya?
"Bijak anak mama. Nanti Hasif kena ceritakan perkara yang sama juga kepada adik-adik ya."
-----------
Petikan di atas adalah daripada salah satu bab di dalam buku ANUGERAH TERINDAH, karya sulung Yus.
Di hari Jumaat yang mulia ini, Yus nak hadiahkan kepada 2 orang terpantas yang menulis NAK di ruangan komen di bawah.
Yus juga buka peluang bagi sesiapa yang ingin berWAKAF buku Anugerah Terindah kepada saudara mara, sahabat handai mahupun pusat-pusat penjagaan Ibu, boleh hubungi Yus ya.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat buat semua.
"Kehamilan dan kelahiran yang didamba."
Biiznillah.

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...