Isnin, 13 Jun 2016

9 TIPS Merangsang Let Down Reflex (LDR)

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum ibu-ibu gojes yang menyusu dan bapa-bapa yang hebat menyokong penyusuan susu ibu :)

Entry kali ini yus ingin kongsikan bersama semua pembaca mengenai bagaimana untuk MERANGSANG REFLEKS EJEKSI SUSU (MER) atau dikenali dengan LET DOWN REFLEX (LDR) di kalangan ibu. Penting ke MER @ LDR ini?

Apabila ibu memerah susu terutama memerah dengan menggunakan tangan atau pam, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi sebegini adakalanya menjejaskan MER. Terdapat banyak cara yang dicuba oleh ibu-ibu bagi mendapatkan MER yang lebih berkesan semasa sesi pemerahan berlangsung. Betul kan?

Sebenarnya, MER ini boleh dirangsang secara FIZIKAL dan PSIKOLOGI. Gabungan di antara kedua kaedah ini lebih berkesan bagi mendapatkan MER. Antara kaedah terperinci adalah seperti di bawah :-

1.   Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang boleh membantutkan FOKUS ibu untuk memerah susu
  • Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan bahawa MER lebih mudah diperoleh sekiranya mereka memerah di tempat yang sama setiap kali.
  • Persekitaran yang biasa dengan ibu membantu ibu memerah dengan lebih tenang
  • Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Contohnya ibu membuka zip beg alatan menyusu pun boleh mencetuskan MER kerana ia merupakan rutin untuk memerah susu.
2. PADAM TELEFON BIMBIT ataupun KUNCI PINTU bagi mendapatkan ketenangan dan privasi
  • Segala lkeperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya ibu lebih mudah untuk mencapainya semasa sesi memerah
3. Tekapkan tuala basah dan URUT PAYUDARA bagi 'mengejutkannya' supaya 'bekerja'. Ibu juga digalakkan untuk menggentel puting payudara bagi lebih rangsangan MER dengan cepat

4. TARIK NAFAS dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang NYAMAN dan TENANG. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun mahupun sungai yang mengalir tenang.

5. Bagi yang beragama ISLAM, bacaan ayat suci AL-QURAN daripada qari terkenal dapat dipasang untuk memberikan ketenangan.

6. Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang MUZIK LATAR yang disukai ataupun mendengarkan bunyi-bunyian alam semulajadi.
  • Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi yang canggih, bukan sahaja gambar, namun Video dan suara bayi juga boleh ditonton dan didengar melalui telefon bimbit bila-bila masa sahaja
  • Sesetengah ibu berasa terangsang apabila mencium bau baju atau selimut bayi
7. BAYANGkan bayi berada dekat dengan ibu bagi membantu merangsang MER 

8. Buat URUTAN BELAKANG BADAN yang boleh membantu kelenjar-kelenjar susu 'bekerja' dengan lebih lancar (seperti gambar di bawah)

             
9. Sambil memerah, ibu boleh mengambil makanan yang merangsang kegembiraan seperti coklat, buah-buah dll yang boleh membuatkan ibu merasa HAPPY!

InsyaAllah yus akan kongsikan lagi tips penyusuan di entry akan datang. Jom LIKE PAGE Inspirasi Penyusuan Susu Ibu di Facebook ya.. ^_^

Selamat mencuba!

Salam sayang penyusuan susu ibu,
Sifu Susu Ibu anda
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda

credit to Dr. Faridah Idris (Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...