::PENYUSUAN SUSU IBU::
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Tips Ibu Menyusu di bulan Ramadhan
1) Banyakkan minum air sekurang2nya 3-5 liter sehari..Minum air setiap kali selepas berbuka, selepas solat, sebelum tidur, bangun tidur dan sebelum waktu sahur tamat.
2) Makan banyak protein semasa bersahur.Protein kurang menggunakan tenaga bagi pencernaannya berbanding karbohidrat yang perlukan banyak tenaga untuk pencernaannya dan akibatnya badan lebih cepat letih di waktu siang hari.
3) Kerap kosongkan payudara dengan cara perahan tangan atau menggunakan pam yang sesuai. Waktu yang dicadangkan adalah selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur.
4) Banyakkan makan kurma atau buah2 yang segar. Ini untuk mengekalkan tenaga dalam badan lebih-lebih lagi ibu menyusu.
5) Sekiranya kesihatan ibu tidak mengizinkan untuk menyusu secara terus sepanjang masa, boleh selang seli kan dengan ebm (express breastmilk) bagi mengelakkan ibu daripada terhidrat.
AMALKAN PENGOSONGAN PAYUDARA YANG KERAP UNTUK MENGHASILKAN SUSU YANG LEBIH BANYAK.
InsyaAllah!
Selamat berpuasa ibu-ibu hebat sekalian..
Yusnorsyazana My
Kaunselor Laktasi
013-2892820
Tinta Inspirasi adalah sebuah platform untuk penulis berkongsi kemanisan hidup dengan perkara-perkara yang dicintainya.. PENYUSUAN, PENULISAN, SENI LUKIS, MENGGENDONG ANAK, SENIBINA serta KEKELUARGAAN seakan sudah sebati dalam diri penulis. Perkongsian ini adalah untuk semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...
-
Assalamualaikum salam pagi isnin yang Indah mommies semua.. Mulakan hari dengan sarapan yang sihat untuk bekalan tenaga sepanjang hari....
-
Uish...Sepanjang arini asyik menjenguk2 blog yang menghidangkan resepi masakan sampai saya terliur...duyaii...Bila la nak rajin masak ni ek?...
-
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos Assalamualaikum mommies yang hebat lagi menawan! Dah lama yus x kongsikan di blog tentang tips-tips k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan