Isnin, 29 Julai 2013

HABBATUS SAUDA' untuk IBU MENGANDUNG

Walaupun umum mengetahui kebaikan untuk mengamalkan habbatus sauda' dalam kehidupan seharian... Namun ramai juga yang tertanya-tanya adakah habbatus sauda' boleh diambil oleh ibu mengandung?

Kajian mendapati bahawa di antara ciri-ciri habbatussauda' adalah ia boleh merangsang pengecutan rahim. Penggunaan habbatus sauda' pada dos yang tinggi boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Tapi anda JANGAN KHUATIR!

Penggunaan habbatus sauda' adalah digalakkan dalam dos yang kecil bagi ibu yang mengandung 36 minggu ke atas! Ini kerana Habbatussauda didapati dapat meningkatkan tahap hemoglobin darah dan ciri ini amat berguna kepada ibuhamil yang kebiasaannya mengalami paras hemoglobin darah yang rendah. Melalui pendapat di ruangan forum di internet dan blog, terdapat pendapat di kalangan ibu-ibu yang telah menggunakannya dalam dos yang kecil pada minggu-minggu akhir kehamilan terutamanya selepas kandungan berusia36 minggu dan mendapati ada kesan peningkatan yang ketara dalam paras hemoglobin darah mereka. Walau bagaimanapun, tiada kajian saintifik yang dijalankan melainkan melalui pengalaman peribadi mereka sendiri.

Di dalam Habbatus sauda itu sendiri mempunyai pelbagai khasiat lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung seperti:-

  • Ia mengandungi omega 3,6 dan 9 yang membantu dalam pertumbuhan bayi
  • Ia mengandungi sumber kalsium yang sememangnya amat diperlukan untuk wanita hamil
  • Ia mengandungi asid lemak tambahan yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi
  • Ia akan membantu dalam pengeluaran susu ibu selepas kelahiran anak kerana habbatus sauda telah terbukti sebagai agen perangsang pengeluaran air susu ibu
Bagi ibu-ibu mengandung yang amat berminat untuk mengamalkan ALTAMIS HABBATUS SAUDA' sebagai makanan tambahan, boleh mengambil 1 biji kapsul dahulu. Sebaik-baiknya amalkan sentiasa pada sebelum, semasa dan selepas hamil. 

Semoga perkongsian kali ini amat bermakna dan kalian mendapat manfaat sebaiknya daripada habbatus sauda' ini.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya :-
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
013-2892820 (sms @ watsapp)
email : cutiecolour@gmail.com

Blog : http://yusnorsyazana.blogspot.com


1 ulasan:

  1. salam
    saya harap jika mengambil copy bulat sebahagian isi daripada blog asal, sila beri credit untuk menghalalkannya.
    terima kasih

    BalasPadam

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...