Isnin, 31 Disember 2012

A year...Happy birthday Sayang Mama!!

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD HASIF!!!

Alhamdulillah...30/12/2011 - 30/12/2012...Setahun sudah hasif mengenal dunia dan dibesarkan hanya dengan 100% susu Ibu...Syukur...Tuhan berikan aku peluang untuk menyusukan Hasif sehingga sekarang...

Selamat Hari Lahir ke-1 tahun sayang...

Semoga Hasif menjasi anak yang soleh, baik hati, lembut hati dan sentiasa menggembirakan hati orang di sekelilingmu...Aminnn Ya Rabb..Mama, papa, atuk, nenek, paktok, maktok n semuanya sayangkan Hasif...muahhhh3...

Kisahnya....

Setahun yang lalu (30/12/2011)..

Pada pukul 6.30 pagi aku disuruh masuk ke dalam labour room setelah pukul 5 tu nurse buat check jantung bb..n dah mula nampak contraction nya...huhu..berdebar habis...Pastu dengan x sempat nak makan semua, just mintak izin nurse untuk makan sebuku roti...pastu sampai je kat labour room hospital lama tu..(xde sampai 2 minit perjalan pun)..nurse ckp x boleh makan dah..ok..bermula la waktu berpuasa...(memang mencabar iman dan kesabaran waktu tu..oit...lapa kot...)

Setahun yang lepas, pada waktu tu jugak la Hospital kluang akan berpindah ke hospital yang baru dan mengambil masa kira2 20 minit perjalanan...huhuhu...Pastu kisahnya bersambung di sini...

Pada pukul 8.30pg, di Hospital Kluang (lama), aku disorong meniki Ambulans untuk proses pemindahan pesakit ke Hospital Kluang yang baru yang terletak di Jalan Kota Tinggi...dan part yang bestnya aku adalah pesakit pertama yang akan dipindahkan maniki ambulans Hospital Kulai (hubby ckp la...) dan pesakit pertama yang menghuni Labour Room (bilik no.4)...hehehe...Masih terbayang2 kisah tu...

Mak, abah dan hubby ku syg mengiringi masuk di pintu ambulans..& dalam ambulans tu hanya ada aku n 2 orang nurse yang sgt2 baik...tq kakak nurse...(huhu..rindu pulak)..Mak, abah n syg naik kereta lain menuju ke hospital baru...


Dah sampai ke hospital, aku terus disorong ke bilik bersalin no.4...wow! amazing...serius mmg x sangka..sbb bilik bersalin mcm kat private hospital..Alhamdulillah...

Sakit punya sakit sampai pukul 2.30 pun baru 6cm je bukaan...Huhuhu..sbr je la..lambat lagi nampaknya Hasif nak menjengah dunia ni...siap boleh tertido walaupun contraction dah kuat...(mmg dasar kuat tido waktu preggy..cehhh)

Pastu pukul 4.50 ptg, doktor dtg tengok aku...dia boleh ckp kat depan aku..."kalau pukul 7 bb masih blm keluar, kita tolak u ke hospital jb untuk operate!!!" waaaaaaa....mmg nak nangis waktu tu...xmo operate! terus pujuk2 bb...masa tu x de nye nak tido dah..haha...takut punya psl...tetiba pukul 5 ptg tu, contraction dah semakin kuat...Nurse pg tu dah tukar shif..Jd ptg tu hanya ade staff nurse yang sombong2..ahhh..benci! Siap boleh kena marah sbb terteran sakit...adoi..mana la tau kak...

Akhirnya setelah berhempas pulas kesakitan di samping terpaksa diikat kaki dan sedut kepala bb guna vacuum,(perghhh..menyembur darah kat doktor n doktor terpaksa pakai baju uniform sehingga pagi...hihi..) genap pukul 7.06 p.m. lahirlah Muhammad Hasif bin Mohd Syawal...

Alhamdulillah....syukur ya Allah...

Terima kasih ya Allah kerana memberikanku peluang untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada insan kecil bernama MUHAMMAD HASIF BIN MOHD SYAWAL...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...