Isnin, 19 Mac 2018

Dari Masalah Menjadi Kelegaan!

Jangan baca jika anda tak mahu menyusukan bayi!
.
.
Adakala yus rasa terkilan dengan alasan ibu-ibu yang banyak membuat alasan untuk cepat give up dalam penyusuan. Antaranya "bayi saya menolak payudara saya dan saya berasa stress" , "bayi saya lebih kenyang dengan susu formula dan tidur lebih lama" , "saya bekerja..susah nak angkut pam dan mengepam di tempat kerja"
.
Tahukah ibu bahawa semua itu hanya sebuah alasan?
"Alaaaaa....kau berjaya menyusukan boleh la cakap senanggg..kau tak hadapi apa yang kami hadapi bolehlah cakappp.."
.
Bukan begitu ibu..ibu nak tahu tak..kebanyakan ibu yang berjaya menyusukan bayi sehingga 2 tahun dan lebih terdiri daripada ibu-ibu yang pernah gagal dalam penyusuan sebelum ini. Ataupun ibu yang menghadapi masalah sepanjang proses penyusuan bayi.
.
Dari masalah itulah mereka berjaya..ya ini serius!
Menyusu bukan terus berjaya tanpa usaha..
Menyusu perlukan usaha dan sokongan padu dari orang sekeliling.
Menyusu adalah usaha diselangi dengan D.U.I.T.
DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL.
Jadikan ia lebih POSITIF, maka pasti hasilnya POSITIF.

Tukarkan segala yang NEGATIF kepada POSITIF.
Bukankah hormon susu ibu ini bergantung kepada emosi ibu? Ibu positif akan sentiasa gembira...bila gembira, maka terhasillah susu yang terbaik 👍👍👍
.
Jom share dan sayangi ibu menyusu.

Salam sayang,
@Yusnorsyazana Mohd Yunos
#Mama_SusuIbu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...