Jumaat, 14 Julai 2023

MUDAH MENGGENDONG BAYI


Dua belas tahun yang lepas, Yusz sudah mula MENGGENDONG abang Hasif. Namun, rupanya Yusz menggunakan alat gendong yang silap.
Tidak ergonomik.
Tidak selesa.
Pinggang rasa nak patah! Lenguh sungguh selepas setiap kali Yusz menggendong.
Selepas satu tahun menggunakan alat gendong (yang tidak ergonomik), aku disapa oleh seorang sahabat.
Eh, panjang juga nak ceritakan kronologi.haha. ada yang nak baca ke?
Tapi aku ada juga kunukilkan sedikit di dalam buku Anugerah Terindah.
Tapi, korang ada nak tahu tak?
Menggendong Bayi dengan cara yang betul dan selamat adalah sangat perlu.
Untuk apa?
Untuk menjaga kesihatan tubuh kita dan bayi.
"Ala, senanglah cakap anak dia suka je masuk dalam baby carrier tu."
Bukan tuan puan.
Kalau nak ikutkan, mereka ni lebih suka eksplorasi sekeliling mereka. Namun, kita sebagai penggendongnya perlu bertenang.
Ya, key point nya BERTENANG.
Barulah Bayi akan terasa tenang di dalam dakapan kita walau berjam-jam lamanya.
Ini perkara betul, bukan cobaan. Hehe.
Dari mereka Bayi, biasakan dengan mengguna alat gendong. Tidak kiralah soft structured carrier, ring sling, wrap atau apa sahaja. Yang PENTING, ERGONOMIK.
Sampai bila boleh gendong Bayi ni?
Sampai kita tak larat nak gendong. Hehe. Hayyan sampai 5 tahun tau. Hehe.
Kan mudahnya menggendong jika ada ilmu.
Alhamdulillah.

Aih la Hana ni, puncak pokok kelapak dia menutup muka mama. Haha.

Khamis, 23 Februari 2023

ANUGERAH TERINDAH



Kali pertama aku menatap kaver buku solo pertama ini seminggu yang lalu, air mata laju membasahi pipi. Mengalir tanpa henti. 

"Yus, okey ke tu?" Aku dengar ustazah @noor Syazana bersuara di paparan tab.

Apa tidaknya, dari awal bermulanya pertemuan malam itu, aku teruja! Tetapi apabila tiba saat kaver buku solo #AnugerahTerindah dipaparkan, mulutku seolah-oleh terkunci.


Tiada bicara.

Hanya airmata yang aku titiskan tanda kesyukuran.


Allahuakbar!

Sungguh aku tidak sangka akhirnya aku akan memeluk sendiri buku solo hasil karyaku sepanjang waktu berpantang tahun lepas.


Kini ia sudah berada di depan mata. Alhamdulillah.

Kawan-kawan, cantik ke cantik kaver buku Anugerah Terindah ini?


Sesungguhnya hanya DIA yang memberikan rasa dan emosi yang sarat ini.

Indahnya dunia ketika ini!

Segala cebisan memori sepanjang waktu kehamilan sehinggalah Hana lahir dititipkan di dalam naskhah yang ulung ini agar ia menjadi sumber inspirasi dan cetusan kenangan buat kita yang bergelar bakal ibu. InsyaAllah.


Terima kasih atas kata-kata sokongan kepada Yus. Sayang semuanya!

Jangan lupa teruskan klik link ini untuk tahu KETERUJAAN seterusnya ya!

https://ezy.la/VVIPWaitingListSetInspirasiIbu

https://ezy.la/VVIPWaitingListSetInspirasiIbu

https://ezy.la/VVIPWaitingListSetInspirasiIbu


Pstt...sebenarnya, ada lagi rakan-rakan buku solo yang lain juga tau! Semua ada di telegram tu. Jom join group tu ya.


#YusTulis

#KaverBukuSolo

#AnugerahTerindah

Sabtu, 28 Januari 2023

HIDUP INI PERJUANGAN

Tika waktu ini
tatkala rintik-rintik hujan masih bersisa menyirami bumi
aku masih berada di dalam pelukan syahdu
bersama rintihan tiada henti
bersama tangisan dalam hati yang semakin menebal
tiada siapa yang perlu tahu
kerana aku ada DIA yang selalu bersamaku.

DIA yang sentiasa menyenangkan aku walau di mana sahaja aku berada
DIA juga yang memberikan aku ujian di kala aku terlalai dan terleka
DIA juga yang membisikkan kata-kata cinta.

Hidup ini sebuah perjuangan yang tidak pernah henti
Kadangkala aku berjuang untuk hidup demi kelangsungan bahagia bersama si pari-pari syurga
Kadangkala aku hidup untuk menjadi seorang yang sering dipersalahkan
Kadangkala aku rasakan hidup ini membosankan kerana banyak jari menunjuk ke arahku

Apa salah dan silapku
Apa yang DIA mahu uji kali ini
Apa yang membuatkan aku tidak bersyukur
Allah! Aku sering terlupa bahawa hidup ini sebuah perjuangan untuk ke tempat terakhirku nanti
Iaitu di akhirat sana.

Aku sedang lelah
Lelah dengan perangai segelintir manusia yang hanya pentingkan diri sendiri
Aku lelah dengan orang sekeliling yang pandai menuding jari tanpa sedar bahawa empat lagi jari menghala kepadanya
Aku lelah dengan hiruk pikuk kota yang sering membuatkan telinga aku bingit
Aku lelah dengan ragam manusia yang sering meyalahkan antara satu sama lain
Aku lelah dengan kerja yang tidak pernah adil kepadaku

Sungguh aku sedang tenat di dalam.
Tiada siapa perlu tahu.
Kerana senyuman yang aku ukirkan sebagai penawar buat diriku.
Aku tulikan telinga di atas segala tuduhan.
Aku butakan mata di atas segala tohmahan dan cela jelek muka.

Kerana akhirnya aku tahu siapa mereka sebenarnya
Aku dan rakan-rakanku dianggap seperti orang cacat
Diabai keperluannya, diabai toleransinya.
Kerana mereka ingat mereka yang berkuasa
Dan 'orang kaya hidung tinggi' ini terus mendabik dada melebarkan sayap mencela kami yang 'cacat' ini 
Dihempuk-hempuk
Dihenyak-henyak
Digelek-gelek hingga lumat
Itulah realiti kehidupan ini apabila kita di bawah.

Allah, ampunkan aku.
Ampunkan kami semua ya Allah.
Permudahkan segala urusan kami untuk menghadapi manusia 'egois' ini
Tatkala waktu menjadi peneman duka lara hati ini.

Jumaat, 27 Januari 2023

JP#15 BAYANG-BAYANG ITU

 K S I B  S K S P P





"Apa tu KSIB?"


Pada awalnya aku tertanya-tanya apabila dimasukkan di dalam group Telegram ibu bapa sekolah anak-anak. Dahulu sewaktu Hasif di SRABK, tidak pernah pula mendengar tentang KSIB kecuali PIBG. Ku fikir itu sahaja platform untuk ibu bapa bersama sekolah. Rupanya, apabila berpindah ke sekolah yang baharu ini, ada pula Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa yang bernaung di bawah PIBG.


Begitu rupanya.


Bermula dengan menjadi sukarelawan untuk program Kitar Semula anjuran sekolah dan dibantu oleh KSIB, malam tadi kami di'rai' sebagai salah seorang sukarelawan aktif.


Aku memang suka saja program-program begini. Selain dapat menambah kenalan, dapat juga keluar dari kepompong rakan sekerja dan bersosial bersama ibu bapa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.


Alhamdulillah.


Malam tadi juga terdapat pemilihan AJK di bawah Biro KSIB. Apa lagi, sebagai sukarelawan, aku dengan sukarela mengangkat tangan untuk menjadi AJK kecil. 


Nak tahu mengapa aku mengangkat tangan?


Ini disebabkan pengerusi KSIB ini merupakan seorang bapa yang sangat berpengalaman dan aku mahu bersama-sama menimba pengalaman bersama otai.


Begitulah.


Peluang perlu disambar (jika dapat).

Kerana aku suka belajar benda baharu selain dapat membantu sekolah dalam program-program yang dijalankan.


Dalam masa yang sama, anak-anak Anugerah Terindah ku akan sama-sama turut serta dalam apa jua program di sekolah. Barulah mereka rasa sekolahku syurgaku sepertimana aku sewaktu di sekolah dahulu.


Biar aku menjadi BAYANG-BAYANG mereka nanti 🥰


Kan aku seorang yang TAK RETI DUDUK DIAM!

Hehehehe...🙈🙈🙈🙈


Memori yang perlu disimpan sebagai kenangan❤️


P/s : Jangan ditanya kenapa aku tidak memakai baju oren, sebab program suka sekolah aku tak sertai disebabkan perlu bergerak menyantuni program keluarga (waktu itu). Hehehe...Tapi baju tu dah dapat malam tadi. Yeay!


#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#SAFYY_JP2023

#SAFYY

#KSIBSKSPP

#AnugerahTerindah

Ahad, 22 Januari 2023

JP#14 SEMALAM

 H A P P Y  C H I N E S E   N E W   Y E A R!


Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan yang menyambutnya SEMALAM.🎊🎉


Ini kisah SEMALAM.

Kebiasaanya jarang sekali aku berada di luar kawasan sewaktu cuti Tahun Baru Cina. Maklumlah, nak melayan jem di mana-mana tu aduhai (tabahlah hati).


Namun, berbeza pada tahun ini. Incik somi bersama rakan-rakan berbasikal mak leha di Melaka. Biasalah isteri kesayangan ni tak sampai hati pula nak kata 'NO' kan. 


Perancangan demi perancangan dibuat sepanjang tiga hari. (Kali ni perancangan ad-hoc saja) Kononnya minta incik somi yang merancang untuk kami, tetapi dek kesibukan kerja yang tak pernah habis tu akhirnya memaksa untuk aku merancang sendiri. Hahaha.


Akhirnya pada cuti CNY ini tiba-tiba kami berada di KL untuk menyantuni anak-anak menaiki keretapi (kenderaan awam). 


Apa yang penting, mereka pun seronok walaupun perancangan awalnya hendak ke Petrosains terpaksa dibatalkan kerana TIKET HABIS! Huhu..


Hana seperti biasa digendong-tidur-menyusu-tidur lagi.


Haura pula? Ini merupakan pengalaman pertama buatnya.


"Mama, best la harini. Tapi sebenarnya Haura nak naik keretapi Thomas, bukan yang macam ni (LRT)."


Apa yang mama jawab?

"Ala, Thomas tu abang dia. Yang ni adik dia. Thomas bawa barang. Adik dia ni bawa orang."


Dia percaya! Haaa ok kan tu.😂


Apa pun, memori yang indah untuk dikenang ini mama pahatkan di sini.


Alhamdulillah.


#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#AnugerahTerindah

#BukuSolo2023

#SAFYY_JP2023

#SAFYY










Jumaat, 20 Januari 2023

JP#13 PERBUALAN

Sebenarnya sepanjang minggu ini kesihatanku agak terganggu. Ia bukanlah bermula pada awal minggu ini malah ia bermula pada hari ahad lepas (8 Januari 2023). Lama juga kan?

Pagi ahad lepas sepatutnya aku menghantar abang Hasif untuk menjalani operation gigi di Pakar HSA. Namun, disebabkan abang Hasif sudah mula demam panas dari hari Jumaat, lalu aku menelefon hospital untuk mengesahkan semula kehadirannya.

Aku teringat PERBUALAN ku bersama doktor pakar yang bertanggungjawab dalam pembedahan gigi hasif kali ini.

"Selamat sejahtera doktor. Saya ibu Muhammad Hasif, no.mykid xxxxxx-xx-xxxx. Dia perlu datang ke hospital hari ini tetapi dia demam. Saya mohon untuk tangguhkan pembedahan boleh?"

"Hi selamat sejahtera puan. Ok saya juga berfikiran begitu. Nanti hospital akan hubungi puan semula untuk tarikh operation akan datang ya."

"Baik, doktor. Terima kasih."

Leganya aku rasakan waktu itu. Apa tidaknya, tubuhku sudah mula menggigil dan panas. 

'Aduhai, kenapa pula ni? Hasif yang dibawa ke klinik, aku pula yang seram sejuk ni.' monologku.

Sepertimana yang dijangka, suhu badanku mulai meningkat dan semakin panas. Dengan segera aku menelan beberapa biji ubat yang dideskripsi untukku. 

Bermula hari itulah, aku mulai demam on-off. Bangun pagi elok sahaja sihat dan cergas. Namun apabila jam menginjak ke angka 3 (petang), badan akan menjadi panas secara tiba-tiba dan kepala akan berpusing. 

Setiap hari ianya berlaku sehinggalah dua hari yang lepas.

Disebabkan itu, aku akan segera berehat dan melelapkan mata sesampainya di rumah selepas mengambil anak-anak dari sekolah.

Begitulah.

PERBUALAN dengan doktor sewaktu di klinik membuatkan hati terasa lega sedikit. Apa tidaknya, dalam masa dua minggu aku telah mengambil cuti sakit selama dua hari. Ini baru awal tahun!

"Tekanan darah okey. Cantik sahaja bacaannya."

"Bunyi dalam dada pun tidak menunjukkan puan ada semput."

Walhal aku akan batuk seperti tidak cukup nafas. Kering sekali. Tapi masih ada rasa kahak sedikit 'melekat' di dinding kerongkong ku.

Sahabat semua, doakan kesihatan Yus semakin baik ya. Demam sudah kebah dua hari yang lepas. Alhamdulillah.

Hari ini kita menyantuni incik somi yang berbasikal bersama rakan-rakannya di Melaka. 

"Takkan Zana nak camping di campsite pula kan? Zana booking hotel je la dengan anak-anak ya."

Dan akhirnya kami di sini.

"Mama dah sihat tu. Terima kasih mama bawa kami jalan-jalan." Serentak Hasif, Haura dan Hayyan bersuara.

Alhamdulillah.

Kesihatan itu sangat mahal.






#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#SAFYY

#SAFYY_JP2023

#AnugerahTerindah

#BukuSolo2023

Isnin, 16 Januari 2023

JP#12 HAPUSKAN TANGISAN

Tidak terdaya aku hendak melangkah keluar dari rumah pengasuh Hana tatkala aku melihatnya tidak gembira pada pagi ini.

Hana demam.

Mama juga rasa tidak sihat.

Hana menangis.

Mama juga rasa hendak menangis sama.

Sabarlah ya sayang. Ujian Allah buat kita.

HAPUSKAN TANGISANMU agar kita berbahagia hingga bila-bila.

Catatan Jurnal Penulisan,

YUSNORSYAZANA MY 

#YusTulis #TulislahSebagaiBekalan #SAFYY #SAFYY_JP2023 #JP2023 #AnugerahTerindah





PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...