Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Ogos 2022

Susu Ibu : Bagaimana merangsang bayi jaundis menyusu?

 Sewaktu kelahiran Hasif (2011), Hayyan (2014) dan Haura (2017), Yus tidak menghadapi masalah bayi jaundis. Ada beberapa pendapat yang menyatakan bahawa ibu, bapa dan anak berdarah O sangat mudah untuk menyebabkan bayi mengalami jaundis.

Alhamdulillah, ketiga-tiganya tiada gelaja jaundis yang tinggi dan tidak perlu ke klinik untuk pengesanan kadar bilirubin.

Namun, berbeza dengan Hana. Pada hari kelima kelahirannya, jururawat mendapati dirinya kelihatan agak 'kuning' dan Yus diarah untuk ke Klinik Kesihatan Kulai Besar untuk pemeriksaan lanjut.

Sebagai seorang ibu, itulah yang akan menjadi kerisauan. Jika kadar bilirubin tinggi, bayi perlu tinggal di hospital untuk rawatan fototerapi. Jika tidak, perlu juga ulang alik ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan harian. Jenuh juga!

Maka, berdoalah Yus dan pelbagai kaedah yang dibuat untuk mem'bangun'kan Hana dari tidurnya. 

Antara rangsangan yang Yus lakukan untuk menyedarkan Hana untuk menyusu adalah seperti berikut :-

❤️ Pastinya kejutkan bayi terlebih dahulu. Biasanya Yus kejut setelah dua jam Hana tidur semula selepas menyusu.

❤️ Buka dan longgarkan bedung/selimut bayi

❤️ Buka sarung tangan/sarung kaki dan baju bayi (jika perlu) - sebab ada barut kan, jadi tak risau bayi dibuka baju.

❤️ Tegakkan kedudukan bayi

❤️ Gosokkan tapak tangan ibu kepada tangan, tapak kaki serta buat urutan lembut di kaki bayi (geletek).

❤️ Gunakan tuala yang dibasahkan (air biasa, jangan terlalu sejuk) dan lapkan di bahagian muka, tangan dan kaki bayi.

❤️ Sentuh bibir bayi dengan jari ibu (nak lihat rangsangannya kepada penyusuan)

❤️ Perah sedikit susu ibu dan letakkan di bibir bayi 

❤️ Berikan susu hindmilk kepada bayi (perah secara marmet dahulu (sedikit sahaja untuk keluarkan foremilk- susu awalan, sebelum payudara disuakan kepada bayi)

Jika semua percubaan kaedah di atas telah dibuat, ibu perlu pastikan agar bayi menyusu dengan baik dengan memastikan pelekapan dan posisi bayi menyusu adalah dengan kaedah yang betul.

Selamat mencuba!

Moga bayi kalian dihindari dari jaundis yang panjang ya!

Bayi hanya diberi SUSU IBU SAHAJA. Tidak perlu susu tambahan atau makanan tambahan atau air kosong pun.

Isnin, 8 Ogos 2022

Susu Ibu : Tempoh masa menyusukan bayi

Hana dah pandai 'pilih' payudara. Mama yang risau laaa hai. 

Kebiasaannya, Yus akan menyusukan Hana mengikut keperluannya. Jika dia tidur agak lama, Yus akan kejut dengan apa jua cara. (Buka bedung, buka sarung tangan dan kakinya, main-main di telapak kakinya. Dan jika Hana membuang air besar, Yus suka 'kacau' dia dengan mencuci dengan aliran air paip. Ha ha.

Jadi setelah Hana bangun, berapa lama pula tempoh masa untuk menyusukan Hana?

10 minit..
20 minit..
Sejam??

Ok, di bawah ini secara ringkasnya Yus kongsikan berapa lama kita perlu menyusukan bayi kita.

❤️ Menyusukan bayi sehingga kenyang dengan posisi dan lekapan yang betul.

❤️ Biarkan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga kenyang sebelum dialihkan kepada payudara sebelahnya.

❤️ Sekiranya payudara yang belum disusukan itu mula penuh dan ibu berasa tidak selesa, disyorkan ibu untuk memerah susu di payudara dan disimpan untuk stok sekiranya ibu kembali bekerja.

❤️ Bagi ibu yang belum berpengalaman, digalakkan untuk menyusukan di sebelah payudara selama 20 hingga 30 minit sehingga bayi kenyang (biasanya bayi akan terus melepaskan puting dan tertidur) sebelum beralih ke payudara sebelah lagi.

❤️ Jika bayi kita suka menyusu sekejap sahaja di satu payudara dan melepaskan puting, ibu perlu membuatkan bayi sendawa terlebih dahulu dan berikan bayi menghisap di payudara yang sama sehingga dia kenyang.

Dah dapat tak poin yang Yus jelaskan di atas?

Jadikan sesi penyusuan kita bersama bayi lebih menyeronokkan. Sebab waktu ini sahaja 'bonding' kita yang sangat rapat bersama mereka.


Eh eh ehhhh Hana ni. Ni betul-betul 'milk addict!' hihihi.

Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
yusnorsyazanamy@blogspot.com

Selasa, 2 Ogos 2022

Susu Ibu : Perlu Perah Susu sewaktu berpantang?


Salam semua!

Hari ini 2/8/2022 merupakan hari ke-13 aku berpantang selepas melahirkan baby Hana, anak keempatku.

Jam menunjukkan ke angka tiga pagi. Mata masih belum dapat dilelapkan dek kerana Hana 'mengejut'kan mama dari lena pada jam 1 pagi tadi. Aduhai. Burung hantu kejaplah kita.

Kali ini Yus nak berkongsi berkenaan susu perahan (susu ibu lah yang pasti, bukan susu lembu ya! Haha)

Bagi ibu yang sedang berpantang, lebih-lebih lagi masih di bawah satu bulan, sebenarnya masih belum perlu untuk memerah susu untuk dijadikan stok (setelah naik kerja nanti).

Ya, BELUM PERLU! 

Di awal kelahiran bayi, sebaiknya ibu-ibu menumpukan sepenuhnya pemberian susu ibu secara terus (direct feeding) kepada bayi. Ini bagi mewujudkan hubungan (bonding) yang rapat antara ibu dan bayi kerana penyusuan susu ibu berkait rapat dengan dua jenis hormon iaitu hormon prolaktin dan juga hormon oksitosin.

Jika bayi diberikan susu menggunakan botol atau apa sahaja kaedah selain direct feeding (kecuali atas sebab tertentu), hormon-hormon ini tidak dapat dialami oleh ibu-ibu.

Tetapi ada juga SEBAB KENAPA IBU PEELU JUGA MEMERAH SUSU KETIKA DALAM WAKTU BERPANTANG.

1) Susu dikeluarkan selepas menyusukan (mengosongkan payudara) bagi mengelakkan bengkak susu dan mengelakkan jangkitan payudara.

2) Bayi tidak bangun untuk menyusu dan payudara mulai bengkak dan sakit -wajib perah dan keluarkan segera (bagi mengelakkan ibu mengalami abcess dan boleh menyebabkan infeksi yang lebih kritikal)

3) Ketulan-ketulan susu sudah terasa di keliling payudara (perah segera dengan kaedah memicit lembut di bahagian ketulan tersebut)

4) Mengelakkan susu meleleh kerana terlalu penuh (membazir nanti..hihi)

5) Jika anak yang dilahirkan secara pramatang ataupun yang mempunyai masalah kesihatan, pemerahan susu ibu dapat mengekalkan penghasilan susu apabila anak tidak mampu menghisap payudara ibu secara terus (direct feeding)

Ok, sekarang sudah faham kan?
Perah apabila perlu sahaja.

Fokus kepada penyusuan secara terus dalam masa 1-2 bulan (sebulan sebelum naik kerja baru kita buat stok susu, itu pun jangan over supply). Jika tidak, susu kita akan dibuat siram pokok bunga saja😅 

Begitulah.

Hihi.

Hana oh Hana..punyalah seronok awak tidur sampai tak sedar diri. Payudara mama pun dah bengkak ni. Maka, nak tak nak mama kena keluarkan juga. Fuhhh lega!


Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi

yusnorsyazanamy@blogspot.com

Khamis, 2 November 2017

BABY SUKAR MENGHISAP PAYUDARA IBU?

Assalamualaikum...
Kali ini Yus nak kongsikan mengapa terdapat sesetengah bayi yang sukar untuk menghisap payudara ibu dengan betul.
.
Apa sebabnya?
===
5 perkara kena perhatikan jika baby ada masalah susah nak latch iaitu :-

1) tongue tie restricted movement
2) tight jaw
3) nipple confused
4) oral aversion
5) lip tie (yg prevent lip from flipping out), sbb semua orang ada lip tie, jadi lip tie selalu tak da masalah...kecuali yg teruk


Apabila bayi sukar untuk menghisap payudara ibu dengan baik, susu ibu tidak akan dapat dikeluarkan dengan lebih berkesan. Ini bermakna, bayi tidak mendapat susu yang cukup dan akhirnya kedua-dua bayi dan ibu akan berasa kecewa. Dapatkan bantuan dari Kaunselor Laktasi atau Pembimbing Ibu Menyusu berhampiran dengan kawasan anda.

Credit to Dr.Hairin Anisa Tajuddin
Pakar Kanak-kanak Adda

Bagi perkhidmatan home visit ke rumah bagi konsultasi penyusuan susu ibu, ibu ayah boleh terus ke website tertera

www.permatasusuan.com

Rabu, 4 Oktober 2017

Susu Ibu Satu Amanah

SUSU IBU SATU AMANAH
===


Alhamdulillah diberikan peluang untuk memikul amanah ini.
Moga ilmu serta perkongsian yang diberi dapat memberi manfaat kepada ramai lagi ibu menyusu serta ibu hamil tentang kepentingan susu ibu dan ilmu penyusuan.

Ilmu perlu digali dan dicari..
Ia ada di mana-mana..hanya kita yang perlu mencarinya..

Salam sayang, 
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Untuk khidmat kaunseling dan khidmat home visit penyusuan susu ibu, boleh terus daftar ke www.permatasusuan.com

Jumaat, 1 September 2017

5 tips susu meriah walau dalam keadaan kerja yang stress!

Assalamualaikum mommies..
Apabila berjanji, wajib dikotakan..
Semalam yus dah janji dengan semua sahabat ibu hebat untuk berkongsi bagaimana untuk kekalkan perahan susu ibu (dinilai secara kuantiti) walaupun dalam keadaan ibu yang stress.

Yus akui seminggu ini ada mengalami sedikit kekangan waktu dek urusan kerja dan juga hal2 lain di tempat kerja yang menyebabkan yus berada dalam keadaan yg kurang 'bertenang'.

Ingat kan? Hormon oxytocin akan terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Apabila ibu berada di dalam keadaan stress, bagaimana ibu hendak dapatkan kuantiti perahan yang diperlukan untuk bekalan bayi di rumah pengasuh. Setuju?

BAGAIMANA NAK MAINTAIN SUSU WALAU DALAM KEADAAN STRESS?

1. KAEDAH PERNAFASAN
====
Sebelum sesi pemerahan, ibu TARIK NAFAS sedalam-dalamnya sehingga ibu rasa seperti 'melayang ke awan biru' haaa gitu..itu bermakna ibu mendapat DEEP BREATH dan ibu pastikan keadaan bahu ibu juga 'jatuh' dan sewaktu menarik nafas, ibu tahan nafas selama mana yg boleh dan lepaskan. Ulangi sehingga beberapa kali.

2. BERTENANG dan POSITIF
===
Ibu cuba ambil sedikit masa untuk bertenang dan berfikir secara positif bahawa ibu akan dapat memberi yg terbaik untuk bayi. Sambil2 membaca atau mendengar apa2 motivasi atau bahan bacaan atau muzik atau alunan zikir yg boleh buatkan ibu berasa tenang dan gembira.

3. LUPAKAN SEKETIKA KERJA
===
Gunakan 20 minit sesi pemerahan dengan sebaiknya. Lupakan kerja seketika waktu. Kalau boleh perah di tempat yang jauh dari 'data kerja dll.' Atau berborak dengan rakan2 yg positif juga membantu! 😉

4. SEDIAKAN MAKAN DAN MINUM BERHAMPIRAN TEMPAT PEMERAHAN
===
Bagi orang yang suka makan dan minum seperti yus, pasti akan ada minuman seperti air bermineral (yus campurkan air kosong + garam mineral SOLE), susu kurma, roti atau biskut berhampiran tempat memerah. Pasti bahagia bila dpt memerah sambil makan dan minum dengan menonton youtube kan!

5. TEPATI WAKTU PEMERAHAN!
===
Walau sibuk mana pun ibu, pastikan jadual pemerahan setiap hari dipatuhi ya. Jangan sesekali skip waktu pemerahan di tempat kerja. Ambil masa sekurang2nya 20 minit untuk ibu-ibu 'berehat dari kerja' dan lakukan keempat2 tips di atas. Ingat ya ibu, MORE DEMAND MORE SUPPLY concept. Lebih kerap susu dikeluarkan, lebih lagi susu dihasilkan.

Ok..5 tips ni dahulu yus kongsikan buat ibu bekerja yang stress. Moga ibu dapat manfaat dari nota #InspirasiSusuIbu kali ini.

Silakan share link channel telegram ini kepada ibu2 yang lain supaya mereka juga mendapat kebaikannya. Klik telegram.me/inspirasisusuibu

Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Certified Lactation Counsellor
BNPC LC
0132892820

Untuk khidmat konsultasi susu ibu, boleh klik www.permatasusuan.com

Jumaat, 18 Ogos 2017

Susu Ibu basi?

Assalamualaikum Ibu-ibu..
Percayalah..Tanamkan dalam minda kita bahawa Susu Ibu TIADA TARIKH LUPUT.
Ia sentiasa SEDIA bila-bila masa dimana jua.
Asalkan Ibu ada bersama bayi.

#SusuIbu
#Open24hours

Salam sayang,
Yusnorsyazana MY
Certified Lactation Counsellor
0132892820
telegram.me/inspirasisusuibu

Isnin, 14 Ogos 2017

Susu Ibu : Kuantiti VS Kualiti

Hi Assalamualaikum mommies..

Mommies Risau stok susu kurang?

Seringkali yus ditanya mengenai KUANTITI stok yang dikeluarkan setiap kali sesi pemerahan.
Yus akui sepanjang dalam waktu berpantang, yus TIDAK FOKUS kepada kuantiti stok susu perahan.

Kenapa?

Sebaiknya bayi mendapat susu yang fresh dan mereka akan selalu meminta untuk disusukan. Maka, yus akan berikan secara direct sahaja.

Bila pula masa untuk yus buat stok?

** Waktu 1 : Sewaktu baby menyusu lah.. Yus tadah sahaja menggunakan squeeze pump di sebelah lagi. Dan setelah selesai sesi penyusuan Haura, yus akan MARMET sehingga payudara lembut.
** Waktu 2 : Jika Haura tak bangun untuk menyusu samada siang atau malam, barulah yus akan memerah dengan menggunakan mesin pam (dalam 10 minit - ikut keselesaan) & seterusnya MARMET juga sehingga payudara menjadi lembut.

Ya..itu sahaja 2 waktu (biasanya 10-12× sesi penyusuan sehari)
Kuantiti stok susu bergantung kepada bayi..kalau Haura kerap menyusu, yus akan dpt apa yg ditadah+marmet sahaja. Jika Haura syok sangat tidur dalam sehari dan payudara semakin membengkak, yus pam terus xtunggu lagi..

Tips : Sentiasa pastikan payudara lembut untuk penghasilan susu baru setiap kali sesi penyusuan.

Salam sayang,
Join telegram channel telegram.me/inspirasisusuibu
FB PAGE : Inspirasi Penyusuan Susu Ibu
Salam sayang Ibu Menyusu,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820

Kandungan Protein dalam Susu Ibu

Assalamualaikum..
Betul ke Susu ibu mengandungi KADAR PROTEIN YANG RENDAH??
====
InsyaAllah dalam entri kali ini yus akan kongsikan faktanya.

Susu ibu mempunyai kadar protein yang rendah berbanding susu spesies lain terutamanya susu lembu (susu formula ataupun susu segar sekalipun). Namun, ia bukan bererti susu ibu kekurangan nutrisi.

Walaupun kandungan protein dalam susu ibu adalah rendah,
 jenis asid amino yang membentuk protein ini sangat lah penting. Asid amino dan taurina yang ditemui dalam amaun yang banyak di dalam susu ibu. Taurina berfungsi untuk dalam perkembangan otak dan juga mata bayi. Tubuh tidak mampu untuk mengubah jenis asid amino lain kepada taurina. Maka kehadiran taurina di dalam susu ibu adalah satu kelebihan yang sememangnya tidak terdapat di dalam mana-mana susu sekalipun ditambah taurina tiruan di dalam susu formula (yang sering diwar-warkan di kaca televisyen itu)

Bagaimana untuk anda melihat kehadiran protein di dalam susu ibu?

Sekiranya anda membiarkan susu berada di luar peti sejuk sehingga menjadi masam (rosak), anda akan mendapati bahawa susu itu akan terbahagi kepada 2 lapisan (namun ianya bukan sangat ketara). Berbanding susu formula, sekiranya ia dibiarkan sehingga basi, ia akan membentuk 2 lapisan yang amat ketara. Ini kerana susu lembu/susu formula mempunyai kasein yang tinggi dan membentuk susu bergetah dan sukar untuk dihadamkan di dalam perut bayi.

Maka, sebab itu lah susu ibu membuatkan bayi mudah lapar berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula/susu selain susu ibu. Hal ini terjadi kerana susu ibu SANGAT MUDAH DIHADAMKAN (dalam 30 minit ke 1 ½ jam). Selain itu, kandungan protein yang sedikit ini membolehkan susu ibu dihadamkan tanpa menggunakan tenaga yang banyak untuk proses penghadaman.

Jom menyusu tanpa ragu ya!

Dapatkan SET PENYUSUAN QasehGold bagi meningkatkan tenaga ibu menyusu supaya lebih cergas dan khasiat dari buah kurma dan khasiat makanan sunnah amat terbaik.InsyaAllah!

Untuk khidmat kaunseling penyusuan, boleh hubungi Yus di talian seperti tertera di bawah ya.

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Sabtu, 17 Jun 2017

Perkara perlu dielak sepanjang Berpuasa untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum..
Kali ini yus ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu DIELAKKAN sepanjang bulan puasa bagi Ibu Menyusu.

Selain minum air yang banyak serta pengambilan makanan berkhasiat especially yang menyumbang kepada tenaga ibu seperti kurma, kismis, madu, dll..terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ibu di waktu ini.

3 perkara yang perlu elak untuk ibu menyusu sepanjang bulan Ramadan :-

1. JANGAN /  LIMIT MAKAN MASIN
2. JANGAN MINUM MINUMAN BERGULA
3. JGN MINUM KOPI & TEH

garam , gula dan caffein ni akan buatkan badan kita lagi dehydrated (kehilangan air).

Sentiasa pastikan badan ibu dalam keadaan hidrasi dan bertenaga.

Salam sayang,
Yusnorsyazana

Join channel telegram untuk perkongsian beekaitan penyusuan susu ibu👇👇👇
telegram.me/inspirasisusuibu

Tips Ibu Menyusu Puasa


Ibu menyusu ada amalkan pengambilan air yang banyak serta mencukupi di sepanjang bulan puasa ni?
Jom pulun 8 hari terakhir ni..
Moga dipermudahkan..
#InspirasiSusuIbu
#KaunselorLaktasi
Join channel telegram untuk perkongsian penyusuan
telegram.me/inspirasisusuibu

Selasa, 18 April 2017

Konsep Penyusuan??

TIPS SUSU IBU

Sudah memerah untuk sesi pertama hari ini?
======
Pemerahan sesi pertama (selepas bangun tidur @ selepas penyusuan waktu pagi) adalah penting bagi memastikan susu baru dapat dihasilkan.

Hari ke 23 berpantang dan pagi ni dapat memerah 10oz..Haura bangun menyusu malam tadi 3x. Alhamdulillah..

Kerapkan penyusuan. MORE DEMAND dari bayi (pemerahan juga dikira sebagai DEMAND), maka MORE SUPPLY akan terhasil (otak mendapat signal bahawa ibu perlukan susu mengikut demand) tersebut.

Kesimpulan : MORE DEMAND, MORE SUPPLY

Sayang semua kerana Allah.
======
Ajak kawan2 mendapatkan info penyusuan di Channel ini.
telegram.me/inspirasisusuibu

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
http://sifususuibu.blogspot.my

Selasa, 11 April 2017

Jadual Memerah Sewaktu Berpantang

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Terapi Diri
====
Bagi ibu berkerjaya, Waktu Berpantang adalah masa yang paling sesuai untuk ibu-ibu memerah susu untuk bekalan di hari bekerja kelak.
.
Apa yang Yus ingin kongsikan hari ini adalah mengenai jadual pemerahan susu ibu sewaktu berpantang. Gambar ini adalah stok susu yang dapat dikumpul dalam masa 12 hari (hari ke 4 hingga hari ini iaitu hari ke 16 selepas melahirkan). Yus menggunakan kaedah 'menadah' susu sewaktu baby Haura menyusu di sebelah payudara sebelah lagi. Ada juga yang Yus perah menggunakan mesin pam susu di waktu awal pagi kerana payudara sudah mula membengkak lebih-lebih lagi jika baby Haura kurang bangun menyusu pada waktu malam.
.
Untuk pemerahan menggunakan mesin, yus hanya buat 2x sehari iaitu di awal pagi dan sebelum tidur.
.
Selain itu, yus mengamalkan memerah (menggunakan squeeze pump sahaja) pada waktu sebelum dan selepas sesi penyusuan. Pemerahan sebelum sesi penyusuan (hanya utk keluarkan susu awal iaitu foremilk) adalah untuk memastikan baby Haura mendapat susu hindmilk (mengandungi lebih lemak) dan pemerahan selepas sesi penyusuan adalah untuk memastikan payudara betul-betul kosong untuk penghasilan susu baharu.
.
Ok itu sahaja perkongsian petang ini..
Semoga berjaya buat ibu semua..

Sayang semua kerana Allah.

FB PAGE : Inspirasi Penyusuan Susu Ibu
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
0132892820

#SilakanShareDenganKREDIT
#InspirasiPenyusuanSusuIbu
#Day16ofConfinemnet
#NurHafiyaHauraBreastfeedingJourney

Rabu, 8 Mac 2017

TIPS SUSU IBU : Bersihkan Puting Sewaktu Mengandung

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum..
Lama yus tidak bersiaran. Alhamdulillah..Kini kandungan sudah menjangkau 35 minggu. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi menanti kelahiran ahli keluarga baru.

Wah!Teruja sungguh!
Setelah 6 bulan tidak menyusukan Hayyan sewaktu di awal kehamilan (waktu itu Hayyan menyusu sehingga 2 tahun 6 bulan). Kini yus sedang bersedia untuk baby ke-3 ini.InsyaAllah.

Mommies semua pasti pernah alami puting sakit-sakit sewaktu mengandung. Puting kering dan merekah. Apa yang menyebabkan puting mommies sedemikian?

Sewaktu mommies mengandung, hormon prolaktin dan oxytocin masih belum berfungsi dengan sempurna. Kerana itu, mommies masih belum ada susu yang banyak. Hanya titisan-titisan jernih berupa kolustrum (tidak rasmi) dan rasanya yang masin yang akan keluar dari puting mommies.

Untuk mengelakkan daripada puting mommies luka dan sakit, mommies boleh membersihkan dengan air bersih @ air suam sewaktu mandi dengan jari kita dibalut dengan kain bersih. Apabila 'kerak-kerak' susu yang keluar tersebut tiada, mommies akan berasa lebih selesa.

Cubalah.
Yus harap tips ini dapat membantu mommies berasa selesa sepanjang waktu kehamilan ini.. 😍😍😍

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013 2892 820
http://sifususuibu.blogspot.my

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...