Memaparkan catatan dengan label berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berpantang. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2022

Demam Sewaktu Berpantang @ Bentan?

 


Hari ini sudah hari ke-21 berpantang melahirkan Hana. Namun, awal pagi tadi amatlah menyeksakan yang kurasa sepanjang berpantang ini.

Jam 4.30 pagi, tersedar. Hana hendak menyusu. Ku pegang hujung hidungnya, sejuk. Penghawa dingin yang dibuka merenggut sehingga ke tulang hitamku.

Lalu ku tarik selimut yang tebal lalu memeluk Hana. Kembali selesa si kecil itu.
Namun, kesejukan masih belum hilang dari tubuhku. Tiba-tiba ku rasa tersangat sejuk hingga menggigil. 

Lantas ku cari panadol di bakul ubat. Tiada.
Ku rasa payudaraku semakin sakit.

"Aku ni bengkak susu ke? Tapi hanya di bahagian tertentu sahaja yang sakit." desis hati kecilku.

Ku cuba melelapkan mata kembali. Payudaraku semakin sakit, badanku juga semakin terasa berbisa kesejukan. Tak boleh nak tutup mata!

Lantas ku bangun dan menutup penghawa dingin lalu membuka kipas untuk Haura. (Haura tak boleh kepanasan, Hana pula tak suka sejuk)

Aku bangun terus melangkah mencari panadol di luar bilik pula. Namun tidak ketemu. Aku ke bilik abah, meminta abah panadol.

Badan sudah semakin menggigil. Menggeletar seluruh badan. Tidak tertahan lagi. Aku menelan sebiji panadol dan terus berselimut. Mak menyapu param di seluruh tubuhku. Terasa panas dan selesa lalu ku tertidur.

Hana? 

Ku terpaksa biarkan sahaja dek diri sendiri pun aku tak mampu hendak uruskan waktu itu. Syukur aku masih berada di rumah mak abah. Mereka berdua yang uruskan anak-anak. Haura ke sekolah tadika dan Hana pula menyusu melalui susu perahanku yang ada di dalam peti sejuk.

Seharian ku terbaring dan sakit kepala.

Rupanya ku demam bentan. 

Aduhai. Waktu Haura dulu ku demam sebab kena hujan.

Waktu Hasif dan Hayyan ku demam disebabkan bengkak susu.


Begitulah.

Kalau dah nak kena. Bertabah saja lah. Menitis juga airmata dek kesakitan ini.

😌


Selasa, 2 Ogos 2022

Susu Ibu : Perlu Perah Susu sewaktu berpantang?


Salam semua!

Hari ini 2/8/2022 merupakan hari ke-13 aku berpantang selepas melahirkan baby Hana, anak keempatku.

Jam menunjukkan ke angka tiga pagi. Mata masih belum dapat dilelapkan dek kerana Hana 'mengejut'kan mama dari lena pada jam 1 pagi tadi. Aduhai. Burung hantu kejaplah kita.

Kali ini Yus nak berkongsi berkenaan susu perahan (susu ibu lah yang pasti, bukan susu lembu ya! Haha)

Bagi ibu yang sedang berpantang, lebih-lebih lagi masih di bawah satu bulan, sebenarnya masih belum perlu untuk memerah susu untuk dijadikan stok (setelah naik kerja nanti).

Ya, BELUM PERLU! 

Di awal kelahiran bayi, sebaiknya ibu-ibu menumpukan sepenuhnya pemberian susu ibu secara terus (direct feeding) kepada bayi. Ini bagi mewujudkan hubungan (bonding) yang rapat antara ibu dan bayi kerana penyusuan susu ibu berkait rapat dengan dua jenis hormon iaitu hormon prolaktin dan juga hormon oksitosin.

Jika bayi diberikan susu menggunakan botol atau apa sahaja kaedah selain direct feeding (kecuali atas sebab tertentu), hormon-hormon ini tidak dapat dialami oleh ibu-ibu.

Tetapi ada juga SEBAB KENAPA IBU PEELU JUGA MEMERAH SUSU KETIKA DALAM WAKTU BERPANTANG.

1) Susu dikeluarkan selepas menyusukan (mengosongkan payudara) bagi mengelakkan bengkak susu dan mengelakkan jangkitan payudara.

2) Bayi tidak bangun untuk menyusu dan payudara mulai bengkak dan sakit -wajib perah dan keluarkan segera (bagi mengelakkan ibu mengalami abcess dan boleh menyebabkan infeksi yang lebih kritikal)

3) Ketulan-ketulan susu sudah terasa di keliling payudara (perah segera dengan kaedah memicit lembut di bahagian ketulan tersebut)

4) Mengelakkan susu meleleh kerana terlalu penuh (membazir nanti..hihi)

5) Jika anak yang dilahirkan secara pramatang ataupun yang mempunyai masalah kesihatan, pemerahan susu ibu dapat mengekalkan penghasilan susu apabila anak tidak mampu menghisap payudara ibu secara terus (direct feeding)

Ok, sekarang sudah faham kan?
Perah apabila perlu sahaja.

Fokus kepada penyusuan secara terus dalam masa 1-2 bulan (sebulan sebelum naik kerja baru kita buat stok susu, itu pun jangan over supply). Jika tidak, susu kita akan dibuat siram pokok bunga saja😅 

Begitulah.

Hihi.

Hana oh Hana..punyalah seronok awak tidur sampai tak sedar diri. Payudara mama pun dah bengkak ni. Maka, nak tak nak mama kena keluarkan juga. Fuhhh lega!


Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi

yusnorsyazanamy@blogspot.com

Selasa, 11 April 2017

Jadual Memerah Sewaktu Berpantang

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Terapi Diri
====
Bagi ibu berkerjaya, Waktu Berpantang adalah masa yang paling sesuai untuk ibu-ibu memerah susu untuk bekalan di hari bekerja kelak.
.
Apa yang Yus ingin kongsikan hari ini adalah mengenai jadual pemerahan susu ibu sewaktu berpantang. Gambar ini adalah stok susu yang dapat dikumpul dalam masa 12 hari (hari ke 4 hingga hari ini iaitu hari ke 16 selepas melahirkan). Yus menggunakan kaedah 'menadah' susu sewaktu baby Haura menyusu di sebelah payudara sebelah lagi. Ada juga yang Yus perah menggunakan mesin pam susu di waktu awal pagi kerana payudara sudah mula membengkak lebih-lebih lagi jika baby Haura kurang bangun menyusu pada waktu malam.
.
Untuk pemerahan menggunakan mesin, yus hanya buat 2x sehari iaitu di awal pagi dan sebelum tidur.
.
Selain itu, yus mengamalkan memerah (menggunakan squeeze pump sahaja) pada waktu sebelum dan selepas sesi penyusuan. Pemerahan sebelum sesi penyusuan (hanya utk keluarkan susu awal iaitu foremilk) adalah untuk memastikan baby Haura mendapat susu hindmilk (mengandungi lebih lemak) dan pemerahan selepas sesi penyusuan adalah untuk memastikan payudara betul-betul kosong untuk penghasilan susu baharu.
.
Ok itu sahaja perkongsian petang ini..
Semoga berjaya buat ibu semua..

Sayang semua kerana Allah.

FB PAGE : Inspirasi Penyusuan Susu Ibu
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
0132892820

#SilakanShareDenganKREDIT
#InspirasiPenyusuanSusuIbu
#Day16ofConfinemnet
#NurHafiyaHauraBreastfeedingJourney

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...