Jumaat, 22 Januari 2016

Tips Kewangan

Tips kewangan
============

"Ala,untung runcit rm12 je,takpelah,guna dulu."

Tahukah anda,anda boleh muflis sekiranya anda mencuri duit akaun company?

"Eh,company aku,aku punya sukalah.."

Yelah..awak punya sukalah kan,lepas tu,bila nak pusing modal,langsung dah tak boleh.

Boleh saya kongsi sedikit tips mudah?
😊😊😊😊😊😊😊😊

Buat kawan2 yang sudah pun membeli rindu qoqo (produk Ana Edar) anda jangan buang balang tu tau,balang tu anda boleh guna balik.

1.Okay,kita buat table dulu,

2.Bahagikan table kepada 10 kolum, isnin sampai ahad

3.1 kolum untuk mengira total untung runcit seminggu
(kalau boleh,sila disiplinkan diri,jangan ambil duit untung runcit dalam masa seminggu tu)

4.1 kolum untuk mengira duit keluar
(Saranan saya sedeqahkan 10% dari untung runcit anda setiap minggu)

5.1 kolum untuk balance.
Make sure tally ya..kalau tak tally kena la siasat mana kurangnya

6.untuk kolum kebawah, saya buat untuk 5minggu. So, kita boleh nampak keuntungan kita setiap minggu.

7.last sekali,kita totalkan,banyak mana pengeluaran kita,banyak mana simpanan untung runcit kita.

8.kalau banyak sgt pengeluaran tu, insaflah2 sikit.huhuhu.



Sekian tips dr saya.
Pesanan ringkas, jangan ingat rm12 tu tak boleh bawa pada rm12ribu tau, semuanya bermula dengan disiplin. Selamat mencuba!

#QASEHGOLD

Credit tips dari Ezzalin Sidek
Usahawan Qasehgold & Baja thailand



Saya adalah STOKIS SAH Ana Edar Sdn.Bhd. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya,

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Contact No. :013-2892820
Email : cutiecolour@gmail.com
Laman Web : http://yusnorsyazana.blogspot.my
FB Page : QasehGold Formulasi Makanan Sunnah 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PRODUK QASEHGOLD, boleh terus hubungi saya. Konsultasi Penyusuan Susu Ibu akan diberikan.

Khamis, 21 Januari 2016

TIPS Susu Ibu : Ibu Bertenaga

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum mommies yang hebat lagi menawan!
Dah lama yus x kongsikan di blog tentang tips-tips kecantikan  kesihatan yang perlu ada sebagai Ibu yang menyusukan anak. Ye la..Yus bz (bz sgt! kan) Tapi tu bukan alasan untuk yus hentikan perkongsian ini, cuma ia agak berjarak la.

Ok, kali ni yus nak kongsikan bagaimana untuk menghasilkan susu dengan lebih efektif dan lebih kualiti nya. Biasanya kita akan dapat lihat susu ibu dari segi kuantiti bukan kualiti. Penting ke KUALITI tu sampaikan banyak produk-produk di luar sana mempromosikan barangan supplement penyusuan XYZ dan menganggap ia sebagai satu keperluan (wajib) bagi ibu menyusu lebih-lebih lagi bagi ibu baru yang masih tercari-cari asas penyusuan yang betul.

Sebenarnya, ramai juga yang pm yus dan berkongsi masalah mengenai makanan tambahan yang mereka ambil. Sebagai seorang Ibu Menyusu, yus tidak menyangkal mengenai keperluan makanan tambahan namun ia perlulah disertai dengan ILMU PENYUSUAN bahawa ia hanya merupakan BEKALAN TENAGA buat si ibu, bukan sebagai BOOSTER SUSU IBU yang digembar gemburkan. (bahaya kan sekiranya kita tidak tahu asas penyusuan, ia boleh menjadi satu faktor kemurungan juga!)

Tahukah anda bahawa Ibu menyusu boleh menghasilkan secara purata sehingga 20-30oz susu sehari? Badan yang letih dan lesu akan menganggu penghasilan hormon penggalak susu ibu dan boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu terganggu. Sekiranya seseorang ibu menyusu ibu mempunyai kehidupan yang agak sibuk dan tidak mengambil makanan yang berkhasiat dan bernutrisi, ia juga boleh merencatkan hormon tersebut. 

Jika masalah ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian (tanpa usaha dengan pumping, atau rangsangan terhadap payudara, makan makanan bernutrisi tinggi), ia boleh menyebabkan penghasilan susu ibu juga terjejas. 

Namun begitu, sekiranya ibu sentiasa bertenaga dan ceria, masalah ini mungkin tidak akan berlaku jika :-

  • Ibu memenuhi keperluan dan mengamalkan konsep 'demand' VS 'supply'
  • Makan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan
  • Minum air secukupnya
  • Berikhtiar dengan pemakanan sunnah (contohnya QASEH GOLD) yang lebih semulajadi.
  • Berfikiran POSITIF (ini mestilah!)
Ibu yang bertenaga boleh menggalakkan penghasilan hormon penggalak susu yang lebih baik. Tidak kiralah produk apa sekalipun diambil, jika ia tidak disertai dengan usaha memerah dan sebagainya, ia tidak akan jadi apa-apa.

InsyaAllah jika diberi peluang yus akan kongsikan tips lagi ya!

Salam sayang buat ibu menyusu yang hebat!

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS

Kaunselor Laktasi
013-2892820
yusnorsyazana.my@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PRODUK QASEHGOLD, boleh terus hubungi saya. Konsultasi Penyusuan akan diberikan.

Khamis, 5 November 2015

Makanan Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu

Assalamaulaikum Salam sejahtera buat rakan pembaca Blog yusnorsyazana@blogspot.my semua!

Terima Qaseh kerana masih setia menanti info-info terkini dari yus..InsyaAllah sekiranya diberi kelapangan masa, Yus akan sentiasa berkongsi dan berkongsi  dan berkongsi ilmu penyusuan dengan kalian semua.

Kali ini yus nak kongsikan bersama rakan pembaca semua berkaitan dengan makanan yang boleh membantu untuk memperbanyakkan susu ibu.. Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar!
Yus seringkali mendapat msg dari ibu-ibu yang mengalami masalah susu ibu yang merudum serta kekurangan susu ibu untuk bekalan anak-anak lebih-lebih lagi buat ibu menyusu yang berkerjaya.
Mesti ramai ibu di luar sana yang teruja nak tahu kan?

Faktor UTAMA untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu adalah dengan KERAP MENGOSONGKAN PAYUDARA. Ya! Lebih kerap kita memerah @ direct feed, lebih isyarat yang dihantar ke otak untuk penghasilan susu yang lebih banyak.

Namun begitu, ada juga segelintir ibu yang masih belum tahu bahawa PERKARA-PEEKARA DI BAWAH ini juga perlu dielakkan bagi kelancaran penghasilan susu ibu.
a) Menunggu payudara BENGKAK baru hendak memerah
b) Tidak memerah mengikut jadual pemerahan yang disarankan
c) Hanya mengambil makanan @ minuman yang dikatakan sebagai MILK BOOSTER tanpa memerah dan mengikut kaedah penyusuan yang betul
d) Mengambil makanan yang dikatakan boleh menambah susu sejak awal kehamilan

TAPI..TAPI..TAPI..Tahukan anda bahawa amalan tersebut adalah satu amalan yang KURANG BAIK untuk IBU MENYUSU?

Antara Makanan/Minuman Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu

a) Tinggi dengan PROTIEN - kandungan susu ibu kan lebih banyak protien, maka apabila kita mengambil makanan yang tinggi kandungan protien, maka penghasilan susu lebih banyak akan terjadi. Cth makanan tinggi protien iaitu terdiri daripada kekacang seperti kacang ginjal, badam, tauhu, kacang hijau dan sebagainya.

b) Tinggi VITAMIN B (Asid Folik terutamanya) - Asid folik sangat diperlukan bagi perkembangan serta pertumbuhan bayi. Contoh makanan adalah sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.

c) Tinggi KALORI seperti Kurma, Longan. Ia membantu untuk memberi tenaga dan pembekalan kalori bagi ibu dan bayi

d) Tinggi Kalsium - Ibu menyusu atau mengandung perlukan kalsium yang lebih untuk diserap ke dalam tubuh bayi. Pengambilan kalsium boleh didapati dari tulang ikan bilis, susu dll.

e) Tinggi VITAMIN A & C seperti buah-buahan citrus, buah-buahan beri dll.

f) Pencetus Hormon Gembira seperti COKLAT! Nyummm sedap tapi perlu dipastikan bahawa coklat tersebut adalah PURE COKLAT ya! Senang kata DARK CHOCOLATE lah! Tanpa gula ya!

Dan PELBAGAI makanan yang boleh mencetuskan HORMON GEMBIRA kepada ibu kerana kegembiraan akan Mengaktifkan HORMON OXYTOCIN yang mencetus penghasilan susu ibu.

Salam sayang,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
yusnorsyazana.my@gmail.com

Isnin, 12 Oktober 2015

Tips sekiranya Bayi Masih belum kelihatan kenyang selepas menyusu

Tips sekiranya kita lihat baby masih macam belum kenyang selepas menyusu.

1. Ibu minum air susu/nestum/oat kerana air@sumber ini mempunyai zat protien dan bijirin yang mengenyangkan serta padat dgn khasiat.

2. Minum air suam at least 1 gelas

3. Tenangkan bayi

4. Sambung sesi penyusuan

Perkara di atas boleh juga diamalkan di pejabat sekiranya ibu masih belum mendapat 'hasil' yang memuaskan.

InsyaAllah! Semoga berjaya..♡♡♡

Rabu, 23 September 2015

11 Alasan Mengapa Bayi Masih Menangis walaupun telah Menyusu?

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Apabila di dalam fasa berpantang selepas kelahiran bayi, ibu-ibu pasti berada di dalam keadaan yang sedikit letih ditambah lagi dengan kehadiran orang baru di dalam kehidupan seharian. Pastinya banyak yang perlu dipelajari (dalam erti kata lain, kehidupan ibu mula berubah dengan kehadiran orang baru) dan diselusuri kan?

Bila tiba waktu menyusu pula, kadangkala ibu menjadi kalut dengan kepelbagaian cara dan cabaran yang hadir dengan sendiri nya, Bagi ibu yang tidak mengalami sebarang masalah, Alhamdulillah. Tapi bagaimana dengan ibu yang menghadapi cabaran lebih-lebih lagi bayi anda masih menangis walaupun telah disusui dengan susu ibu dengan waktu yang lama! Bayi tetap menangis dan menangis. Ibu pula pasti kalut dan mula stress. Benar kan?

Ok, InsyaAllah kali ini saya nak kongsikan bersama dengan pembaca sekalian berkenaan MENGAPA BAYI ANDA MASIH MENANGIS WALAUPUN TELAH MENYUSU?

Tahukah anda? Bayi Menangis kerana Ingin Menyampaikan Sesuatu kepada orang di sekelilingnya.

Bayi menangis adalah NORMAL. Ya NORMAL ya.
Mereka masih tidak pandai bercakap dan menangis merupakan salah satu cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita. Ingin memberitahu kita lebih-lebih lagi kepada ibunya tentang rasa dan sebagainya. Kan?

Jom kita lihat kembali apa yang menjadi penyebab mereka menangis ya?

1. BAYI ANDA DI DALAM KEADAAN TIDAK SELESA DENGAN PERSEKITARAN

Cuba anda lihat sekeliling. Adakah persekitarannya terlalu panas, sejuk atau biasa-biasa sahaja? Kadangkala perubahan suhu membolehkan bayi anda akan berasa kurang selesa dan akhirnya mereka merasa rimas dengan perubahan suhu tersebut.Mereka akan menangis walaupun sedang menyusu atau sebelum atau selepas menyusu. Contohnya waktu panas, kita pun kadangkala tidak selesa apatah lagi mereka yang selama ini 'duduk' di dalam 'tempat yang paling selesa' iaitu di dalam rahim ibu.

2. BAYI ANDA SAKIT

Bayi yang sakit kebiasaannya tidak selesa dengan keadaan badan mereka lebih-lebih lagi menyusu dengan keadaan hidung tersumbat dan terlalu panas. Cadangan terbaik adalah ibu menyusukan bayi dalam posisi sedikit menegak atau separa duduk.

3. POSISI PENYUSUAN PELEKAPAN SEMASA MENYUSU

Tahukah ibu-ibu semua bahawa posisi penyusuan juga memainkan peranan penting dalam memastikan penghasilan susu dan 'milk transfer' berjalan dengan baik dan efisien?

Sebenarnya, sekiranya ibu menyusukan bayi dalam keadaan posisi pelekapan yang tidak betul, ia akan menyebabkan bayi tidak mendapat keperluan susu yang mencukupi dan juga 'milk transfer' tidak dapat disalurkan dengan betul. Ini menyebabkan bayi akan menjadi lebih cepat lapar dan akhirnya mereka menangis kembali.

Selain itu, anatomi payudara ibu serta anatomi mulut bayi seperti lidah pendek (tongue tie), mulut bayi terlalu kecil juga mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sekiranya ibu mengalami puting tenggelam/puting rata, boleh lah mencuba kaedah ini.

permasalahan puting tenggelam

4. GROWTH SPURT (PECUTAN PERTUMBUHAN BAYI)

Kebiasaannya bayi akan mengalami pecutan pertumbuhan di umurnya 3 minggu, 9 minggu, 3 bulan, 6 bulan dan pada waktu-waktu yang tidak menentu. Apabila mereka di dalam fasa growth spurt ini, bayi anda akan sentiasa mencari puting ibu untuk menyusu!

Baca sini berkenaan GROWTH SPURT

Si ibu pula merasakan bahawa anak mereka tidak cukup susu dan juga si ibu sudah kekurangan susu! oh tidakkkk... Sebenarnya di dalam fasa ini, bayi memerlukan lebih banyak susu dan mereka akan menangis sekiranya supply yang dihasilkan tidak mengikut demand mereka.

Ibu-ibu jangan stress ya. Ini akan berlaku kepada semua ibu menyusu. Cadangan terbaik adalah ibu lebihkan sesi pemerahan serta direct feed untuk menambah demand bagi keperluan anak nanti. Teruskan menyusukan dan memerah ya! Lebihkan demand..

5. TIDUR BAYI TERGANGGU

Seringkali bayi akan tertidur semasa penyusuan. Namun begitu, faktor persekitaran seperti suara orang ataupun bunyi televisyen anda yang kuat membolehkan tidur mereka terganggu! Mereka akan menangis walaupun tadi mereka telah tertidur semasa menyusu.

Oleh itu, sekiranya anda mahu meletakkan bayi anda ke dalam coat bayi ataupun di atas tilam bayi, pastikan keadaan bayi tidak terkejut dan mereka tidur dengan tenang seperti di dalam dakapan ibu.

Al-maklumlah, mereka di dalam rahim kan selama 9 bulan!

6. BAYI MASIH INGIN MENYUSU

Kadangkala waktu penyusuan yang lama juga masih tidak dapat memberi kepuasan kepada bayi. Cuba ibu-ibu lihat rahang serta mulut bayi yang menyusu. Sekiranya mereka masih mencari-cari puting atau rahang mereka masih sedang dalam keadaan menelan susu ibu, maka si ibu masih perlu menyusukan bayi mereka sehingga bayi mereka melepaskan puting dengan sendiri.

7. BAYI INGIN PERSEKITARAN YANG BARU

Bayi juga seperti orang dewasa. Mereka perlukan persekitaran yang berbeza-beza bagi mengurangkan rasa bosan dengan hanya di satu tempat yang sama. bawalah mereka keluar bersiar-siar di tepi rumah ataupun menyusu di tempat yang berbeza-beza di dalam rumah. (jangan lama-lama di luar rumah tau kerana mereka mudah terdedah dengan jangkitan bakteria dan virus)

8. PERBEZAAN PENGELUARAN SUSU DI PAYUDARA

Kebiasaanya bayi mempunyai kegemaran terhadap satu-satu payudara ibunya. Kadangkala bayi akan menunjukkan kepuasan setelah menyusu di sebelah payudara (mungkin disebabkan susu yang lancar dan tidak terlalu 'oversupply' atau kurang) dan sebelah payudara lagi dibiarkan 'seperti anak tiri' aje kan (mungkin disebabkan payudara tersebut mengalami oversupply dan menyebabkan bayi sering tersedak/ kurang susu) menyebabkan bayi akan memilih satu payudara sahaja. Namun begitu, pemilihan sedemikian akan menyebabkan susu di sebelah payudara yang kurang dihisap itu akan mengalami kemeruduman susu dan akhirnya semakin kering.

Apabila bayi diberikan dengan payudara yang jarang diberi, maka susu pun kurang. bayi akan menangis kerana keperluan mereka tidak dapat dipenuhi dengan payudara tersebut.

Cadangan terbaik adalah menyusukan di sebelah payudara yang masih ada susu dan dalam pada masa yang sama ibu mengepam di sebelah payudara yang satu lagi (Tanderm nursing)

Pentingnya sesi pemerahan

9. BAYI TIDAK INGIN MENYUSU

Kadangkala bayi menangis bukan disebabkan mereka mahu menyusu, namun mereka hanya perlukan pelukan kasih sayang daripada ibunya. Peluklah mereka dan boleh juga menggendong mereka untuk merasakan mereka dekat dengan 'bau' ibu.

10. BAYI KEMBUNG

Bayi kembung perut. Ini biasa didengar kan? Ia juga selalu terjadi disebabkan oleh bayi hanya mendapat foremilk sahaja dan itu menyebabkan kandungan asid di dalam perut bayi adalah tinggi dan akhirnya menyebabkan kembung perut.

Sendawakan bayi dengan menyandarkan mereka di bahu ibu. Kebiasaan nya bayi akan sendawa disertai dengan sedikit muntah yang selalu disebut 'gumoh'. Ia akan menjadikan mereka lebih selesa untuk menyusu selepas itu.

11. BAYI KURANG TIDUR

Bayi yang menghadapi situasi kurang tidur akan sentiasa merengek dan tidak selesa lebih-lebih lagi apabila dipaksa menyusu. Tenangkan mereka dengan menepuk-nepuk lembut punggung bayi anda dan peluklah mereka. Setelah itu baru di'offer' payudara sambil mereka berkhayal dan tidur.

Dah nampak kan? Mengapa mereka masih menangis walaupun sudah menyusu. Mereka bukan sahaja menangis mahukan susu, tetapi mereka perlukan banyak sokongan daripada persekitaran terutama ibunya.

Semoga alasan-alasan di atas dapat memberikan ibu-ibu semua bertambah semangat untuk menyusukan si bayi..

Tanpa ilmu, ibu kecewa,
Dengan ilmu, ibu bahagia.

Salam sayang,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi



Sabtu, 19 September 2015

BICARA INSPIRASI PSI : Srikandi Hasil Muar

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Alhamdulillah..
Selesai program bicara inspirasi Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Daerah Muar pada 15 September 2015 yang lalu.




Kisah panggilan bagi bicara santai ni bermula apabila salah seorang staf di situ terpanggil untuk bertanya pada yus tentang Kelas Penyusuan yang diadakan di area Batu Pahat/Muar. Al-maklumlah kan, yus bekerja di UTHM Parit Raja Batu Pahat. Kebetulan pula beliau terlihat post yus adakan Kelas Menyusu di Lunatots 29 Ogos lalu. Dan kebetulan juga beliau bertanya di post group Selat Tebrau Babywearers ( kelab gendong bayi Johor).

Maka, satu demi satu perancangan dibuat. Bermula dengan tarikh cadangan sehingga lah kepada penginapan semuanya dibincang bersama di alam maya. YA! Di alam maya (facebook- Terima kasih Facebook!)

Hebatnya aturan ALLAH..DIA permudahkan urusan kami. Walaupun pada mulanya hampir dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, akhirnya ia dapat dilaksanakan juga. ALHAMDULILLAH..
Subhanallah! Ramai juga yang hadir walaupun tidak mengenali siapalah saya. Mereka memberi feedback yag positif dan memberi banyakkk cadangan untuk saya tambahbaik program di kemudian hari..Terima kasih kalian kerana masih tetap duduk walaupun jam sudah ke pukul 5 petang. Ya Allah hanya DIA tahu bagaimana gembira nya hati ini dapat berkongsi ilmu dengan mereka semua..

Syukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk berkongsi ilmu yang saya ada dan saya mampu untuk kongsikan. Sesungguhnya berada di kalangan mereka sungguh membahagiakan saya.

Terima kasih daun keladi.
InsyaAllah ada rezeki kita ketemu lagi..♡♡♡

Ingat!
IBU MENYUSU ADALAH HEBAT!
Usaha itu Jihad..
Mencari Ilmu itu jihad..

Salam Qaseh sayang buat semua,

YUSNORSYAZANA
Kaunselor Laktasi

Ahad, 30 Ogos 2015

Berniaga dengan ILMU!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos


Syukur Alhamdulillah. Semalam telah dijemput ke butik kelengkapan ibu dan bayi LUNATOTS Parit Raja untuk berkongsi serba sedikit tentang ilmu penyusuan susu ibu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemilik butik Lunatots iaitu Pn. Shazratun Naaim Omar Kamal di atas inisiatif yang dilakukan bagi memberi peluang kepada staf-staf beliau bagi mengetahui walaupun secara asas tentang kepentingan susu ibu serta peranannya kepada ibu dan bayi.

Gambar di sekitar Talk ToT Penyusuan Susu Ibu di Lunatots Parit Raja (29 Ogos 2015)



Ramai yang beranggapan bahawa penyusuan itu sangat mudah! Ya..Ia memang mudah apabila kita mempunyai ilmu (Namun itu pun rasanya masih banyak yang perlu kita tahu..chaiyok!). Berniaga barangan bayi juga akan menjadi lebih mudah jika si penjual dapat menguasai ilmu tentang produk yang dijualnya.




Begitu juga dengan penyusuan susu ibu. Ramai ibu akan datang ke kedai yang menjual sesuatu produk tersebut, tapi adakah si penjual dapat memberitahu lebih detail mengenai konsep penyusuan yang betul? Teknik menyusu yang betul? Penggunaan pam yang betul? Ya..di situ lah perlunya ilmu penyusuan. Antara yang diberi penekanan adalah berkenaan dengan Marketing vs Susu Ibu.



Apa pun, ketiga-tiga staf Atun memang hebat! Mudah sangat faham walaupun ketiga-tiga mereka masih bujang (hanya melihat pengalaman dari ibu mereka sahaja). Kita sebagai pembeli, takkan nak lihat saja kedai tu kan..datang dan dapatkan juga khidmat nasihat (sedikit-sedikit) daripada staf Lunatots Parit Raja tentang penyusuan susu ibu. Adik-adik pun tahu dah tau! (saya bukan duta..saya bukan dibayar untuk iklan..tetapi saya yakin mereka boleh memberikan yang terbaik untuk pelanggan di atas ilmu yang mereka ada)

Penyertaan Seminar Inspirasi Penyusuan Susu Ibu masih dibuka!
Lokasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja Batu Pahat JOHOR.

http://www.uthm.edu.my/v2/images/stories/frontpage_slide/psi2.jpg

Mahukan KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU dan pelbagai TIPS PENYUSUAN?
Hubungi 013-2892820

#SayaMENTORSusuIbu anda
Yusnorsyazana Mohd Yunos
http://yusnorsyazana.blogspot.com


PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...