Rabu, 16 Julai 2014

[PRELOVE ITEM TO SALE]

Assalamualaikum..
Lama sudah tidak bersiaran dek kesibukan melanda di awal-awal masuk kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun kerja datang tidak henti-henti..

Oh ya, entry kali ini yus ingin 'menjual'...hihi..

Yus nak LET GO breastpump EVE LOVE yang yus sangat-sangat sayang..
Bukan ia tak best, cuma kini yus diberi peluang untuk menggunakan pam yang diminati...(yus ni memang suka bertukar-tukar pam susu-seperti ianya habit) hihi..
So, tidak perlu anda salah faham..
Breastpump eve love sememangnya sentiasa di hati...




Breastpump eve love (double pump)
Motor new..(baru sahaja dapat yang baru sebab yang lama tu ada problem no power)
Part-part accessories baru pakai 2 bulan..
Semua ada (termasuk pumping bustier) kecuali powerbank saja..
Warranty masih ada 9 bulan..
Beli pada April 2014..
Harga beli RM499
Harga jual RM320 include postage (boleh nego lagi) + free 1 kotak plastic storage bag (eve love)



PM saya sekiranya berminat
Yusnorsyazana
013-2892820

Jumaat, 4 Julai 2014

Segalanya Tentang KURMA

KHASIAT dan KELEBIHAN KURMATeks : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Assalamualaikum...Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, yus nak kongsikan beberapa kelebihan dan khasiat kurma yang seharusnya kita tahu. Ia bukan sahaja baik diamalkan ketika bulan puasa tetapi sepanjang masa. Ia juga baik untuk dijadikan snek harian untuk kesihatan tubuh badan kita.

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Salam sayang buat semua,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820
Kaunselor Laktasi Anda

Tips Penyusuan semasa Berpuasa

::PENYUSUAN SUSU IBU::
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Tips Ibu Menyusu di bulan Ramadhan

1) Banyakkan minum air sekurang2nya 3-5 liter sehari..Minum air setiap kali selepas berbuka, selepas solat, sebelum tidur, bangun tidur dan sebelum waktu sahur tamat.

2) Makan banyak protein semasa bersahur.Protein kurang menggunakan tenaga bagi pencernaannya berbanding karbohidrat yang perlukan banyak tenaga untuk pencernaannya dan akibatnya badan lebih cepat letih di waktu siang hari.

3) Kerap kosongkan payudara dengan cara perahan tangan atau menggunakan pam yang sesuai. Waktu yang dicadangkan adalah selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur.

4) Banyakkan makan kurma atau buah2 yang segar. Ini untuk mengekalkan tenaga dalam badan lebih-lebih lagi ibu menyusu.

5) Sekiranya kesihatan ibu tidak mengizinkan untuk menyusu secara terus sepanjang masa, boleh selang seli kan dengan ebm (express breastmilk) bagi mengelakkan ibu daripada terhidrat.

AMALKAN PENGOSONGAN PAYUDARA YANG KERAP UNTUK MENGHASILKAN SUSU YANG LEBIH BANYAK. 

InsyaAllah! 
Selamat berpuasa ibu-ibu hebat sekalian..

Yusnorsyazana My
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Isnin, 9 Jun 2014

Jaundice dirawat dengan susu ibu

Assalamualaikum...
Allhuakbar..
Lama yus x berkongsi ilmu di blog ni ya. Setelah habis berpantang, duduk pula di rumah sendiri..Tak menang tangan..hihi..di rumah mak ada la juga yang boleh bantu untuk menjaga 2 hero saya di kala saya 'bekerja'. Ini lah cabaran ibu bekerja di rumah ya! Sungguh tabah ibu2 di luar sana..

Ok..ka ni yus nak berkongsi sedikit berkenaan jaundice ( kuning) yang sering ibu2 risaukan tatkala anak2 syurga mereka lahir ke dunia. Begitu juga yus semasa melahirkan kedua2 putera (hasif & hayyan). Risau tetap ada. Alhamdulillah mereka berdua bebas dari jaundice.

Apa itu jaundice?
Ramai yang tahu Jaundice itu sebagai 'kuning' yang seringkali berlaku kepada bayi baru lahir. Ia berlaku disebabkan kandungan bilirubin yang tinggi dan boleh dikeluarkan melalui air kencing bayi.

Kadangkala di hospital, anak2 yang terkena jaundice ini akan diberikan dengan susu formula. Namun begitu, kebanyakan hospital (hospital rakan bayi terutamanya) akan menggalakkan penyusuan susu ibu yang kerap kepada bayi untuk membantu bayi berkumuh dan seterusnya mengurangkan kadar bilirubin yang tinggi dalam darah. Hanya ibu2 yang bermasalah seperti koma, atau mengalami penyakit2 kronik sahaja yang diberikan dengan susu formula apabila bayi yang dilahirkan itu mengalami jaundice.

Tahukah anda bahawa pihak hospital memberikan susu formula kepada bayi yang terkena jaundice ini dengan susu formula yang terkawal dan kadar pemberian nya juga disukat! Bukan sekadar membabi buta memberikan bayi2 tersebut dengan susu formula. Di sini yus bukan menyokong pemberian susu formula kepada bayi.Namun penjelasan ini dibuat bagi ibu2 yang mempunyai MASALAH KRONIK sahaja ya. BUKAN MASALAH ibu2 biasa yang berfikiran "AKU XDE SUSU" ye..

Susu diberikan UNTUK MEMBANTU BAYI BERKUMUH bagi membantu untuk mengurangkan kadar bilirubin dalam darah. Maka, ibu2 sekalian dinasihatkan agar KERAP MEMBERI SUSU IBU KEPADA BAYI BARU LAHIR walaupun bayi anda seperti mengantuk atau tidur sepanjang masa. Kerana itu adalah tanda2 bayi tersebut mengalami jaundice!

Tambahan lagi, PEMBERIAN SUSU IBU SECARA KERAP BOLEH MEMBERI RANGSANGAN KEPADA PAYUDARA dan akan MEMPERBANYAKKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Percayalah!

Tanamkan diri dengan fikiran yang positif ya! ^_^

Tips :
1) Ibu yang sedang.mengandung eloklah mengamalkan pengambilan susu kambing, kurma, Habbatussauda dan lain2 makanan sunnah ( kerana itu juga saya menjual ALTAMIS HABBATUS SAUDA & QASEH GOLD)

2) Ibu perlu banyakkan berdoa dan berzikir kepadaNYA sepanjang kehamilan

3) Amalkan pemakanan yang seimbang. Pengambilan lebih sayur-sayuran hijau dan buah buahan juga sangat membantu

4) Elakkan daripada mengambil miniman berkafein seperti kopi, teh yang berlebihan

5) Amalkan gaya hidup sihat.

InsyaAllah..
Dapatkan khidmat nasihat secara percuma dalam penyusuan susu ibu bersama saya ya!

Salam sayang penuh cinta
Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Rabu, 28 Mei 2014

Bila mahu Memerah Susu?

Alhamdulillah…

Lama sungguh tidak bersiaran lantaran anak-anak yang manja untuk dibelai dan juga persekitaran baru yang sedikit janggal. Al-maklumlah baru ingin menyesuaikan diri dengan status ibu beranak dua.hihi.Syukur..

Pada entri kali ini, yus ingin berkongsi dengan rakan pembaca mengenai proses pemerahan susu ibu.
Terdapat beberapa soalan yang sering yus terima seperti :-
  •           Bila perlu memerah susu ibu?
  •           Berapa lama proses pemerahan susu ibu bagi setiap sesi?


Bagi menjawab persoalan di atas, mari kita sama-sama mengulangkaji mengenai kepentingan pemerahan susu ibu selain bayi kita diberikan susu ibu secara terus (direct feeding)
      
      a) Bila perlu memerah susu ibu?
-          Jika bayi tidak boleh menyusu di payudara (bayi tidak berada bersama ibu sejurus selepas kelahiran, atau bayi mengalami strike ataupun menolak permintaan untuk menyusu secara terus), mulakan proses pemerahan secepat mungkin selepas bersalin (digalakkan dalam masa 6 jam selepas bersalin)
-          Jika bayi boleh menyusu di payudara, pemerahan adalah mengikut keperluan/ tujuan tertentu (untuk dibuat stok mahupun untuk mengosongkan payudara bagi penghasilan susu baru)

b)  Berapa lama proses pemerahan susu ibu bagi setiap sesi?
-          Tempoh pemerahan bergantung kepada tujuan ibu memerah susu.

                                                               i.      Untuk mendapatkan kolustrum bagi bayi yang tidak menyusu di payudara (perah selama 5-10 minit untuk mendapatkan 1 sudu the kolustrum – perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil dan sedikit amaun sahaja diperlukan untuk jangka masa setiap 1-2 jam)

                                                             ii.      Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu ( perah selama 20 minit sekurang-kurangnya 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam termasuk sekali pada waktu malam0

                                                            iii.      Untuk melembutkan aerola bagi membolehkan bayi melekap di payudara ( ibu perlu memerah sebanyak 3-4 kali sehari)

                                                           iv.      Untuk melancarkan saluran susu yang tersumbat ( Perah dan urut di bahagian payudara tersebut sehingga tiada ketulan yang dirasai)

                                                             v.      Untuk diberikan kepada bayi apabila ibu kembali bekerja ( Ibu perlu menentukan tempoh pemerahan dan jumlah susu yang akan dibekalkan mengikut keperluan bayinya) – Ini akan dibincangkan lebih lanjut untuk tajuk Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja.

Ok, setakat itu sahaja yang dapat dikongsikan untuk entri kali ini. Kita akan menyusul di entri akan datang dengan tajuk yang dicadangkan tadi – Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja

InsyaAllah.

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Jom dapatkan produk QASEH GOLD atau ALTAMIS HABBATUS SAUDA bagi mengekalkan kesihatan ibu-ibu sepanjang penyusuan susu ibu.
Makanan sunnah bukan sebagai vitamin, tetapi IA SEBAGAI MAKANAN SEHARIAN.


Rabu, 14 Mei 2014

Inspirasi Penyusuan :: 3 pagi! ::

Jam menunjukkan 2.30 pagi...
Alamak! Tertidur awal..kononnya mahu Hasif tidur, tapi mama nya juga tertidur sama..

Belum mengepam untuk sesi malam!
Dek kerana Hayyan menyusu dengan 'hebat' sepanjang hari, mama jadi sedikit letih...hihi...letih-letih 'manja'..^_^

Maka, pukul 2.30 pagi ini, dengan mata yang masih berpisat-pisat ku gagahi juga. Kenapa perlu bangun juga?

Ini jawapannya...

Apabila kita membiarkan payudara membengkak dan tiada pula hisapan dari bayi kita, maka otak kita akan menerima isyarat bahawa "payudara sudah penuh dan susu yang baru tidak perlu dihasilkan". Sebenarnya apabila isyarat tersebut telah disimpan di dalam 'sistem saraf penyusuan' kita, maka PENGHASILAN SUSU AKAN SEMAKIN BERKURANG untuk sesi seterusnya!

Oleh demikian, ini jelas menyatakan bahawa konsep DEMAND vs SUPPLY itu sangat PENTING dalam 'pengurusan' penyusuan susu ibu kepada bayi kita.



Tips : Saya mengepam sambil update blog buat tatapan rakan pembaca yang disayangi. Gunakan pam elektrik yang mudah alih serta membuatkan ada terbuai-buai sambil menulis...hihi...

I love EVE LOVE BREASTPUMP!

Ok...jam sudah 3 pagi...Jumpa di lain masa...InsyaAllah....

Salam sayang penuh cinta,
Untuk Ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

#sayajual #qasehgold #adinda #kekanda #junior
#sayajual #altamishabbatussauda
#sayajual #breastpump_evelove
#sayajual #diapercake

Sabtu, 10 Mei 2014

Makanan Pelengkap Bayi

Bertubi-tubi persoalan tentang penyusuan susu ibu yang diajukan...Seronok bila membacanya...Bahagia apabila ingin berkongsi...

Ada 1 persoalan yang kini hangat diperkatakan lebih-lebih lagi berkenaan pemberian makanan pelengkap bayi apabila bayi menjangkau umur 6 bulan..


sumber : facebook Yusnorsyazana My
Petikan di bawah adalah nukilan daripada pakar pediatrik Dr. Hairin Anisa Tajuddin.
Mengapa saya menggunakan petikan beliau dan tidak menggunakan pendapat dan melalui pembacaan saya?
Jawapannya, saya bukan pakr dalam pemakanan anak-anak kecil..Namun begitu, walaupun saya menyokong penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, tidak bermakna makanan pelengkap anak-anak itu saya nafikan. Jom kita baca bersama-sama ya!

Assalamualaikum & salam ahad yg ceria. Saya kira ramai yg menunggu jawapan dr saya tentang isu terbaru yg jadi kontroversi iaitu "pemakanan semi pepejal perlu dilambatkan hingga setahun". Malah sudah ramai ibu yang breastfeeding, mengamalkan penyusuan penuh selama 2 tahun. 
Kita perlu lihat hal ini dari pelbagai perspektif.
1) Penyusuan ibu selama 2 tahun penuh, sperti yg digariskan didalam Al-Quran...Surah Al-Baqarah ayat 233 (ayat itu kata selama 2 tahun penuh, bukannya susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun). 
2) Neurodevelopmental milestone bayi.
3) Psychological aspect of the baby to food.
4) Cara bagaimana kita memulakan pemakanan... 
Safe, adequate, timely & appropriate.
5) Health risk & complication if delay in complementary food introduction. 

Now, kita pergi kpd huraiannya
1) Penyusuan ibu sepenuhnya selama 2 tahun penuh, ditafsirkan genap 24 bulan umur bayi. Malah dihuraikan dalam surah Al-Ahqaf ayat 15, tempoh mengandung & menceraikan susu selama 30 bulan, dimana minimum tempoh mengandung 6 bulan & menyusukan selama 24 bulan, maka cukup 30 bulan. Ayat2 ni bukan menyuruh kita menyusukan sepenuhnya selama 24 bulan. Selama mana kita harys menyusu bayi sepenuhnya & soal bila kita perlu memulakan makanan yang sesuai berdasarkan ilmu dan fitrah. Bukan kan Allah swt telah memberikan akal kpd manusia & manusia perlu membaca & mengkaji. Wujudnya Nabi Adam baginda telah diberikan ilmu & mengetahui semua kejadian alam. Itu menunjukkan manusia dikurniakan akal & ia membezakan kita dgn haiwan. Malah haiwan sendiri yg akalnya juga berfikir utk survival & yang terbaik utk anaknya. Haiwan juga mengikut fitrah mereka dalam bab makanan. Maka, manusia juga punya fitrah & naluri semulajadi kepada makanan, cuma sebab kita ada akal maka kita mengkaji apa yang terbaik utk anak2. Disitulah timbulnya segala jenis kajian yg akhirnya semua pakar perubatan & nutrisi & saintis bersetuju utk membuat satu keputusan bhw memberi makanan kepada bayi samada menyusu ibu @ formula, boleh dimulakan apabila bayi umur 6 bulan. Alasannya ; spt huraian dibawah :-

2) bayi mempunyai milestonenya yang lebih kurang sama iaitu mula start memasukkan tangan & mulut mula start ingin merasa segala benda yg dicapainya dari umur 4-5 bulan, malah ada yg awal lagi. Otot mulut mula start ingin mengunyah dari umur 5-6 bulan, otot leher yg kuat utk kepala yang tegak ketika makan sejak 4-6 bulan, & sebagainya yg membolehkan bayi utk makan. Ini adalah fitrah...

3) Psychological bayi yg suka pada makanan, umur 4-6 bulan bayi dah mula menunjukkan tanda2 yg dia perlukan makanan malah isyarat dari wajahnya yg macam ingin mencuba apa yg orang dewasa ingin makan. Itu kita panggil desire to food yg juga fitrah. Sapa yang peka kpd anaknya pasti tahu ini adalah tanda2 bayi ingin makan. Malah bayi kerapkali tidak kenyang dengan hanya susu sahaja. 

4) Adakah hanya minum susu akan memberikan secukup zat yang diperlukan oleh tubuh badannya yg semakin aktif, membesar dg cepat & otak yg sedang berkembang dengan pantas utk serap semua yg dipelajari dari sekelilingnya?? Fikirkankanlah!!
Semasa bayi belum banyak benda & aktiviti yg ingin dilakukannya, kalori & zat makanan dari susu ibu memang sudah mencukupi. Namun, bagi bayi yg membesar dengan cepat, semakin aktif bergerak & otak yg ligat utk belajar perkara yg baru, mereka memerlukan zat makanan yang lebih banyak kuantitinya yang tidak dapat disediakan oleh hanya susu. Cuba ibubapa baca apakah zat yang ada dalam sumber makanan? Setiap sumber makanan memberikan zat makanan yang berbeza. Contohnya, susu mempunyai kandungan zinc & iron yang sedikit. Fungsie zinc penting untuk imun sistem, mengaktifkan enzim dan pelbagai fungsi metabolik. Iron pula komponen penting dalam sel darah HB untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan iron boleh menyebabkan tubuh lesu & kekuranagn darah merah (anemia). Kajian menunjukkan 1/3 dari bayi yang menyusu ibu selama 9 bulan sepenuhnya akan mengalami anemia. Sumber iron dari ikan & daging. Dalam susu ibu, kandungan iron rendah & cukup utk memenuhi keperluan bayu yg berumur hingga 6 bulan sahaja. Malah kandungan vitamin C dalam susu ibu juga tidak cukup utk bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan perlukan penambahan dari makanan citrus (buah2an). Vitamin C penting untuk membantu penyerapan iron & zinc. Malah kebanyakan micronutrient yang lain telah dikaji dalam susu ibu tidak mencukupi utk anak selepas umur 6 bulan, spt vitamin D, vitamin K, dan lain2. 
Kalau cerita tentang kalori, mungkin cukup @ tidak jika bayi hanya minum susu ibu & ia amat bergantung kpd kekerapan penyusuan. Banyak kes yang pakar paediatric temui iaitu bayi tidak meningkat berat badan dengan baik selepas setahun dengan hanya minum susu ibu tanpa makanan. Sekalipun berat anak masih ok, tapi sanggupkah kita sebagai ibubapa membiarkan anak kita minum hanya utk cukup kalori tapi melupakan segala zat makanan lain utk fungsi tubuh & otaknya secara menyeluruh. Anak yang cukup zat makanan (macronutrient & micronutrient & mineral) akan menjadi anak yang lebih cerdik, mudah menerima pelajaran tanpa perlu memerah otak, malah mereka yang genius adalah mereka yang menjaga segala zat makanan utk fungsi tubuh yang seimbang. 
Anak yang berumur di bawah 2 tahun adalah usia kritikal (critical window period) utk jaringan otak yang cepat berkembang & absorp semua yang baru. Malah, inilah waktu yang penting untuk mereka belajar bercakap & bahasa. Mengapa ibubapa yang hanya memberi susu ibu selama 2 tahun ini begitu sanggup mengabaikan tanggungjawab utk memberikan yang terbaik kepada anak2????

5) apakah akan terjadi jika lewat sehingga setahun @ 2 tahun untuk diberikan makanan tambahan ??
i) bayi akan susah utk menerima makanan & tidak pandai untuk handle makanan dalam mulutnya apabila dia sudah sepatutnya boleh menelan pepejal. Malah ada yang jumpa paed, anak tersebut mengalami oral hypersensitivity (sensitive makanan yg disentuh ke mulutnya).
Pernah dengar tak tentang anak yang ditahnik kan semasa baru lahir & ini sunnah Rasulullah saw??? TAHNIK ini hikmahnya banyak antaranya utk memberi bayi rasa tentang indahnya rasa makanan. Sbb semua bayi yang dilahirkan punya deria rasa yg perlu diransang. Maka, Rasulullah menggalakkan tahnik dengan benda yang manis, cuma dirasakan di lelangitnya supaya lidahnya boleh mencari rasa yang sedap tersebut. Rasulullah galakkan kurma yg dikunyah dahulu & manisnya dirasakan kpd bayi. So, fikirkanlah.... Rasulullah sendiri mengajar bayi utk merasa makanan sbb itu fitrah bukan????

ii) Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat makanan untuk keseimbangan tubuh badan & otaknya berkerja dgn EFISIEN!! Zat makronutrient & micronutrient & mineral yang cukup amat penting. Nak jadikan anak seorang tahfiz AlQuran??? Maka jagalah makanannya seawal usia iaitu menyusu ibu sepenuhnya 6 bulan, kemudian memberikan makanan tambahan yang berkhasiat & halal....ikut cara Nabi Muhammad tentang penjagaan makanan iaitu makan buah dulu sebelum makanan berat, makanan laut & darat tak boleh bercampur, dan banyak lagi. Sebab itu apabila ingin mulakan makanan tambahan, berikan puree buah buahan dulu, bukan makan tepung @ makanan yg mengandungi gluten. Maaf, saya pelik kenapa ada doktor yang bagi tahu makanan yg mengandungi gluten perlu diberikan kpd bayi. Tak pernah pula pakar paediatric ajar cara bagi makanan start dgn makanan yg tinggi risiko allergy & sukar dihadamkan...hairan saya.

iii) psikologi anak2 tentang makanan dihalang, jiwa anak2 yg ingin makan dihalang...ini satu penderaan emosi kpd anak2. Hanya bagi susu ibu sedangkan bayi itu sudah mula ingin merasai kepelbagaian rasa yang Allah anugerahkan...bagi saya ibu bapa spt ini mengabaikan fitrah seorang anak. Malah pemikiran anak2 tentang pemakanan jadi terbantut. Anak2 diusia setahun lebih sepatutnya sudah mengenal beberapa makanan yg disukainya, tapi proses mengenal ini jadi lambat sebab ibu bapa yang mengabaikan pemberian makanan. Lebih zalim apabila anak melihat orang lain & rakan sebayanya makan, tekaknya teringin tapi ibunya bawa lari anak dari melihat makanan tersebut. Malah, anak2 ini tak dapat belajar tentang makanan sbb cuba bayangkan dalam buku ada tunjukkn makanan roti tapi anak ini cuma hanya dapat melihat shj tapi tak dibenarkan merasa. Pada saya ini hanya mendera emosi anak2. Anak2 tidak mampu meluahkan rasa hati tapi bayangkan dr sudut psikologi...sedih bukan?? Sedang ibubapa makan sedap2, anak hanya melihat...kejam tanpa kalian sedar, saya istilahkan perbuatan tersebut.

Kalau nak cerita tentang hukum kencing bayi yang menyusu ibu bukan dikira najis, kebanyakan hadith yg saya jumpa menunjukkan tiada had umur kpd 2 tahun...semuanya kata anak kecil @ bayi seperti contoh di bawah. 

1 – ( عَنْ أُمِّ قَيْسِ بِنْتِ مِحْصَنٍ { أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ عَلَيْهِ وَلَمْ يَغْسِلْهُ } . رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ )

Dari Ummi Qais binti Muhsan, sesungguhnya ia pernah datang menghadap Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam dengan membawa seoang anak kecil yang belum makan (makanan), lalu ia kencing di pakaian Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam, lalu Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam miminta air kemudian memercikannya diatas pakaian itu dan tidak mencucinya. (HR Jama’ah, Nailur Authar hadist no. 30).

2 – ( وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { بَوْلُ الْغُلَامِ الرَّضِيعِ يُنْضَحُ وَبَوْلُ الْجَارِيَةِ يُغْسَلُ} قَالَ قَتَادَةَ : وَهَذَا مَا لَمْ يُطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ : حَدِيثٌ حَسَنٌ ) .

Dari ‘Ali bin abi Thalib, bahwa Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: kencing anak laki-laki yang masih menyusui, cukup di perciki (air), dan kencing anak perempuan harus dicuci. Qatadah berkata : Dani ini selama mereka belum makan (makanan) maka kalau mereka sudah makan, harus dicuci, baik laki-laki maupun perempuan. (HR ahmad dan at-Tirmidzy, dan berkata at-Tirmidzy, hadist ini Hasan, Nailur Authar hadist no. 31)

Maaf bab agama saya memang bukan Ahli, tapi saya belum jumpa hadith yg mengatakan menyusukan anak sepenuhnya 2 tahun....kalau ada sila terangkan kpd saya. 

Huraian seterusnya, 
5) cara pemberian yang safe, adequate & appropriate... nak cerita panjang memang saya tak larat dah nak type. So, saya nasihatkan jumpa pakar kanak2 @ pakar pemakanan dalam soal makanan tambahan supaya anda lebih jelas. 

Saya mohon ampun & maaf jika ada yg tersinggung membaca post ini. Saya perlu menerangkan utk kebaikan bersama. Yang baik segalanya dr Allah swt. Saya hanya manusia biasa yg ada dosa pahala. Sekian.

Begitulah panjang lebar huraian pakar ini...InsyaAllah kita sama-sama menyampaikan ilmu kepada yang lain. Hak anak itu sememangnya susu ibu. Namun kita perlu ingat bahawa susu ibu membekalkan 70% keperluan tenaga bagi bayi berumur 6-8 bulan..55% keperluan tenaga bagi bayi berumur 9-11 bulan dan hanya 40% keperluan tenaga bagi bayi berumur 12-24 bulan...

Maka, mengapa kita menafikan keperluan anak?
Fikir-fikirkanlah...

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana My
Kaunselor Laktasi
013-2892820

#sayajual
#AltamisHabbatusSauda
#BreastpumpEveLove
#Cookies
#DiaperCake

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...