Tinta Inspirasi adalah sebuah platform untuk penulis berkongsi kemanisan hidup dengan perkara-perkara yang dicintainya.. PENYUSUAN, PENULISAN, SENI LUKIS, MENGGENDONG ANAK, SENIBINA serta KEKELUARGAAN seakan sudah sebati dalam diri penulis. Perkongsian ini adalah untuk semua.
Isnin, 1 Ogos 2022
Jurnal Penulisan Ogos
Minggu Penyusuan Susu Ibu 2022
Hari ini bermulanya bulan baharu di tahun 2022 iaitu bulan Ogos.
Ini juga bermakna minggu ini (1-7 Ogos 2022) merupakan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia.
Tema WBW (World Breastfeeding Week) pada tahun 2022 ini adalah "STEP UP FOR BREASTFEEDING : EDUCATE & SUPPORT"
Jom semua, berikan sokongan kalian kepada semua ibu menyusu tidak kiralah ibu menyusu berkerjaya ataupun suri rumahtangga.
Sesungguhnya kalian semua hebat!
Sayang selalu,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
Selasa, 7 Ogos 2018
Inspirasi Positif
Jom mulakan hari dengan INSPIRASI POSITIF
.
Ibu menyusu, waktu awal pagi SEBELUM MULAKAN KERJA adalah waktu terbaik untuk memerah susu.
Waktu ini kan ibu belum stress menghadap kerja kan kan kan.
.
Jom kita
.
#BreastfeedingMom
#NHH1y4m
#MamaYush_Qasehgold
Isnin, 19 Mac 2018
Dari Masalah Menjadi Kelegaan!
.
.
Adakala yus rasa terkilan dengan alasan ibu-ibu yang banyak membuat alasan untuk cepat give up dalam penyusuan. Antaranya "bayi saya menolak payudara saya dan saya berasa stress" , "bayi saya lebih kenyang dengan susu formula dan tidur lebih lama" , "saya bekerja..susah nak angkut pam dan mengepam di tempat kerja"
.
Tahukah ibu bahawa semua itu hanya sebuah alasan?
"Alaaaaa....kau berjaya menyusukan boleh la cakap senanggg..kau tak hadapi apa yang kami hadapi bolehlah cakappp.."
.
Bukan begitu ibu..ibu nak tahu tak..kebanyakan ibu yang berjaya menyusukan bayi sehingga 2 tahun dan lebih terdiri daripada ibu-ibu yang pernah gagal dalam penyusuan sebelum ini. Ataupun ibu yang menghadapi masalah sepanjang proses penyusuan bayi.
.
Dari masalah itulah mereka berjaya..ya ini serius!
Menyusu bukan terus berjaya tanpa usaha..
Menyusu perlukan usaha dan sokongan padu dari orang sekeliling.
Menyusu adalah usaha diselangi dengan D.U.I.T.
DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL.
Jadikan ia lebih POSITIF, maka pasti hasilnya POSITIF.
Tukarkan segala yang NEGATIF kepada POSITIF.
Bukankah hormon susu ibu ini bergantung kepada emosi ibu? Ibu positif akan sentiasa gembira...bila gembira, maka terhasillah susu yang terbaik 👍👍👍
.
Jom share dan sayangi ibu menyusu.
Salam sayang,
@Yusnorsyazana Mohd Yunos
#Mama_SusuIbu
Jumaat, 16 Mac 2018
Ilmu Wajib diketahui tentang Bayi Kuning
.
Ibu-ibu baru bersalin atau ibu yang sedang mengandung, ia ilmu yang WAJIB diambil tahu..
.
Buka mata buka hati..
.
Yunsorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
#Mama_SusuIbu
Rabu, 14 Mac 2018
Konsep Penyusuan Yang Betul
===
"Selama ni x betul ke saya buat ya?..apa yang perlu dibetulkan?"
Penyusuan ini melibatkan kedua ibu dan bayi, apa yang bayi perlukan itulah yang ibu perlu hasilkan. X perlu sibuk untuk memerah dengan konsisten (jika ibu hanya suri rumah dan x bekerja setah 60/90 hari bercuti) X perlu semua itu..
Bila ibu perlu memerah (dalam pantang)?
1) Apabila ibu dan bayi berada berjauhan (cth : bayi ditahan di wad selepas kelahiran dan ibu berada dirumah)
2) Perah selepas sesi menyusukan bayi bertujuan untuk mengosongkan payudara untuk penghasilan susu baru
3) Perahlah apabila bayi suka tidur dan tidak bangun dalam satu jangka masa yang lama.
4) Bayi menolak payudara ibu apabila disua (tak banyak kes begini ttapi ada kebarangkalian ia berlaku atas sebab bayi keliru puting dan sebab2 lain)
Faham ya?
Bukan suka perah perah dan perah..FOKUSKAN KEPERLUAN BAYI TERLEBIH DAHULU selebihnya itu rezeki untuk simpanan sekembali bekerja nanti.
Selamat menyusukan ya ibu-ibu.
Salam sayang,
#Mama_SusuIbu
Inspirasi Penyusuan Susu Ibu
Isnin, 12 Mac 2018
Dilema Ibu Bekerjaya Lepas Naik Cuti
.
Ya..apa yang terjadi di dalam urusan pentadbiran sememangnya tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan kepada ibu untuk terus menyusukan bayi.
.
Apa yang ibu harus lakukan adalah :-
1) cari kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di kawasan berhampiran atau online (sekarang ni banyak betul whatsapp group sokongan ibu menyusu)
2) susun kembali jadual pemerahan susu ibu sepanjang waktu bekerja
3) menjaga emosi ibu supaya kekal positive (ok ni yus akui ia agak sukar tetapi ia boleh dilakukan dengan sedikit latihan berterusan)
4) buat perkara yang ibu suka lakukan (contohnya ibu suka kerja sambil menyanyi dan ia membuatkan ibu gembira sepanjang kerja, teruskan perasaan gembira itu)
5) Keep positive.. keep positive..keep positive
Diiringi dengan D.U.I.T sebagai KUNCI KEJAYAAN.
D - Doa
U - usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal
PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...
-
"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...
-
Assalamualaikum salam pagi isnin yang Indah mommies semua.. Mulakan hari dengan sarapan yang sihat untuk bekalan tenaga sepanjang hari....
-
Hari ini hari khamis bersamaan 5 Januari 2023. Hari bekerja terakhir dalam minggu ini bagi kami yang berada di negeri A (Johor, Kelantan, Te...


