Rabu, 8 Mac 2017

TIPS SUSU IBU : Bersihkan Puting Sewaktu Mengandung

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum..
Lama yus tidak bersiaran. Alhamdulillah..Kini kandungan sudah menjangkau 35 minggu. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi menanti kelahiran ahli keluarga baru.

Wah!Teruja sungguh!
Setelah 6 bulan tidak menyusukan Hayyan sewaktu di awal kehamilan (waktu itu Hayyan menyusu sehingga 2 tahun 6 bulan). Kini yus sedang bersedia untuk baby ke-3 ini.InsyaAllah.

Mommies semua pasti pernah alami puting sakit-sakit sewaktu mengandung. Puting kering dan merekah. Apa yang menyebabkan puting mommies sedemikian?

Sewaktu mommies mengandung, hormon prolaktin dan oxytocin masih belum berfungsi dengan sempurna. Kerana itu, mommies masih belum ada susu yang banyak. Hanya titisan-titisan jernih berupa kolustrum (tidak rasmi) dan rasanya yang masin yang akan keluar dari puting mommies.

Untuk mengelakkan daripada puting mommies luka dan sakit, mommies boleh membersihkan dengan air bersih @ air suam sewaktu mandi dengan jari kita dibalut dengan kain bersih. Apabila 'kerak-kerak' susu yang keluar tersebut tiada, mommies akan berasa lebih selesa.

Cubalah.
Yus harap tips ini dapat membantu mommies berasa selesa sepanjang waktu kehamilan ini.. 😍😍😍

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013 2892 820
http://sifususuibu.blogspot.my

Ahad, 26 Februari 2017

HEBAHAN : KURSUS RAKAN PEMBIMBING PENYUSUAN SUSU IBU

*KURSUS RAKAN PEMBIMBING PENYUSUAN SUSU IBU (Peer Counselor)*

👩 Anda seorang ibu yang belum berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya & ingin menambah ilmu buat anak anak di masa akan datang?

👩 Anda seorang ibu yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu & berhasrat membantu ibu ibu lain dengan ilmu yang sahih lagi tepat fakta?

👩 Anda seorang bakal ibu yang mahu mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan demi cahayamata yang bakal dilahirkan & mahu berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan?

💟 Mari bergabung tenaga & sertai kami untuk menjadi sukarelawan rakan pembimbing penyusuan susu ibu (Breastfeeding Peer Counselor)!

💟 Tenaga pengajar & sijil pengiktirafan daripada Pusat Laktasi Kebangsaan Malaysia (NLC).

💟 Pilihan untuk menyertai Group PC & LC Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) di bawah satu bumbung.

💟 Syarat wajib untuk menjadi Lactation Counselor (LC) adalah bermula daripada pengambilan Kursus Peer Counselor (PC) ini yang memerlukan 20 jam kredit pembelajaran secara teori & amali.

Jangan terlambat. Daftarlah hari ini!

.

♻ Terhad 20 orang peserta sahaja.

✏ Tarikh : 11 & 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
✏ Masa : 8 pagi - 6 petang
✏ Tempat : Hotel Grand Paragon JB
✏ Yuran penyertaan : RM 420/seorang

Maklumat lanjut, hubungi :
👉 SN Jannah  013-354 5398
👉 Madam Lorraine  016-773 9114
👉 Puan Khadijah  011-2899 0736

⚠ Tarikh tutup pendaftaran : 5 Mac 2017

♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo

Siapa cepat, konfem tempat!👍

Ilmu Penyusuan dari Awal Kehamilan

Penyusuan Susu Ibu lebih mudah dengan Ilmu seawal kehamilan.
=========
Ya. Sewaktu kita tahu bahawa kita telah hamil, seharusnya antara perkara terawal yang perlu kita lakukan adalah dengan menghadiri kelas-kelas antenatal dan juga pembacaan berkenaan dengan cara dan pemakanan ibu hamil.

Setelah perkara-perkara asas tersebut telah kita gali sedikit demi sedikit, kita beralih kepada perkara-perkara yang sedikit serius (kaedah bersalin dengan baik, pemakanan sihat sewaktu hamil, dan lain-lain)

Namun begitu, ramai di antara ibu hamil ini TERLUPA berkenaan dengan PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS KELAHIRAN. Ramai ibu yang beranggapan bahawa susu ibu 'automatik' akan keluar sejurus selepas kelahiran bayi. Dan ada juga sesetengah ibu yang beranggapan susu ibu akan keluar seperti air paip sejurus selepas kelahiran. Dan akhirnya bayi tersebut diberikan dengan susu formula seawal 1 jam kelahiran! Allahuakbar..

Sebenarnya, saiz perut bayi adalah membesar mengikut keperluannya. Saiz perut bayi yang baru lahir hanya SEBESAR KACANG sahaja dan membesar mengikut keperluan susu ibu yang diberi kepada mereka.

Untuk info lanjut berkenaan saiz perut bayi, boleh klik sini.
http://sifususuibu.blogspot.my/2014/04/saiz-perut-bayi-baru-lahir.html

Jom ibu-ibu sekalian, gali lah ilmu penyusuan sebelum kelahiran bayi kalian. Sesungguhnya penyusuan susu ibu ini sangat membahagiakan (walaupun akan ada cabaran-cabaran yang akan timbul sepanjang tempoh 2 tahun penyusuan)

InsyaAllah..we can do it!

#SifuSusuIbu
#SusuIbu
#KaunselorLaktasi

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
http://sifususuibu.blogspot.my
Email : yusyazana@gmail.com

Selasa, 23 Ogos 2016

Debaran Terkini Seorang Ibu

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum sahabat sekalian. Lama sudah rasanya tidak bertinta. Maafkan kekhilafan yus yang berada di dalam keadaan yang kurang bersedia. Alhamdulillah hari ini dijentik hati dan perasaan untuk berkongsi sesuatu bersama kalian.

Mesti tertanya-tanya kenapa tajuk post ni macam lain macam sahaja kan?

Syukur Alhamdulillah...diberi keizinan dan peluang untuk membawa seorang lagi 'insan' di dalam rahim ini..AllahuRabbi..

Dahulu..Disember 2011,

MUHAMMAD HASIF lahir dengan kaedah normal (berat 3.8kg) namun begitu, mempunyai komplikasi sewaktu kelahiran..mungkin disebabkan oleh berat yang terlampau besar dan hampir kekurangan oksigen. Maka Hasif ditempatkan di dalam NICU selama 4 hari..
Alhamdulillah...kini Hasif membesar dengan sihat dan ceria  dengan PENYUSUAN SUSU IBU selama 2 tahun..

Terima kasih ya Allah..

April 2014 pula,


Lahir MUHAMMAD HAYYAN dengan kaedah ceaserean (berat 3.5kg) kerana kepala bayi tidak setentang di alur rahim. Alhamdulillah mama menerima dengan hati terbuka walaupun perasaan sewaktu tu sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah syukur..Hayyan dapat menyusu sehingga umurnya 2 tahun 6 bulan (kerana mama x larat lagi nak menanggung sakit belakang lebih-lebih lagi di awal kehamilan)

kini yus menanti debaran buat kali ketiga..Doakan agar proses kehamilan sehingga penyusuan nanti berjalan lancar..Aminnnn Ya Rabbal Alamin..

Salam sayang penuh cinta,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013 289 2820

==========================================
https://www.facebook.com/inspirasisusuibu
http://cutiecolour.shoppy.my






Peranan BAPA/SUAMI dalam Penyusuan Susu Ibu

FAKTA : Kajian mendapati 98% kejayaan penyusuan bergantung kepada sokongan bapa/suami
Apa yang bapa boleh bantu:
♥️Support pasangan anda kerana sokongan suami adalah motivasi terbaik buat ibu menyusu.
♥️Bantu ibu untuk menguruskan kelengkapan bayi semasa tempoh berpantang.
♥️Belikan pam susu yang dapat menampung keperluan si ibu

Isnin, 13 Jun 2016

9 TIPS Merangsang Let Down Reflex (LDR)

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum ibu-ibu gojes yang menyusu dan bapa-bapa yang hebat menyokong penyusuan susu ibu :)

Entry kali ini yus ingin kongsikan bersama semua pembaca mengenai bagaimana untuk MERANGSANG REFLEKS EJEKSI SUSU (MER) atau dikenali dengan LET DOWN REFLEX (LDR) di kalangan ibu. Penting ke MER @ LDR ini?

Apabila ibu memerah susu terutama memerah dengan menggunakan tangan atau pam, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi sebegini adakalanya menjejaskan MER. Terdapat banyak cara yang dicuba oleh ibu-ibu bagi mendapatkan MER yang lebih berkesan semasa sesi pemerahan berlangsung. Betul kan?

Sebenarnya, MER ini boleh dirangsang secara FIZIKAL dan PSIKOLOGI. Gabungan di antara kedua kaedah ini lebih berkesan bagi mendapatkan MER. Antara kaedah terperinci adalah seperti di bawah :-

1.   Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang boleh membantutkan FOKUS ibu untuk memerah susu
  • Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan bahawa MER lebih mudah diperoleh sekiranya mereka memerah di tempat yang sama setiap kali.
  • Persekitaran yang biasa dengan ibu membantu ibu memerah dengan lebih tenang
  • Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Contohnya ibu membuka zip beg alatan menyusu pun boleh mencetuskan MER kerana ia merupakan rutin untuk memerah susu.
2. PADAM TELEFON BIMBIT ataupun KUNCI PINTU bagi mendapatkan ketenangan dan privasi
  • Segala lkeperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya ibu lebih mudah untuk mencapainya semasa sesi memerah
3. Tekapkan tuala basah dan URUT PAYUDARA bagi 'mengejutkannya' supaya 'bekerja'. Ibu juga digalakkan untuk menggentel puting payudara bagi lebih rangsangan MER dengan cepat

4. TARIK NAFAS dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang NYAMAN dan TENANG. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun mahupun sungai yang mengalir tenang.

5. Bagi yang beragama ISLAM, bacaan ayat suci AL-QURAN daripada qari terkenal dapat dipasang untuk memberikan ketenangan.

6. Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang MUZIK LATAR yang disukai ataupun mendengarkan bunyi-bunyian alam semulajadi.
  • Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi yang canggih, bukan sahaja gambar, namun Video dan suara bayi juga boleh ditonton dan didengar melalui telefon bimbit bila-bila masa sahaja
  • Sesetengah ibu berasa terangsang apabila mencium bau baju atau selimut bayi
7. BAYANGkan bayi berada dekat dengan ibu bagi membantu merangsang MER 

8. Buat URUTAN BELAKANG BADAN yang boleh membantu kelenjar-kelenjar susu 'bekerja' dengan lebih lancar (seperti gambar di bawah)

             
9. Sambil memerah, ibu boleh mengambil makanan yang merangsang kegembiraan seperti coklat, buah-buah dll yang boleh membuatkan ibu merasa HAPPY!

InsyaAllah yus akan kongsikan lagi tips penyusuan di entry akan datang. Jom LIKE PAGE Inspirasi Penyusuan Susu Ibu di Facebook ya.. ^_^

Selamat mencuba!

Salam sayang penyusuan susu ibu,
Sifu Susu Ibu anda
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda

credit to Dr. Faridah Idris (Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu)

Cara 'hijack' lemak ibu kepada Bayi

Inspirasi Penyusuan Susu Ibu's photo.
TIPS IBU MENYUSU
================
Cara untuk 'hijack' lemak ibu TRANSFER kepada bayi ialah:

> Kerapkan kehadiran LDR ketika pam atau menyusu
> Makanan dikunyah HALUS supaya khasiat tadi dapat menyerap sepenuhnya menjadi daging (bukan lemak terpendam).
> Pam atau menyusu setiap 3 jam (pastikan wujud LDR beberapa kali setiap sesi)

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...