Isnin, 8 September 2014

Stress vs Penyusuan

Assalamualaik..

Apabila kita berada di dalam satu situasi yang memerlukan penumpuan terhadap sesuatu perkara itu melebihi daripada rutin seharian sebagai ibu, sudah pastinya akan menjejaskan tahap kesihatan serta mental si ibu..

Adakah anda tahu bahawa stress yang keterlaluan boleh MENJEJASKAN PENGHASILAN SUSU IBU?

Bagaimana stress mempengaruhi penyusuan susu ibu?

Stress boleh merencatkan hormon oksitoksin dan melambatkan refleksi pancutan susu. Apabila stress menguasai diri si ibu, maka hormon oksitoksin terencat dan susu sukar dikeluarkan daripada payudara walaupun payudara ibu kelihatan sudah membengkak.

Walau bagaimanapun, penyusuan masih dapat diteruskan. Di sini, sebagai terapi stress, si ibu boleh mewujudkan suasana yang tenang dan gembira di waktu menyusukan anak samada secara terus mahupun mengepam walaupun diasak dengan pelbagai tekanan di tempat kerja mahupun sekeliling.

Kaedah menangani tekanan :-

  • Mendekatkan diri kepada yang Maha Esa
  • Rehatkan fizikal dan minda
  • Tulis ke atas kertas apa yang sedang difikirkan
  • Cari masa untuk diri sendiri
  • Melakukan aktiviti fizikal
  • Berkongsi rasa dengan rakan
  • Tetapkan matlamat yang realistik
  • Rancang masa dengan baik
  • Jaga waktu makan dan tidur
  • Dapatkan bantuan sekiranya perlu 
(sumber : Anak Hebat dengan Susu Ibu)

InsyaAllah...sentiasa tenang dan positif..Pastinya segala permasalahan dapat ditangani dengan baik..


pic : Hasil pada hari ini..Sesungguhnya saya sedang stress (kerja yang melampau2 namun ada masa untuk update blog) hihi (sbb itu lah terapi yang baik- berkongsi ilmu)..tp dengan mengamalkan sedikit kaedah yang tertera di atas, Alhamdulillah masih ada rezeki Hayyan...walaupun tidak mencapai piawaian hari2 yang lain..

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Ahad, 7 September 2014

Cara Hasilkan Lebih Banyak Susu

Assalamualaikum..
Perkongsian kali ini adalah CARA-CARA UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Kebanyakan masaah susu yang tidak mencukupi adalah berpunca daripada kaedah kita menguruskan susu yang kurang berkesan. ramai ibuyang mengeluh dan selalu bertanya kepada yus mengapa susu mereka menjadi berkurang dan akhirnya semakin kering. Sebagai seorang Kaunselor Laktasi, yus berusaha untuk membantu ibu-ibu di luar sana untuk memahami mengapa kejadian ini berlaku. Antara sebab yang dikenalpasti adalah :-

  • Menyusu mengikut jadual yang tetap tanpa mengkaji keperluan bayi
  • Tidak mengosongkan payudara dengan sebaiknya
  • Anak kurang bangun menyusu pada waktu malam
Itu di antara sebab mengapa si ibu kurang menghasilkan susu.
Pastinya ibu-ibu yang comel sekalian mahu ingin melihat susu yang lebih banyak kan? Mudah sahaja caranya..Jom kita ungkai satu per satu..

1. PEMERHATIAN TERHADAP CARA PENYUSUAN
  • Posisi dan cara lekapan bayi perlu berada di dalam keadaan yang betul. Pelekapan yang betul adalah penting bagi mengeluarkan susu dengan lebih efisien. 
  • Sekiranya bayi kelihatan sukar melekap dengan betul, perhatikan mulutnya samada lidahnya keluar melebihi dari gusi bawahnya
  • Perhatikan kewujudan membran yang menghubungkan lidah bayi dan bawah mulut sekiranya bayi mempunyai lidah pendek (tongue tie)
2. PENYUSUAN DENGAN LEBIH KERAP
  • Tidak menyusukan anak dengan kerap merupakan salah satu punca utama susu mula berkurangan
  • Jangan melebihi dua atau tiga jam antara dua sesi penyusuan
  • Pada waktu malam, tempoh antara dua sesi penyusuan mestilah tidak melebihi empat hingga lina jam
  • Jangan bimbang sekiranya bayi mahu minum dengan lebih kerap terutamanya pada hari-hari awal kelahirannya. Ini bermakna lebih isyarat akan dihantar kepada badan supaya menghasilkan lebih banyak susu
3. MENGOSONGKAN PAYUDARA SETIAP KALI SELEPAS SESI PENYUSUAN
  • Pengeluaran air susu dengan efektif daripada payudara adalah amat penting bagi memberi isyarat kepada badan supaya terus menghasilkan susu.
  • Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) adalah bahan perencat kepada penghasilan susu. Protein ini banyak terkumpul di dalam payudara yang penuh dan tidak dikosongkan.
  • Mengosongkan payudara selepas setiap kali sesi penyusuan adalah satu cara yang paling berkesan untuk penghasilan susu yang baru yang lebih baik
  • Memerah selepas sejam sesi penyusuan dapat mengumpulkan lebih banyak susu. Ini kerana, penghasilan susu berada pada tahap tertinggi pada waktu itu.
4. MENGURUT PAYUDARA
  • Mengurut payudara dapat memberikan stimulasi yang hebat kepada payudara bagi menghasilkan susu
  • Cara mengurut payudara mungkin berbeza mengikut budaya dan kebiasaan bagi seorang ibu
  • Apa yang penting, perlu dipastikan bahawa kaedah mengurut itu tidak mencederakan tisu payudara.
5. SENTUHAN DAN TUAMAN SUAM
  • Sentuhan rangsangan pada puting ibu dapat menggalakkan refleks ejeksi susu dan lebih banyak susu dapat dikeluarkan daripada payudara
  • Tuaman suam dengan menggunakan tuala basah yang suam adalah baik untuk merangsang payudara sebelum menyusukan anak ataupun sebelum memerah.
  • Tuaman suam ini dapat membantu untuk melancarkan pengaliran air susu ibu.
6. BERDOA DAN BERSEDEKAH
  • Penghasilan susu ibu berkait rapat dengan rezeki si ibu. Apa pun, Hanya DIA yang mengetahui segalanya termasuk rezeki si ibu. 
  • Berdoalah dengan kerap supada Allah terus memberikan rezeki kepada ibu dalam bentuk penghasilan susu yang tidak putus-putus.
  • Banyakkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah..Perbuatan yang baik akan sentiasa diserap ke dalam nilai positif si anak dan masyarakat sekeliling.
Apa pun caranya, ibu-ibu perlu ingat bahawa APABILA PAYUDARA YANG SENTIASA DIKOSONGKAN SELEPAS SESI PENYUSUAN, PROSES PENGHASILAN SUSU KEMBALI TINGGI. InsyaAllah!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Selasa, 2 September 2014

Payudara Bengkak

Assalamualaikum...
Lama sudah tidak menulis tentang passion penyusuan susu ibu kan..
Kali ni yus nak berkongsi tentang Bengkak Payudara.

Apa BEZA Payudara penuh ataupun Payudara Bengkak?

Sekiranya kita perhatikan, Ramai ibu yang beranggapan bahawa PAYUDARA YANG PENUH dan KELIHATAN BERAT ADALAH BAIK.
Itu Benar atau Mitos?

Sebenarnya, Ibu perlu tahu bahawa pada peringkat awal susu bertambah banyak, payudara akan bertambah besar dan penuh. Itu adalah perkara NORMAL yang biasa terjadi. Namun begitu, BEZA nya PAYUDARA PENUH dan PAYUDARA BENGKAK ini adalah Payudara yang bengkak akan menunjukkan tanda-tanda yang lebih serius seperti gejala di bawah :-


  • Bengkak payudara akan datang dengan kesakitan yang sedikit teruk dan kadang kala memerlukan ubat penahan sakit berbanding dengan payudara penuh.
  • Suhu payudara yang bengkak akan berasa PANAS
  • Kulit payudara yang bengkak akan kelihatan lebih teganag, terik dan berkilat.
  • Payudara yang bengkak kadangkala akan berasa berketul-ketul. Areola pula akan terasa lebih keras seperti hidung, dan tidak lembut seperti cuping telinga. 
  • Payudara yang bengkak akan menyebabkan PUTING SUSU TENGGELAM. Ia menyukarkan bayi melekap dan mengosongkan payudara dengan berkesan, 
Oleh itu, payudara yang bengkak akan berasa masih bengkak walaupun SELEPAS BAYI MENYUSU.

Apa yang perlu dibuat sekiranya Ibu MENGALAMI BENGKAK PAYUDARA?

  • Penyusuan yang KERAP bagi bengkak yang tidak serius
  • Tuam dengan menggunakan Air suam /tuala panas / mandi dengan air panas selama 5 minit
  • Urutkan bahagian ketulan bengkak itu secara perlahan-lahan.
  • Lakukan sedikit TEKANAN PADA AREOLA ataupun reverse pressure softening bagi melembutkan payudara. (Lakukan ia setiap kali sebelum bayi melekap ke payudara)
  • Penggunaan BREAST SHELL
  • Memerah susu daripada payudara SEHARI SEKALI sekiranya perlu 
  • melakukan tuaman sejuk antara sesi penyusuan 
  • Pemakaian BRA MENYUSU yang bersesuaian
InsyaAllah yus akan kongsikan lagi tentang permasalahan yang sering didapati bagi Ibu-ibu meyusu..

Ingat!
Menyusu Itu Mudah dengan Ilmu...InsyaAllah!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820
yusyazana@gmail.com




Selasa, 12 Ogos 2014

Tips Penyimpanan Susu Ibu Perahan di Pejabat

[PENYUSUAN SUSU IBU]
Tips Penyimpanan Susu Ibu Perahan

Rakan2 ibu menyusu yang yus kasihi dan sayangi, kali ini yus nak kongsikan cara penyimpanan susu ibu perahan ketika di pejabat.

Perkongsian Ini adalah untuk kes pejabat yangTIDAK mempunyai peti sejuk ya.. (seperti kes yus)


Keperluan yang perlu disediakan adalah:-
  • Cooler bag
  • Icepack (bergantung kepada bilangan dan kapasiti cooler bag) yus guna icepack yang besar untuk susu sentiasa sejuk.
  • Sehelai Kain lampin (ada ruang udara dan lebih tebal berbanding kain biasa)
  • Plastik simpanan susu ibu perahan
Cara Penyimpanan Mengikut Nombor:-
  1. Icepack diletakkan di bahagian bawah sekali di dalam cooler bag
  2. Susu Ibu perahan yang telah dilabel diletakkan di bahagian atas icepack
  3. Sehelai kain lampin diletakkan di bahagian atas 
  4. Boleh letakkan pam 
  5. Sila pastikan beg bahagian bawah ditutup ya!
Yus buat begini untuk memastikan susu ibu perahan tu sentiasa berada di dalam keadaan sejuk..
Sewaktu raya baru-baru ini, yus bawa balik susu ibu perahan ke Kluang (perjalanan dari Teluk Intan Perak dan singgah di Kelana Jaya) 10.00 pagi - 8.00 malam...Alhamdulillah susu masih dalam keadaan beku...Tapi DENGAN SYARAT kene balut dengan kain tebal2 sikit untuk pastikan tiada haba luar boleh masuk ke dalam cooler bag tersebut..

Selamat mencuba!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820



Breastpump Eve Love : Model LILY


STOK SUSU MERUNDUM?
LENGUH GUNA PUMP MANUAL ATAU PERAH TANGAN?
IBU MAHU JIMATKAN MASA PUMP SAMBIL BEKERJA?

Mommies tercari-cari breastpump double elektrik yang MURAH BERBALOI-BALOI serta TIDAK MENYAKITKAN?
Kuasa sedutan sehingga 4level, boleh pump di mana sahaja, TIADA LAGI BACK FLOW kerana BREASTPUMP EVE LOVE LILY mempunyai sistem antibackflow didalam motor pump dan aksesori tambahan. Jaminan diberikan dengan pulangan wang!
------------------------------------------------------------------------
EVE LOVE LILY BREASTPUMP!
ITEM INCLUDE:
-1 SET LILY BREASTPUMP
PERCUMA
1. 6+2 EVE LOVE STORAGE BOTTLES
2. NURSING BUSTIER (STANDARD SIZE)
3. BATERI CASE & ADAPTOR
4. 2 IN 1 EVE LOVE COOLER BAG (BOLEH SIMPAN PUMP+ICE BRICK+BOTOL+AKSESORI)
5. 1 BOX OF STORAGE BAGS (25PCS)
6. 1 BOXOF ICE BRICKS
7. EXTRA 4 FLAP (FLAP KEPADA MEMBRANE)
8. 1 BOTTLE ADAPATOR (BOLEH PAKAI STORAGE BOTTLE STANDARD/WIDE NECK)

SEMUA ITEM DI ATAS PADA HARGA MAMPU MILIK RM499 SAHAJA.


Call/SMS/Whatsapp 
Yusnorsyazana
013-2892820
013-2892820
013-2892820

Nursing Bra Eve Love


BRA MENYUSU SECANTIK BRA LA SENZA KINI PADA HARGA RM100/3HELAI!





KUALITI YANG SELESA, SAIZ YANG PELBAGAI DAN MEMUDAHKAN IBU-IBU UNTUK MENYUSU SERTA PUMP DI MANA SAHAJA.

Kualiti serta design secantik La Senza ini mesti dimiliki oleh semua mommies.

Jenis kain : Cotton dan lace
Ada Dawai untuk sokongan maksima
Tali lebar untuk sokongan maksima
4 Design menarik: Leopard, Turqoise Lace, Pink Lace dan Red Lace.

Harga sebenar ialah RM69.90.
Cepat beli harga promosi RM100 untuk 3 helai.

Hubungi kami SEKARANG!

SEMENTARA STOK MASIH ADA!!


Call/SMS/Whatsapp 
Yusnorsyazana
013-2892820
013-2892820

013-2892820

Khamis, 7 Ogos 2014

Jadual Mengepam saya! ^_^

[PENYUSUAN SUSU IBU]
Jadual Mengepam 

Pernah ada yang bertanya tentang jadual mengepam yus di waktu bekerja...
Jom yus kongsikan jadual mengepam yus ya!
Oh ya...yus mengepam di pejabat saja (guna nursing poncho) dan kedua2 tangan membuat kerja..

Bangun pagi - direct feeding hayyan
Sebelum pergi kerja - marmet utk fresh stock hayyan sesi pagi
8.00 pagi (sampai opis) - pam
11.00 pagi (sekiranya tiada meeting) atau 1.00 tghri - pam (buat power pumping sekiranya sempat)
4.00 ptg - pam
5.45 ptg sehingga pagi esoknya - direct feeding hayyan

Begitulah yang yus amalkan...
Pam untuk keperluan hayyan dan hamizi...
Untuk 2 anak syurga..InsyaAllah!

Anda bolehlah mengepam mengikut jadual dan keperluan anak anda ya! Jangan terlalu stress untuk mengambil masa di waktu mengepam...

Gambar: sesi 1 (8.00 pg hari ini) - 12 1/2 oz...syukurrr Alhamdulillah.

Salam sayang penuh cinta untuk ibu-ibu semua!

Yusnorsyazana 
Kaunselor Laktasi
013-2892820

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...