Ahad, 9 Februari 2014

Permasalahan Penyusuan : Puting tenggelam dan Cara Penyelesaiannya

Assalamualaikum...

Pagi tadi puas dan seronok berborak dengan rakan sekuliah dan sekampus dulu di UTM tentang permasalahan penyusuan dan perkongsian penyusuan bersama beliau. Banyak yang dapat dikongsikan..Alhamdulillah..bahagia terasa, senyum sampai ke telinga...hehehe..

Dalam pada tu, ada juga diselitkan tentang permasalahan kawan2 nya yang lain.

".ak ad kwn yg puting buta mmg x bg susu bdn terus pakai fm dan kwn yg ak nk jumpa ni die pon ad puting buta tp dia pam selama setahun bg anak dia susu bdn."

Ok...kali ni kita berbincang tentang puting buta ataupun lebih mudah dikenali sebagai puting tenggelam (inverted nipple). Namun begitu, perkongsian kali ni boleh juga dipraktikkan untuk puting rata a.k.a. flat nipple.

Apa itu inverted nipple? Flat nipple? Macam mana pula rupa bentuknya?hihi..Ok..begini bentuknya ye kawan2...

Sumber : Medela

Kebiasaannya ramai ibu yang give up apabila mengalami keadaan seperti di atas. Kenapa situasi ini berlaku ya?
Ya..Ini disebabkan ilmu penyusuan tentang perkara ini masih belum tersebar luas. Maka, situasi seperti keadaan di atas terjadi > pemberian susu formula pada usia anak yang masih kemerahan. Allahuakbar.. Sebenarnya pelekapan anak semasa menyusu BUKAN DI PUTING tetapi merangkumi KESELURUHAN AEROLA (tompok hitam). Namun begitu, penyusuan secara kerap dapat membantu pengeluaran puting ibu juga kerana ia memberi peluang kepada bayi untuk membantu si ibu menarik puting payudara anda keluar secara SEMULAJADI. Selain itu, si manja juga dapat belajar untuk melekap dengan lebih baik! 

Harapnya dengan perkongsian entry yus kali ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk terus menyusukan si manja anda tanpa rasa putus asa kerana tiada jalan penyelesaian sekiranya kita tidak berusaha. Betul tak? hehe..

Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk menyusukan si manja anda walaupun berkeadaan seperti di atas iaitu :-

Kaedah #1 : Kaedah hoffmann


  • Letakkan ibu jari di atas puting
  • Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda (Dengan itu, anda telah melakukan regangan terhadap puting payudara dan melonggarkannya, jadi puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar)
  • Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima (5) kali sehari.
Kaedah #2 : Tarik puting ketika pelekapan
  • Ketika menyusukan si manja anda dengan menyokong payudara anda menggunakan kaedah 'C' iaitu ibu jari di bahagian atas payudara dan 4 jari yang lain di bahagian bawah.
  • Tarik dari tisu payudara anda ke dinding dada untuk membantunya keluar menonjol.
Kaedah #3 : Merangsang Puting
  • Jika puting boleh digenggam, anda boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama 1-2 minit. 
  • Kemudian, anda membuat rangsangan terhadap puting tersebut dengan meletakkan (hanya sebentar saja) tuala sejuk/ lembap atau yang dibalut ais.
    • (Elakkan penggunaan ais pada masa yang lama kerana ia akan menganggu pengaliran susu ibu)
Kaedah #4 : Niplettes / Supple cups

Sumber : Avent

atau dengan menggunakan syringe (picagari) yang boleh dibeli di farmasi (seperti gambar di bawah)


  • Alat ini adalah untuk membantu untuk mengeluarkan puting payudara dengan menyedutnya secara sekata.
  • Ia memberi pemulihan yang kekal terhadap puting yang tenggelam. Namun begitu, bagi ibu-ibu yang baru sahaja mahu memulakannya, ia adalah satu proses yang agak menyakitkan.
Kaedah #5 : Pam payudara (Breastpump)
  • Pam payuraya yang digunakan sebelum penyusuan susu ibu boleh membantu pelekapan yang lebih mudah kepada si manja anda.
  • Menggunakan pam payudara sejurus selepas menyusukan si manja anda boleh membantu untuk mengekalkan kedudukan puting payudara terus berada di luar (menonjol)
Kaedah #6 : Nipple shield
  • Ini merupakan alternatif terakhir bagi anda yang mengalami situasi puting tenggelam ini kerana ia merupakan alat bantu untuk mengajar bayi melekap dengan lebih baik di masa awal penyusuan.
  • Ia perlu digunakan untuk sementara waktu sahaja memandangkan penggunaannya yang lama boleh menyebabkan penghasilan susu ibu semakin sedikit.
TIPS UTAMA di sini adalah...penyusuan yang kerap dan cara pelekapan yang sempurna adalah KUNCI KEJAYAAN kepada penyusuan susu ibu. BUKANNYA bentuk puting. hehe...
Tiada alasan untuk tidak menyusukan si manja anda.

InsyaAllah..

Untuk lebih pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saya melalui Whatsapp ataupun PM di facebook ya!
Saya sentiasa ada untuk anda..

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

p/s: Nanti saya kongsikan bagaimana saya menghadapi situasi ini kerana saya salah seorang daripada mereka di atas! hehe...:D


Isnin, 3 Februari 2014

Tips #1 : Bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu TANPA SUPPLEMENT!

Sahabat yang saya kasihi sekalian..

~Anda risau susu merudum?
~Banyak kali buat power pumping tapi masih belum mendapat kuantiti susu yang dikehendaki?
~Anda stress bila susu tidak memancut seperti ‘air terjun’?
~Dah makan supplement bermacam jenis tetapi tiada perubahan?

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran susu yang lebih baik untuk anak tersayang..

Tips #1 : Adakah anda telah mengamalkan penyusuan secara berkesan dan kerap?

-Kebanyakan ibu tidak mengenali tanda-tanda bayi bersedia untuk menyusu dan disebabkan itu, bayi tersebut tidak diberikan susu ibu secara kerap. Keadaan ini sering berlaku apabila ibu beranggapan bayi mereka mengantuk atau diam dan tidak meminta untuk disusukan. Maka, penyusuan secara kerap tidak berlaku dan menyebabkan penurunan kehendak dalam penghasilan susu ibu. 

Apakah yang anda harus lakukan?

- Anda dicadangkan untuk memberikan bayi anda susu ibu secara ‘direct’ dengan kerap dan sela masa yang sesuai (bergantung kepada keperluan bayi). Anda tidak perlu risau tentang penyusuan berlebihan (breastmilk overdose) kerana susu ibu lebih mudah dihadam oleh perut dan usus bayi. Penyusuan secara kerap akan merangsang hormone prolaktin bagi menghasilkan susu yang lebih banyak dan lebih berkesan. Anda juga dinasihatkan agar menyelesaikan penyusuan di sebelah payudara sebelum bertukar ke payudara lain (memastikan bahawa payudara tersebut betul-betul kosong). 

- Anda dinasihatkan agar TIDAK MEMBERI MAKANAN/MINUMAN LAIN SELAIN SUSU IBU. Ini kerana apabila bayi telah disuapkan dengan makanan pejal/minuman lain selain susu ibu (termasuk susu formula), bayi tersebut akan menjadi kenyang dan seterusnya kehendak bayi terhadap susu ibu semakin berkurang. Tambahan pula makanan pejal dan minuman selain susu ibu tersebut tidak mudah dihadam oleh perut dan usus bayi. Ia akan menjadikan bayi mengantuk dan tidur dengan lebih lama kerana proses penghadaman itu berlaku dengan tempoh masa yang agak lama (iaitu sehingga 4-5 jam) berbanding susu ibu yang lebih mudah dihadamdan tidak menganggu perut dan usus bayi.

Anda harus ingat bahawa Tips #1 ini SANGAT PENTING bagi memastikan penghasilan susu di tahap yang maksimum..TANPA SEBARANG SUPPLEMENT! 

Kita bertemu di post akan datang dengan Tips #2 ya!

Stay cute stay close
*Cutie Colour Boutique*
Yusnorsyazana (Lactation Counselor)
30012014

MITOS tentang Penyusuan Susu Ibu

::MITOS tentang Penyusuan Susu Ibu::

Mitos #1
PAYUDARA YANG KECIL TIDAK BOLEH MENGHASILKAN SUSU YANG BANYAK
- Saiz payudara sebenarnya bergantung kepada tisu lemak. Tisu lemak yang banyak akan menghasilkan saiz payudara yang lebih besar dan tiada ada kena mengena dengan penghasilan susu yang banyak.

Mitos #2
PUTING LEPER DAN TENGGELAM MENYEBABKAN BAYI SUKAR MELEKAP DAN MENGHISAP
- Semua bayi menghisap pada areola (tampok hitam) dan bukan hanya kepada puting. Pelekapan yang hanya di puting akan menyebabkan puting ibu luka dan sakit. Posisi yang betul akan membantu dalam menjayakan penyusuan.

Mitos #3 
TIDAK ADA SUSU 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN
- Susu kolustrum adalah pekat dan melekit serta bermacam warna. Penghasilan kolustrum sudah mencukupi dengan kapasiti perut yang yang kecil.

Mitos #4
SUSU PERTAMA 'KOLUSTRUM' DIKATAKAN SUSU BASI
- Disebabkan oleh susu kolustrum ini mempunyai pelbagai warna dan pekat, maka ramai yang beranggapan bahawa susu awal kolustrum itu adalah tidak baik dan basi. Pelbagai kajian membuktikan bahawa kolustrum adalah yang terbaik kerana mempunyai antibodi, sel melawan penyakit dan zat makanan yang mencukupi untuk keperluan bayi.

Mitos #5 
PEMBERIAN SUSU FORMULA SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA PENYUSUAN IBU KERANA DIPERCAYAI LEBIH MENGENYANGKAN
- Susu formula sukar dihadamkan dan berada lebih lama dalam perut bayi. Berbanding dengan susu ibu di mana proses penghadamannta adalah lebih cepat kerana kehadiran enzim (bahan pencernaan) di dalam susu ibu itu sendiri.


Mitos #6
IBU YANG MENYUSUKAN BAYI AKAN CEPAT MENJADI GEMUK 
- Proses penghasilan susu ibu memerlukan pembakaran kalori yang sangat tinggi dalam sehari yang akan membantu ibu yang menyusukan anak dengan susu badan dapat menurunkan berat badannya.

Mitos #7
PAYUDARA IBU AKAN MENJADI KENDUR
- Teknik penyusuan yang tidak betul adalah penyebab kepada payudara menjadi kendur. Oleh itu, dapatkan nasihat tentang teknik penyusuan yang betul. Faktor usia yang semakin bertambah juga menjadi penyebab payudara menjadi kendur.

Mitos #8
BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN (JAUNDIS) DISEBABKAN KEKURANGAN AIR
- Ramai ibu di luar sana memberikan bayi mereka dengan air masak, grape water, susu kambing dan lain-lain kononnya bayi mereka kekurangan air. Sebenarnya, jaundis ini berlaku 65-70% dalam kebanyakan bayi normal dan bukan disebabkan oleh kekurangan air. Jaundis adalah disebabkan oleh kehadiran pigmen kuning (bilirubin) hasil daripada pemecahan sel darah merah yang digunkan oleh bayi semasa di dalam kandungan. Pemberian susu ibu sepenuhnya dengan teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kadar bilirubin dalam darah dengan melalui pembuangan melalui najis tersebut (najis hitam bayi)

Mitos #9
RAWATAN UNTUK 'JAUNDIS SUSU IBU' ADALAH BERHENTI MENYUSU SELAMA 48 JAM
- Tanggapan ini adalah TIDAK BENAR kerana jaundis susu ibu adalah jaundis yang tidak membawa keburukan kepada bayi. Jaundis ini berlaku melebihi 14 hari bagi bayi lahir matang sehingga 2-3 bulan pertama. Memberhentikan penyusuan susu ibu dan memberikan susu formula hanya akan menyebabkan bayi lebih meragam,, mendedahkan bayi kepada banyak penyakit termasuk jangkitan kuman dan menggagalkan penyusuan susu ibu.

Mitos #10
IBU YANG DIBERI ANTIBIOTIK ATAU UBAT HARUS MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN
- Kebanyakan ubat-ubatan termasuk antibiotik yang sesuai untuk bayi boleh diambil oleh ibu yang menyusukan bayi. Hanya peratusan kecil ubat yang diambil terdapat dalam susu ibu kerana ubat tersebut melalui proses metabolisme sebelum hadir dalam susu ibu. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa ubat yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu seperti ubat kemoterapi (rawatan barah), ubat radioaktif dan sebagainya. Namun, dapatkan nasihat pakar perubatan dan pakar penyusuan ibu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : Panduan Penyusuan Ibu & Wanita Bekerjaya

*Sharing is Caring*

Hugs n LOTS of LOVE,
Cutie Colour Boutique


p/s: Untuk mendapatkan milkbooster ALTAMIS HABBATUS SAUDA @ AS-SAUDA (softgel) serta untuk mendapatkan KONSULTANSI PENYUSUAN secara PERCUMA, bolehlah menghubungi admin di talian (sms/wassap) 013-2892820 (yus) ataupun email kepada cutiecolour@gmail.com.

Selasa, 31 Disember 2013

Produk Baru : As Sauda Softgel

Assalamualaikum..

Di akhir tahun 2013 ini, yus ingin mengumumkannnnnn (Drum rolllll) PRODUK BARU yang akan dimasukkan di dalam senarai CUTIE COLOUR BOUTIQUE..

As Sauda Softgel (minyak habbatus sauda' asli di dalam softgel)

Harga sekotak RM22 (tidak termasuk pos)
Sekotak As Sauda mempunyai 30 softgel

Boleh dapatkannya dari yus ya! :D

Yus (013-2892820)
@ di fb : https://www.facebook.com/CutieColour

Isnin, 30 Disember 2013

PENYUSUAN DI AWAL KELAHIRAN


Penyusuan awal dalam masa SETENGAH JAM SELEPAS BERSALIN boleh meningkatkan penghasilan susu!

Kajian telah dibuat ke atas penyusuan awal setelah bayi dilahirkan dengan melakukan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin) sejurus kelahirannya boleh merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang lebih cepat dan berterusan.

Selain itu, ia dapat memastikan bayi mendapat kolustrum dengan cepat kerana bayi yang baru dilahirkan mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex).

Kolustrum yang terdapat hanya di dalam susu awalan ibu (pekat dan kuantitinya yang sangat sedikit) sememangnya sudah tersedia di dalam payudara semasa bayi dilahirkan dan mengandungi antibodi yang berfungsi melindungi bayi terhadap alergi dan alahan.

Selain itu, kolustrum juga mengandungi :-
• banyak sel darah putih - melindungi bayi terhadap jangkitan
• Sebagai imunisasi pertama yang membantu mencegah jangkitan bakteria yang merbahaya
• Mempunyai kesan laktasif ringan - menyingkirkan mekonium membantu mencegah jaundis
• Membantu mematangkan usus, mencegah alergi dan intoleran terhadap makanan lain
• Kaya dengan vitamin A (mengurangkan keterukan jangkitan)

*sharing is caring*
Cutie Colour Boutique


p/s: Yusnorsyazana merupakan Kaunselor Laktasi yang telah ditauliahkan oleh Pusat Laktasi Kebangsaan. 
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah/pertanyaan mengenai penyusuan, boleh hubungi Yus (watsapp 013-2892820)

Elak dari sakit ketika bayi menyusu?

Alhamdulillah...
Diberi peluang untuk berkongsi ilmu penyusuan bersama pembaca-pembaca blog yang dihargai sekalian..
Kali ini yus akan berkongsi dengan anda mengenai posisi menyusu yang berkesan..


Kenapa yus kata ianya berkesan?

Penyusuan berkesan membawa maksud bayi dapat menghisap payudara ibu dengan betul dan mendapat bekalan susu yang mencukupi serta ibu tidak akan merasa sakit di puting/payudara nya.


Di bawah ini adalah tips2 untuk CARA PELEKAPAN MENYUSU YANG BAIK:-

a) Mulut bayi betul-betul terbuka luas 
b) Lebih banyak areola (tompok hitam di payudara ibu) kelihatan di atas mulut bayi
c) Bibir bayi melangkup ke luar (seperti mulut ikan)
d) Dagu bayi mencecah payudara ibu




Tahukah anda apabila bayi SALAH MELEKAP KE PAYUDARA IBU akan mengakibatkan kesakitan di payudara ibu?

#1 Payudara menjadi sakit dan rosak (payudara merekah)

#2 susu tidak dapat dihisap dengan baik oleh bayi (pengeluaran susu ibu tidak dapat dihisap oleh bayi dengan baik dan boleh mengakibatkan bengkak payudara)

#3 ibu akan merasakan susunya tidak cukup untuk bayi (bayi tidak puas dan mahu menyusu dengan lebih kerap)

#4 payudara kurang menghasilkan susu (akibat hisapan dan pengeluaran susu dari payudara yang tidak betul, bayi akan berputus asa dan enggan menghisap lagi..akhirnya bayi mengalami kurang kenaikan berat badannya)

Untuk makluman, ALTAMIS HABBATUS SAUDA juga berperanan untuk membantu ibu menyusu (sebagai milkbooster..TAPI dengan syarat si ibu telah mengamalkan konsep penyusuan yang betul) klik sini untuk info


sharing is caring
*like* n *share*
Cutie Colour Boutique


p/s: Yusnorsyazana merupakan Kaunselor Laktasi yang telah ditauliahkan oleh Pusat Laktasi Kebangsaan. 
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah/pertanyaan mengenai penyusuan, boleh hubungi Yus (watsapp 013-2892820)

Khamis, 5 Disember 2013

BANJIR : Habbatus sauda sebagai ANTI BAKTERIA

Assalamualaikum...

Hmmm...Apa kena mengena Banjir di Timur Semenanjung Malaysia dengan habbatus sauda ye?

Mungkin anda tidak perasan tentang kebaikan habbatus sauda di kala banjir ni kan..Entry kali ni yus nak kongsikan kebaikan habbatus sauda sebagai ANTI-BAKTERIA.

Para penyelidik telah membuat kajian ke atas habbatus sauda dan mereka mendapati bahawa ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus sauda didapati berupaya untuk mengawal bakteria seperti E.Coli, V.Cholera dan spesies Shigella (bakteria yang sering menyerang di waktu darurat seperti banjir, kemarau dll.) Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi atau yang ingin mencegah penyekit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Kebiasaannya, waktu-waktu sebegini lah hospital akan dibanjiri dengan pesakit akibat minum air yang tidak bersih dan pemakanan yang tidak terjaga dek kelumpuhan sistem saliran dan sistem pengangkutan untuk membawa bekalan air bersih dan makanan yang sihat ke kawasan mereka.


Takziah bagi yang menghadapi bencana banjir ini. Semoga anda semua dilindungi olehNYA dan jagalah kesihatan anda di musim banjir ini.

Wallahua'lam...

Yus
Cutie Colour Boutique
Watsapp/sms : 013-2892820

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...